Alamy Pharmacy

Alamy Pharmacy MTT Healthcare Sdn Bhd (1427023-D)

Alami Gaya Hidup Sihat Setiap Hari

Alamy Pharmacy dimiliki oleh MTT Healthcare Sdn Bhd - 202101026723 (1427023-D) telah ditubuhkan pada suku akhir tahun 2021 dan akan mula beroperasi pada awal tahun 2022. Kami merupakan sebuah syarikat hak milik penuh bumiputera dan dipimpin oleh ahli farmasi yang berpengalaman dalam farmasi komuniti. Dengan moto “Alami Gaya Hidup Sihat Setiap Hari”, kami beriltizam untuk membantu komuniti merawat

dan mencegah pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol, obesiti dan lain-lain di Malaysia dengan kaedah yang terbukti secara saintifik dan praktikal untuk diamalkan. Visi :
Melahirkan masyarakat yang bahagia dan produktif melalui kesihatan berkualiti sepanjang hayat. Misi :
1- Menyediakan perkhidmatan nasihat dan bekalan keperluan asas kesihatan.
2- Memberi panduan lengkap kepada pesakit kronik seperti pemakanan dan komplikasi.
3- Menggalakkan pengesanan awal (screening) sebagai langkah pencegahan.

💯💯💯😆
25/08/2026

💯💯💯😆

Pepatah untuk yang tengah diet

SALAM MAULIDUR RASUL 🌙 ✨25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448HBukan sekadar mengingati kelahiran Baginda,tetapi menghidupkan...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 🌙 ✨

25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448H

Bukan sekadar mengingati kelahiran Baginda,
tetapi menghidupkan ajaran dan akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan 🤍

Semoga cinta kepada Rasulullah SAW sentiasa hadir dalam setiap selawat, kata dan perbuatan kita.

INGATKAN GASTRIK BIASA, RUPANYA BUKAN 😥"Alah... makan ubat gastrik nanti ok lah"Pernah cakap macam ni?Atau mungkin ada a...
22/08/2026

INGATKAN GASTRIK BIASA, RUPANYA BUKAN 😥

"Alah... makan ubat gastrik nanti ok lah"

Pernah cakap macam ni?

Atau mungkin ada ahli keluarga yang selalu cakap begitu setiap kali pedih ulu hati datang.

Hakikatnya, pedih ulu hati yang berulang bukan semestinya gastrik...

Ramai tak sedar, simptom yang hampir sama itu sebenarnya boleh berpunca daripada batu hempedu atau keradangan pundi hempedu.

Mulanya cuma rasa pedih 🔥
Lepas makan makanan berlemak, sakit datang lagi 😣
Kali ni lebih kuat... sampai rasa mencucuk ke belakang 😥

Tapi sebab ubat gastrik pernah berkesan sebelum ni, ramai fikir semuanya masih "normal".

Sedangkan ubat itu mungkin hanya menenangkan simptom, bukan merawat punca sebenar.

💭 Cuba tanya diri...

Adakah sakit itu semakin kerap?

Adakah setiap kali datang, ia lebih teruk daripada sebelumnya?

Kalau jawapannya "ya", jangan sekadar tukar jenama ubat.

Dapatkan pemeriksaan 👩🏻‍⚕️

Doktor mungkin akan mencadangkan ujian seperti ujian darah atau ultrasound untuk mencari punca sebenar.

Lebih bahaya jika sakit itu disertai ⚠️
➡️ Loya atau muntah
➡️ Sakit berlarutan beberapa jam
➡️ Sakit merebak ke belakang
➡️ Kulit atau mata menjadi kekuningan

Ini bukan tanda yang patut dipandang ringan.

Badan kita jarang memberi isyarat tanpa sebab 🛑

Kalau simptom datang sekali, mungkin kita masih boleh memerhati.

Tetapi kalau ia datang berulang kali, semakin kuat dan semakin mengganggu...

Itu mungkin badan sedang meminta kita berhenti meneka, dan mula mendapatkan jawapan.

Kerana kadang-kadang...

Yang kita sangka "gastrik" selama ini, sebenarnya bukan gastrik pun.

