Klinik Harmoni Kamunting

Klinik Harmoni Kamunting Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Harmoni Kamunting, Medical and health, No. 13, Jalan Kamunting 1, Medan Kamunting, Kamunting.

"Jangan terasa hati kalau ibu bapa tak bagi cium bayi mereka..."Bukan sebab sombong.Mereka cuma sedang melindungi anak y...
27/07/2026

"Jangan terasa hati kalau ibu bapa tak bagi cium bayi mereka..."

Bukan sebab sombong.

Mereka cuma sedang melindungi anak yang sistem imunnya masih belum matang.

Kadang-kadang, batuk atau selesema yang ringan pada orang dewasa boleh memberi kesan yang lebih serius kepada bayi.

❀️ Hormati keputusan ibu bapa. Kasih sayang juga boleh ditunjukkan tanpa perlu mencium bayi.

πŸ‘‡ Tag seseorang yang selalu geram nak cium baby. πŸ‘Ά

24/07/2026

Kenapa luka susah nak sembuh? πŸ©ΈπŸ€•
Ramai ingat luka kecil boleh biar sembuh sendiri. Tapi sebenarnya, ini 3 kesilapan biasa yang buat luka makin teruk:
1️⃣ Biar tanpa cuci/ubat – kuman mudah membiak.
2️⃣ Guna ubat/krim sebarangan – tanpa tahu kandungan sebenar.
3️⃣ Tunggu melarat – dah melarat baru nak cari rawatan.
Luka lambat sembuh mungkin ada sebab lain seperti jangkitan kuman atau kencing manis.
Dapatkan pemeriksaan & rawatan yang betul di Klinik Harmoni. 🩺✨

πŸ‘Ά "Alah... pegang sekejap je."Ayat ini mungkin biasa kita dengar apabila melihat bayi yang baru lahir.Namun, bagi bayi t...
23/07/2026

πŸ‘Ά "Alah... pegang sekejap je."

Ayat ini mungkin biasa kita dengar apabila melihat bayi yang baru lahir.

Namun, bagi bayi terutamanya yang berusia di bawah 3 bulan, sistem imun mereka masih belum matang. Jangkitan yang ringan bagi orang dewasa seperti batuk, selesema atau demam boleh memberi kesan yang lebih serius kepada bayi.

🀲 Sebelum menyentuh bayi:
βœ… Basuh tangan dengan sabun.
βœ… Elakkan memegang bayi jika anda tidak sihat.
βœ… Hormati keputusan ibu bapa jika mereka tidak membenarkan orang lain memegang atau mencium bayi.

❀️ Melindungi bayi bukan bermaksud menjauhkan mereka daripada kasih sayang, tetapi memastikan setiap sentuhan yang diberikan adalah selamat.

Sayangi bayi, lindungi mereka daripada jangkitan yang boleh dicegah.

21/07/2026

Susah nak buang tabiat merokok? 🚭

Kesian kat anak kerap batuk & asma sebab asap rokok.

Jom dapatkan rawatan & konsultasi berhenti merokok di Klinik Harmoni. Kami sedia bantu anda demi kesihatan keluarga! ❀️

πŸ“ Walk-in ke mana-mana cawangan Klinik Harmoni terdekat."

🀧 Influenza bukan sekadar selesema biasa.Ia boleh menyebabkan demam tinggi secara tiba-tiba, sakit badan, batuk, sakit t...
20/07/2026

🀧 Influenza bukan sekadar selesema biasa.

Ia boleh menyebabkan demam tinggi secara tiba-tiba, sakit badan, batuk, sakit tekak dan keletihan yang ketara. Virus ini juga mudah merebak melalui titisan pernafasan apabila seseorang batuk, bersin atau bercakap.

πŸ’‘ Jika anda mengalami simptom, ambil langkah berjaga-jaga:
βœ”οΈ Berehat di rumah jika tidak sihat.
βœ”οΈ Pakai pelitup muka apabila perlu.
βœ”οΈ Amalkan kebersihan tangan.
βœ”οΈ Dapatkan pemeriksaan jika simptom berlarutan, semakin teruk atau anda berada dalam kump**an berisiko tinggi seperti warga emas, wanita hamil dan individu yang mempunyai penyakit kronik.

❀️ Lindungi diri, lindungi keluarga dan lindungi komuniti.

🚨 STOP ikut skincare orang lain kalau tak kenal kulit sendiri.Ramai yang beli skincare sebab:❌ Viral di TikTok❌ Ramai af...
15/07/2026

🚨 STOP ikut skincare orang lain kalau tak kenal kulit sendiri.

Ramai yang beli skincare sebab:
❌ Viral di TikTok
❌ Ramai affiliate review
❌ Tengok kulit orang terus cantik

Tapi...

