Klinik Kesihatan Kangar, Perlis

Directions Contact the business

Klinik Kesihatan Kangar, Perlis PAGE INI BERTUJUAN UNTUK PROMOSI KESIHATAN DAN MEMBERI INFO TERKINI BERKAITAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN KLINIK KESIHATAN KANGAR

SELAMAT HARI DIETITIAN MALAYSIA19 September 2026Tahniah dan terima kasih kepada semua Pegawai Dietetik atas dedikasi dal...
18/09/2026

SELAMAT HARI DIETITIAN MALAYSIA
19 September 2026

Tahniah dan terima kasih kepada semua Pegawai Dietetik atas dedikasi dalam membantu masyarakat mengamalkan pemakanan yang lebih sihat dan seimbang.

Peranan Pegawai Dietetik bukan sekadar memberi nasihat tentang makanan, tetapi turut membantu:
✅️ Merancang pemakanan mengikut keperluan individu
✅️ Membantu pengurusan penyakit melalui terapi pemakanan
✅️ Mengurus berat badan dan meningkatkan gaya hidup sihat
✅️ Membimbing perubahan tabiat pemakanan secara berterusan.

Makan dengan bijak, hidup lebih sihat!

🌷 Selamat Hari Dietitian Malaysia 2026!
Ikhlas daripada Warga KK Kangar




Pejabat Kesihatan Daerah Kangar

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KK KANGAR.JOM KAYUH, WARGA KK KANGAR! Tarikh : 16 September 2026Masa  : 8 -11.30 pagiSempena samb...
16/09/2026

SAMBUTAN HARI MALAYSIA KK KANGAR.
JOM KAYUH, WARGA KK KANGAR!

Tarikh : 16 September 2026
Masa : 8 -11.30 pagi

Sempena sambutan Hari Malaysia 2026, telah berlangsung Kayuhan Country Road Warga KK Kangar pada 16 September 2026 dengan penyertaan seramai 25 orang warga Klinik Kesihatan Kangar. 🇲🇾

Kayuhan sejauh 20 km menyusuri laluan kampung sekitar kawasan Kangar ini bukan sahaja menjadi platform untuk menggalakkan aktiviti fizikal dan amalan gaya hidup sihat, malah turut memberi ruang kepada warga KK Kangar untuk bersama-sama mengeratkan silaturahim, semangat kekitaan dan ukhuwah.

Lebih bermakna, program ini turut menyemarakkan semangat patriotisme serta rasa kecintaan terhadap negara melalui sambutan Hari Malaysia dalam suasana santai, sihat dan penuh kebersamaan. 🇲🇾

Tahniah dan terima kasih kepada semua 25 orang peserta yang telah menyertai kayuhan ini. Semoga semangat untuk kekal aktif, sihat dan bersatu hati terus menjadi amalan dalam kalangan warga KK Kangar.





Pejabat Kesihatan Daerah Kangar

🎗️💛 HARI PENCEGAHAN BUNUH DIRI SEDUNIA 2026 💛🎗️🎗️10 September “UBAH TANGGAPAN, BINA HARAPAN"*lChanging the Narrative on ...
09/09/2026

🎗️💛 HARI PENCEGAHAN BUNUH DIRI SEDUNIA 2026 💛🎗️

🎗️10 September

“UBAH TANGGAPAN, BINA HARAPAN"
*lChanging the Narrative on Su***de

Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia disambut pada 10 September setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan bunuh diri, mengurangkan stigma serta menggalakkan sokongan dan tindakan awal terhadap individu yang sedang mengalami krisis. Tema “Ubah Tanggapan, Bina Harapan” turut diketengahkan oleh KKM.

🟡 HENTIKAN STIGMA

Sebagai individu yang bertanggungjawab, kita memainkan peranan penting dalam mewujudkan ruang yang selamat untuk seseorang mendapatkan bantuan.

❌ “Dia cuma nak perhatian.”
❌ “Kena kuatlah.”
❌ “Jangan fikir bukan-bukan.”
❌ “Itu tanda lemah.”

Sebaliknya, kita boleh berkata:
💬 “Saya dengar.”
💬 “Apa yang sedang awak lalui?”
💬 “Awak tidak perlu hadapi seorang diri.”
💬 “Mari kita cari bantuan bersama.”

❤️ Mendengar tanpa menghakimi adalah satu bentuk sokongan.
❤️ Bertanya bukan bermakna menambah risiko malah ia boleh membuka ruang untuk seseorang mendapatkan bantuan.
❤️ Bunuh diri boleh dicegah dan setiap nyawa berharga.