SUMBER:
1. https://www.bharian.com.my/sihat/2026/08/1597098/pedih-ulu-hati-bukan-sekadar-gastrik

20/08/2026

🍞 MITOS ATAU FAKTA?

❌ "Potong bahagian berkulat, selebihnya masih boleh dimakan"

Ramai sangka cara ini selamat....

Hakikatnya, untuk makanan yang lembut dan berliang seperti roti, kulat boleh menghantar benang halus (miselium) jauh ke dalam walaupun hanya satu tompok kecil yang kelihatan di permukaan.

👉 Sebab itu, jika roti sudah berkulat, lebih selamat buang seluruh roti.

Tip penyimpanan 💡
✅ Simpan di tempat yang bersih dan kering.
✅ Elakkan menyentuh roti dengan tangan yang basah atau kotor.
✅ Periksa roti sebelum makan, terutama jika sudah disimpan beberapa hari.

💬 Pernah tak korang potong bahagian berkulat dan makan selebihnya?

Di Malaysia, gula jarang datang dengan amaran.Ia datang dalam teh ais waktu tengah hari.Dalam kopi 3-dalam-1 sebelum ker...
19/08/2026

Di Malaysia, gula jarang datang dengan amaran.

Ia datang dalam teh ais waktu tengah hari.

Dalam kopi 3-dalam-1 sebelum kerja.

Dalam air berperisa yang nampak “ringan”.

Dalam kek selepas makan.

Dalam sos, bijirin sarapan, minuman paket dan makanan yang kita tidak pernah sangka begitu manis.

Satu demi satu.

Sedikit demi sedikit.

Dan kerana ia tidak membuat kita sakit serta-merta, kita fikir
semuanya masih terkawal.


Masalahnya, tubuh manusia tetap mengira.

Pengambilan gula bebas yang tinggi menambah pengambilan tenaga dan boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan.

Minuman bergula p**a mudah diminum dalam jumlah besar tetapi tidak semestinya memberikan rasa kenyang seperti makanan pepejal.

Gula juga bukan hanya gula putih yang kita sudukan sendiri.

WHO mentakrifkan “free sugars” termasuk gula yang ditambah oleh pengeluar, tukang masak atau pengguna, serta gula yang terdapat dalam madu, sirap, jus buah dan pekatan jus buah.

Kemudian tahun berlalu.

Seluar semakin sempit.

Berat semakin naik.

Gula dalam darah mula berubah.

Tetapi kita masih rasa sihat.

Itulah masalahnya.

Diabetes boleh berada dalam tubuh tanpa memberikan amaran yang jelas.

NHMS 2023 mendapati 15.6% atau kira-kira 1 dalam 6 orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes.

Lebih membimbangkan, 2 daripada 5 orang dewasa yang mempunyai diabetes tidak tahu mereka menghidapnya.

Mereka berjalan.

Bekerja.

Memandu.

Makan seperti biasa.

Sedangkan gula darah mungkin sudah lama berada pada paras yang tidak sepatutnya.


Diabetes bukan berlaku kerana satu sudu gula semalam.

Ia lebih kompleks daripada itu.

Berat badan, genetik, aktiviti fizikal, pemakanan, usia dan pelbagai faktor lain memainkan peranan.

Tetapi ini juga bukan alasan untuk kita memandang ringan minuman dan makanan yang sarat dengan gula.

WHO mengesyorkan pengambilan free sugars kurang daripada 10% jumlah tenaga harian. Mengurangkannya lagi kepada sekitar 5% boleh memberikan manfaat kesihatan tambahan.

Kita tidak perlu berhenti menikmati semua benda manis.

Tetapi kita perlu berhenti menganggap setiap minuman mesti manis.

Teh tidak perlu sentiasa bergula.

Kopi tidak perlu sentiasa bersusu pekat.

Air kosong tidak perlu rasa “membosankan”.

Dan hadiah untuk anak tidak semestinya datang dalam botol minuman manis.


Gula tidak pernah menjerit ketika masuk ke dalam badan.

Ia tidak memberikan siren.

Tidak memberikan notifikasi.