Kulit setiap orang berbeza.

Produk yang sesuai untuk orang lain belum tentu sesuai untuk anda.

Salah pilih produk boleh menyebabkan:
⚠️ Jerawat makin teruk
⚠️ Kulit jadi sensitif
⚠️ Kemerahan & iritasi
⚠️ Skin barrier rosak

πŸ’‘ Sebelum beli skincare, kenali dulu jenis kulit anda. Jangan jadikan kulit sendiri sebagai tempat "try & error".

πŸ‘‡ Pernah tak anda beli skincare sebab viral, tapi akhirnya kulit jadi lagi teruk? Kongsi pengalaman di ruangan komen.

🚸 Ramai ibu bapa sangka anak hanya perlu dijaga apabila sudah sakit. Hakikatnya, langkah pencegahan bermula sebelum anak...
13/07/2026

🚸 Ramai ibu bapa sangka anak hanya perlu dijaga apabila sudah sakit. Hakikatnya, langkah pencegahan bermula sebelum anak dijangkiti.

Penyakit berjangkit seperti HFMD, selesema, campak dan jangkitan saluran pernafasan boleh merebak dengan mudah melalui sentuhan tangan, permainan yang dikongsi, batuk, bersin atau kontak rapat dengan individu yang sedang sakit.

Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti kerana sistem imun mereka masih sedang berkembang, selain gemar berkongsi permainan dan menyentuh pelbagai permukaan tanpa mencuci tangan.

πŸ’‘ Apa yang ibu bapa boleh lakukan?
βœ… Galakkan anak mencuci tangan dengan sabun, terutama sebelum makan dan selepas bermain.
βœ… Elakkan berkongsi botol minuman, sudu atau peralatan makan.
βœ… Jika anak demam atau kurang sihat, beri mereka rehat di rumah dan elakkan membawa mereka ke tempat yang sesak bagi mengurangkan risiko menjangkiti kanak-kanak lain.
βœ… Dapatkan pemeriksaan jika simptom berlarutan atau keadaan anak semakin teruk.

❀️ Kesedaran kecil daripada setiap ibu bapa boleh membantu melindungi bukan sahaja anak sendiri, tetapi juga kanak-kanak lain di sekeliling kita.

Ramai sangka badan dah "biasa".Hakikatnya, badan tetap menerima kesan, cuma ia mungkin tidak berlaku serta-merta.Tidur y...
09/07/2026

Ramai sangka badan dah "biasa".
Hakikatnya, badan tetap menerima kesan, cuma ia mungkin tidak berlaku serta-merta.
Tidur yang tidak mencukupi secara berterusan boleh meningkatkan risiko:
❀️ Tekanan darah tinggi
πŸ«€ Penyakit jantung
🍬 Diabetes
🧠 Sukar fokus & mudah lupa
Tidur bukan tanda malas atau membazir masa. Ia adalah proses penting untuk badan dan otak berehat, membaiki sel serta bersedia menghadapi hari berikutnya.
πŸ’‘ Orang dewasa disarankan tidur sekitar 7–9 jam setiap malam untuk kesihatan yang optimum.
πŸ“ Jangan tunggu badan "bagi signal". Jaga tidur, jaga kesihatan.

07/07/2026

Hantu durian sila ambil perhatian! 🚨 Durian punya pasal, ubat p**a yang kena tinggal. Jangan macam tu ya makcik, pakcik, abang, kakak.
Durian tu tinggi gula. Kalau stop ubat, silap-silap boleh undang komplikasi buah pinggang dan jantung. Jom dengar penjelasan penuh Dr Amin dari Klinik Harmoni Baling tentang mitos 'ubat berlagak dengan durian' ni! πŸ“Œ

πŸ’Š Review banyak belum tentu selamat.Membeli produk kesihatan secara online memang mudah, tetapi jangan jadikan jumlah re...
06/07/2026

πŸ’Š Review banyak belum tentu selamat.

Membeli produk kesihatan secara online memang mudah, tetapi jangan jadikan jumlah review atau viral sebagai ukuran keselamatan.

Sebelum membeli:

βœ… Semak nombor pendaftaran MAL (jika produk perlu berdaftar)

βœ… Pastikan ada hologram keselamatan NPRA (jika berkaitan)

⚠️ Berhati-hati dengan dakwaan seperti "sembuh 100%", "tiada kesan sampingan" atau "doktor pun guna".

Semak dahulu, beli kemudian. Lindungi diri dan keluarga dengan memilih produk yang berdaftar.

Address

No. 13, Jalan Kamunting 1, Medan Kamunting
Kamunting
34600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Harmoni Kamunting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Harmoni Kamunting:

Shortcuts

Share