02/07/2026
TANGISAN 2 HARI YANG MEMBINGUNKAN..!!
DISANGKA SAWAN TANGIS RUPANYA ADA MAKHUK HALUS YANG MENGGANGU CUCU..!!!
29/6/2026
Beseri, Perlis
Gangguan
Alhamdulillah, segala kesembuhan adalah dengan izin Allah. Segala usaha hanyalah ikhtiar.
Setelah beberapa hari Tok berada di Langkawi, ramai pesakit telah menunggu untuk menyambung sesi rawatan.
Kali ini, Tok dipanggil ke sebuah rumah untuk mengurut seorang pesakit strok. Ketika tiba, ahli keluarga turut meminta Tok melihat cucu mereka yang baru berusia lebih kurang 3 bulan.
Menurut mereka, bayi tersebut sudah 2 hari menangis tanpa henti, siang dan malam, sehingga seluruh keluarga menjadi buntu. Pelbagai cara telah dicuba untuk menenangkan bayi, termasuk usaha dan bacaan doa, namun keadaan masih belum berubah.
Seperti biasa, Tok tidak terus membuat kesimp**an. Diagnosis dan pemerhatian dilakukan terlebih dahulu bagi membezakan sama ada ia sekadar sawan tangis atau ada perkara lain yang perlu diberi perhatian.
Hasil soal siasat, keluarga memaklumkan bahawa sebelum kejadian mereka membawa bayi keluar bersiar-siar dan singgah di sebuah gerai makan. Di situ, seorang individu menegur serta menyentuh anggota badan bayi tersebut. Berdasarkan pemerhatian dan ikhtiar rawatan yang dilakukan, Tok mengesyaki bayi mengalami gangguan yang menyebabkan dia sukar tenang.
Dengan izin Allah, selepas kira-kira 15 minit Tok membacakan doa dan melakukan ikhtiar rawatan, tangisan bayi mula reda. Tidak lama kemudian, dia terus tertidur lena kerana keletihan selepas dua hari sukar berehat.
Alhamdulillah, selepas selesai membantu bayi tersebut, Tok meneruskan p**a sesi urutan ikhtiar rawatan untuk datuknya yang mengalami masalah strok.
Segala kesembuhan adalah milik Allah. Kita hanya berusaha, berikhtiar dan berdoa. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan kepada semua yang sedang diuji. Aamiin.