Tidak memberikan amaran setiap kali kita menambah satu lagi sudu.

Sebab itu kita sendiri perlu belajar berhenti.

Manis beberapa minit di lidah jangan sampai dibayar bertahun-tahun dengan kesihatan.

SUMBER: Public Health Malaysia

Aku pernah jadi orang yg paling menyampah bila officemate aku ni selalu amik EL last minute.Pagi-pagi dia akan mesej,“So...
17/08/2026

Aku pernah jadi orang yg paling menyampah bila officemate aku ni selalu amik EL last minute.

Pagi-pagi dia akan mesej,
“Sorry guys, anak sakit. Hari ni saya EL.”

Pernah sampai aku cakap,
“Anak dia ni, tiap minggu akan sakit ke?”

Ada yang sambung,
“Berhenti jela, pi jaga anak.”

Satu office gelak.

Sampailah satu hari tu dia masuk office lepas seminggu cuti, dan dia cakap,
“Lepas ni korang tak perlu cover aku dah.”

Sebab itu kali terakhir dia perlu amik EL untuk anak dia.

Aku ingat lagi betapa jahatnya kami sebagai officemate dia masa tu.
Tiap kali dia EL, kami akan kira dah berapa kali bulan tu.

Kadang sindir depan²,
“Best juga ada anak, boleh cuti last minute.”

Aku pernah pesan dekat dia,
“Kalau boleh jangan selalu inform last minute bro. Susah orang nak cover.”

Dia tak pernah lawan.
Dia cuma jawab,
“Sorry bro. Aku cuba.”

Yang kami tak tahu masa tu,
anak dia umur baru 4 tahun dan tengah lawan Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL).

Dah lama ulang-alik hospital untuk rawatan.
Ada hari anak dia nampak okay.
Ada hari tiba-tiba doktor suruh terus bawa ke hospital.

Sebab tu EL dia memang banyak yang last minute.

Bukan sebab dia tak reti plan.
Cuma sakit cancer anak dia, tak boleh ikut jadual office kami.

Minggu terakhir tu anak dia masuk hospital lagi.
Tapi pagi tu dia tetap datang kerja.

Aku ingat lagi aku sempat cakap,
“Nasib baik kau datang hari ni. Banyak benda nak settle.”

Tengah hari, isteri dia call.
Anak dia makin lemah dan dari tadi asyik tanya,
“Ayah mana?”

Tapi dia masih duduk dekat meja hampir sejam.
Sebab dia takut nak minta balik.
Takut kami marah kena cover dia lagi.

Akhirnya dia datang dekat meja aku.
“Bro… aku kena pergi hospital. Tolong cover aku sekali lagi boleh?”

Muka aku masa tu memang tak happy.
Tapi aku jawab,
“Pegilah.”

Sebelum keluar dia sempat cakap,
“Sorry. Aku tahu aku banyak susahkan korang.”

Malam tu anak dia meninggal.
Umur 4 tahun.

Nasib baik dia pegi hospital tengah hari tu.
Sempat juga jumpa dan peluk anak dia untuk kali terakhir.

Seminggu lepas tu, dia datang office.
Ada officemate lain tanya,
“Anak dah okay?”

Dia jawab,
“Dah tak sakit dah.”

Kami ingatkan dah discharge.

Tapi lepas tu dia sambung,
“Anak aku dah meninggal.”

Satu office terus senyap.

Benda pertama yang berlaku lepas tu, dia bukan marah kami.
Dia p**a yang cakap,
“Sorry eh selama ni selalu tinggal kerja dekat korang.”

Waktu tu, aku rasa diri aku nilah orang paling tak guna.

Rasa macam nak telan balik semua ayat yang pernah aku cakap pasal dia.

Aku pernah mengeluh sebab kena cover kerja dia beberapa jam.
Aku pernah gelak bila orang sindir EL dia.
Aku pernah fikir dia ambil kesempatan.

Sedangkan setiap kali dia tulis,
“Anak sakit, saya EL hari ni.”

Dia sebenarnya tengah hidup dengan ketakutan yang satu hari nanti mesej itu akan jadi kali terakhir.