Sebagai petugas kesihatan, marilah kita bersama-sama mengubah tanggapan, menghapuskan stigma dan membina harapan.

☎️ Talian HEAL 15555
🚨 Kecemasan: 999 / Jabatan Kecemasan hospital terdekat

Satu perbualan mungkin menjadi titik perubahan seseorang.
Dengar. Tanya. Temani. Bantu. 💛

🎗️Unit Psikologi Kaunseling PKD Kangar 🎗️





***dePreventionDay



Selamat Menyambut Hari Fisioterapi Sedunia 2026!8 September 2026Fisioterapi bukan sekadar membantu memulihkan pergerakan...
08/09/2026

Selamat Menyambut Hari Fisioterapi Sedunia 2026!

8 September 2026

Fisioterapi bukan sekadar membantu memulihkan pergerakan, tetapi turut berperanan dalam mengurangkan kesakitan, meningkatkan mobiliti, mencegah kecederaan serta membantu individu menjalani kehidupan yang lebih aktif dan berkualiti.

Setiap pergerakan membawa kita lebih dekat kepada kehidupan yang lebih sihat.

Terima kasih kepada semua warga fisioterapi atas dedikasi dan khidmat bakti kepada masyarakat.

Ikhlas daripada Warga KK Kangar





Pejabat Kesihatan Daerah Kangar

Selamat Hari 'Nutritionists’ Day 2026' ! 🌿Menghargai dedikasi Pegawai Sains Pemakanan dalam membimbing masyarakat mengam...
04/09/2026

Selamat Hari 'Nutritionists’ Day 2026' ! 🌿

Menghargai dedikasi Pegawai Sains Pemakanan dalam membimbing masyarakat mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan serta menyokong usaha pencegahan penyakit.

Terima kasih atas ilmu, komitmen dan khidmat bakti dalam membina masyarakat yang lebih sihat. 💚

Ikhlas daripada Warga Klinik Kesihatan Kangar.





Pejabat Kesihatan Daerah Kangar

28/08/2026
PEMAKLUMAN PENTING !
27/08/2026

PEMAKLUMAN PENTING !

15/08/2026

JOM PERIKSA SENDIRI RUMAH ANDA!!

🦟 10 MINIT SEMINGGU. CEGAH DENGGI! 🏠💚

Tak perlu tunggu Aedes membiak.
Luangkan 10 minit setiap minggu untuk periksa kawasan rumah.

🔎 CARI tempat air bertakung
🗑️ MUSNAH tempat pembiakan Aedes
🛡️ CEGAH denggi daripada terus merebak

📋 Dah periksa? Isi checklist sekarang!

👉 https://forms.gle/N9KjNG5HRaq8pZoW6

CARI ➡️ MUSNAH ➡️ CEGAH

💚 Usaha kecil anda, perlindungan besar untuk keluarga dan komuniti.






Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu 2026 Klinik Kesihatan Kangar ( 1-7 Ogos 2026)Tema: Penyusuan Susu Ibu Sebagai Asas Ke...
07/08/2026

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu 2026 Klinik Kesihatan Kangar ( 1-7 Ogos 2026)

Tema: Penyusuan Susu Ibu Sebagai Asas Kehidupan Lestari: Perkukuhkan Amalan Yang Berkesan - “Breastfeeding for a Sustainable Start in Life: Strengthen What Works”

Telah berlangsung pada hari ini ( 7/8/2026) di Klinik Kesihatan Kangar dengan pelbagai aktiviti kesedaran dan pendidikan kesihatan kepada klien.

Antara aktiviti yang telah dijalankan:
• Ceramah berkaitan kepentingan penyusuan susu ibu dan manfaatnya kepada ibu serta bayi
• Demonstrasi penyediaan milk booster Nagabarli untuk Ibu menyusu.
• Sesi temubual bersama klien berkaitan pengalaman, cabaran dan sokongan dalam penyusuan susu ibu
• Penyediaan Ruang Penyusuan di Klinik Kesihatan Kangar yang Kondusif berserta infomasi penyusuan Susu Ibu

Semoga program ini dapat memperkukuhkan sokongan kepada para ibu dalam perjalanan penyusuan serta meningkatkan kesedaran bahawa kejayaan penyusuan susu ibu memerlukan sokongan bersama daripada keluarga, komuniti dan petugas kesihatan.

Address

Jalan Kolam
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:30
Tuesday 08:00 - 21:30
Wednesday 08:00 - 21:30
Thursday 08:00 - 21:30
Friday 08:00 - 21:30
Saturday 08:00 - 12:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Kangar, Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Kesihatan Kangar, Perlis:

Shortcuts

Share