Dan akhirnya hari tu memang datang.

Sekarang kalau ada orang bising,
“Anak sakit lagi? EL lagi?”

Aku selalu teringat dia.

Kerja yang kita cover boleh buat esok.
Meeting boleh reschedule.
Deadline boleh explain.

Tapi ada ramai diluar sana yang mungkin cuma sedang cuba dapatkan beberapa jam lagi dengan anak dia.

Jangan sampai kita buat orang rasa bersalah kerana memilih keluarga...
Sampai satu hari nanti dia dah tak ada sesiapa lagi untuk dipilih.

Aku harap kita semua yang marah tentang isu EL sebab anak sakit ni, boleh cuba fahamkan 1 perkara.

Kalau sorang staff EL sebab anak sakit boleh hancurkan satu department, maksudnya department tu sendiri dah lama sakit sebab understaffed.

Dan mungkin dari cerita ni, kita boleh belajar satu lagi perkara.

Kita tak pernah tahu apa yang sedang seseorang lalui di sebalik satu mesej ringkas:

“Hari ni saya EL. Anak sakit.”

Sama juga dengan kesihatan.

Kita nampak seseorang masih datang kerja, masih boleh senyum, masih boleh buat rutin macam biasa...

Tapi kita tak tahu apa yang sedang berlaku dalam badan dia.

Sebab tu jangan tunggu sampai sakit jadi teruk baru kita mula ambil berat.

Dan jangan tunggu orang jatuh sakit baru kita faham betapa pentingnya kesihatan.

Jaga kesihatan ketika kita masih sihat.

Hargai masa bersama orang yang kita sayang ketika kita masih diberi masa.

Sebab ada benda dalam hidup yang kita sangka masih boleh ditangguhkan ke esok...

Sampai akhirnya, esok tu tak pernah datang.

Sumber Thread : luqman_abdltf

ANAK S**A MENYANYI SENDIRI DI RUMAH?Kadang-kadang kita sedang memasak di dapur, tiba-tiba terdengar anak menyanyi seoran...
15/08/2026

ANAK S**A MENYANYI SENDIRI DI RUMAH?

Kadang-kadang kita sedang memasak di dapur, tiba-tiba terdengar anak menyanyi seorang diri.

Liriknya entah apa-apa.
Kadang-kadang lagu yang sama diulang berkali-kali.
Kadang-kadang dia bersenandung sambil melukis, bermain atau menyusun barang.

Bising juga rumah dibuatnya.

Tetapi bunyi-bunyi kecil seperti ini boleh muncul ketika seorang kanak-kanak sedang berasa selesa, seronok dan bebas berinteraksi dengan persekitarannya.

Apabila menyanyi, corak pernafasan turut berubah. Aktiviti ini boleh mempengaruhi sistem saraf autonomi, termasuk aktiviti parasimpatetik yang membantu tubuh berada dalam keadaan lebih tenang.

Namun, jangan terus menganggap:

“Anak banyak menyanyi bermaksud emosinya pasti baik.”

Tidak semestinya.

Ada kanak-kanak yang sangat gembira tetapi pendiam. Ada yang banyak bercakap apabila teruja. Ada juga yang bersenandung atau menyanyi sebagai cara menenangkan diri apabila gelisah atau terlalu banyak rangsangan.

Sebab itu, jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain.

Perhatikan perubahan daripada kebiasaan anak sendiri.

Anak yang biasanya ceria tiba-tiba banyak mendiamkan diri, tidak lagi mahu bermain, hilang minat terhadap perkara yang disukainya atau menunjukkan perubahan emosi dan tingkah laku yang berpanjangan mungkin memerlukan lebih perhatian.

Jadi lain kali apabila anak menyanyi kuat seorang diri di dalam bilik…

jangan terlalu cepat suruh dia diam.

Kadang-kadang, bunyi yang memenuhi rumah dan memeningkan kepala kita itulah bunyi seorang anak yang sedang selesa menikmati dunianya.

Dan suatu hari nanti, apabila rumah semakin sunyi, mungkin bunyi itulah yang paling kita rindukan.

SUMBER: Public Health Malaysia

13/08/2026

Stress sikit je...

Terus otak:
"JOM AYAM GEPUK!" 🌶️🍗

Bukan sebab "mengada"

Bila stress, hormon KORTISOL meningkat dan otak mula mencari comfort food untuk rasa lega.

Tapi ingat...
Kelegaan itu cuma sementara

Sebelum order, cuba pause sekejap dan tanya diri:

"Aku betul-betul lapar... atau aku cuma perlukan rehat?" ✨

Kadang-kadang, yang badan perlukan bukan makanan...
Cuma masa untuk berehat 🤍

Pernah tak jadi macam ni? 😂

Komen 🍗 kalau setiap kali stress, mesti terus craving makanan pedas 🌶️

"Alah... gosok mata je kot"Itulah yang ramai daripada kita fikir....Mata gatal❓Gosok..Mata mengantuk❓Gosok..Masuk habuk ...
12/08/2026

"Alah... gosok mata je kot"

Itulah yang ramai daripada kita fikir....

Mata gatal❓
Gosok..

Mata mengantuk❓
Gosok..

Masuk habuk sikit❓
Gosok lagi..

Nampak macam tak ada apa-apa.

Tapi sebenarnya, setiap kali kita menggosok mata dengan kuat, kita sedang memberi tekanan pada salah satu organ yang paling sensitif dalam badan.

Kornea, iaitu lapisan jernih di bahagian depan mata, boleh mengalami calar halus akibat geseran yang berulang kali.

Sebab itu ada orang lepas gosok mata, tiba-tiba rasa pedih, mata berair, silau bila tengok cahaya atau penglihatan jadi kabur sekejap.

Yang lebih membimbangkan...

Tangan kita bukan sentiasa bersih 🦠

Walaupun nampak bersih di mata kasar, tangan boleh membawa bakteria, virus dan pelbagai kotoran. Bila terus sentuh mata, semua itu boleh berpindah ke permukaan mata dan meningkatkan risiko jangkitan seperti mata merah.

Ada satu lagi fakta yang ramai tak pernah dengar 💡

Tabiat menggosok mata dengan kuat dan kerap juga dikaitkan dengan risiko keratokonus.

Keadaan ini menyebabkan kornea menjadi semakin nipis dan berubah bentuk. Lama-kelamaan, penglihatan boleh menjadi semakin kabur dan sukar diperbetulkan hanya dengan cermin mata biasa.

Jadi... kalau mata terasa gatal, apa patut kita buat?

✅ Bilas mata dengan air bersih atau larutan pencuci mata yang sesuai 💧

✅ Jika mata kering, gunakan ubat titis mata yang disyorkan 👀

✅ Dan jangan lupa jaga pemakanan. Nutrien seperti vitamin A, lutein dan omega-3 banyak membantu mengekalkan kesihatan mata 💊

Kadang-kadang, tabiat yang kita anggap remeh setiap hari sebenarnya memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

Jadi selepas ini...

Bila tangan mula nak gosok mata, cuba berhenti sekejap

Mungkin mata anda sedang minta bantuan...

Bukan digosok.

SUMBER:
1. https://www.bharian.com.my/sihat/2026/07/1595438/elak-gosok-mata-terlalu-kerap

REMINDER UNTUK HARI INI 📝Jangan lupa untuk MINUM AIR ‼️👀 Tak perlu tunggu haus, baru nak minum air ...Air yang mencukupi...
11/08/2026

REMINDER UNTUK HARI INI 📝

Jangan lupa untuk MINUM AIR ‼️

👀 Tak perlu tunggu haus, baru nak minum air ...

Air yang mencukupi dapat bantu:
✅ Bantu kekalkan hidrasi 💧
✅ Bantu badan kekal segar ⚡
✅ Menyokong fungsi badan 🧠

Cuba biasakan minum air kosong secara berkala sepanjang hari 💦

Simple habit, big difference 🤍

Address

PT 6490, No. 7 Tingkat Bawah, Jalan Jeli-Dabong
Kampung Jeli
17600

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alamy Pharmacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Alamy Pharmacy:

Shortcuts

Share