Pejabat Kesihatan Daerah Kangar

Pejabat Kesihatan Daerah Kangar Jom like FB PKD Kangar

๐ŸฆŸ๐Ÿค GOTONG-ROYONG WABAK DENGGI FELCRA LUBUK SIREH ๐Ÿค๐ŸฆŸHari ini telah berlangsung Program Gotong-Royong Wabak Denggi di FELC...
07/06/2026

๐ŸฆŸ๐Ÿค GOTONG-ROYONG WABAK DENGGI FELCRA LUBUK SIREH ๐Ÿค๐ŸฆŸ

Hari ini telah berlangsung Program Gotong-Royong Wabak Denggi di FELCRA Lubuk Sireh sebagai langkah segera bagi menangani penularan demam denggi di kawasan yang sedang mengalami wabak.
Program ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi, sukarelawan dan penduduk setempat dalam aktiviti pembersihan kawasan persekitaran, pelupusan barang lusuh, pengurusan longgokan sampah serta pencarian dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Antara lokasi yang diberi tumpuan termasuk kawasan longgokan sampah, barang-barang terbiar, bekas minuman haiwan peliharaan serta kawasan rumah yang tidak berpenghuni yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Selain aktiviti gotong-royong, pendidikan kesihatan turut disampaikan kepada penduduk bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dan melaksanakan aktiviti Cari dan Musnah secara berkala.

๐ŸฆŸ Ingat! Nyamuk Aedes hanya memerlukan sedikit air bertakung untuk membiak.

โฑ๏ธ Luangkan hanya 10 minit setiap minggu untuk: โœ… Memeriksa kawasan rumah โœ… Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk โœ… Melupuskan barang yang tidak digunakan โœ… Membersihkan bekas takungan air

Terima kasih kepada semua agensi, sukarelawan dan penduduk FELCRA Lubuk Sireh yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Komuniti yang prihatin adalah benteng utama dalam memutuskan rantaian penularan denggi.

Keselamatan makanan bukan isu kecil โ€” ia memberi kesan besar kepada kesihatan masyarakat melalui penyakit bawaan makanan...
07/06/2026

Keselamatan makanan bukan isu kecil โ€” ia memberi kesan besar kepada kesihatan masyarakat melalui penyakit bawaan makanan, termasuk kes keracunan makanan yang tidak boleh lagi dipandang ringan atau dianggap remeh. Setiap individu berhak mendapat akses kepada makanan yang selamat dan berkualiti.

Selaras dengan tema Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2026 yang disambut pada 7 Jun setiap tahun, โ€œDaripada bebanan kepada penyelesaian โ€“ Makanan selamat di mana juaโ€, pendekatan semasa memberi penekanan kepada penyelesaian berasaskan sains, data dan pencegahan di sepanjang rantaian makanan.

Di peringkat asas, amalan seperti kebersihan diri dan persekitaran, pengasingan bahan mentah dan makanan siap dimakan, memasak dengan sempurna, penyimpanan pada suhu selamat serta penggunaan air dan bahan mentah yang bersih merupakan elemen penting dalam mencegah pencemaran silang.

Pencemaran makanan seperti biologikal, kimia dan fizikal, berpotensi memberi risiko kesihatan sekiranya tidak dikawal dengan baik.

Di peringkat industri dan peniaga makanan, pelaksanaan sistem seperti HACCP, GMP dan MeSTI perlu diperkukuh melalui pendekatan berasaskan risiko dan data, bukan sekadar pematuhan dokumentasi. Dalam masa yang sama, pengguna juga memainkan peranan melalui amalan kebersihan yang konsisten serta pemilihan premis makanan yang diiktiraf seperti BeSS, Trust MyCatering dan Homebased-Food.

Keselamatan makanan perlu dilihat sebagai satu sistem bersepadu yang melibatkan semua pihak โ€” daripada data, kawalan proses, hingga amalan harian di setiap peringkat rantaian makanan.

Daripada bebanan kepada penyelesaian โ€“ makanan selamat di mana jua.

๐Ÿšจ Wabak denggi tidak akan berhenti dengan sendirinya. Tindakan komuniti adalah kunci utama memutuskan rantaian penularan...
07/06/2026

๐Ÿšจ Wabak denggi tidak akan berhenti dengan sendirinya. Tindakan komuniti adalah kunci utama memutuskan rantaian penularan. ๐ŸฆŸ

๐ŸฆŸ๐Ÿค GOTONG-ROYONG WABAK DENGGI KAMPUNG BAHAGIA, KUALA PERLIS ๐Ÿค๐ŸฆŸ
Pada 5 Jun 2026 (Jumaat) yang lalu, bermula jam 8.00 pagi, telah berlangsung Program Gotong-Royong Wabak Denggi di Kampung Bahagia, Kuala Perlis sebagai usaha membanteras penularan demam denggi di kawasan yang sedang mengalami wabak.
Program ini telah disertai oleh pelbagai agensi dan komuniti setempat dengan memberi tumpuan kepada aktiviti pencarian dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes, pembersihan kawasan persekitaran, pelupusan barang yang berpotensi menakung air serta pendidikan kesihatan kepada penduduk.
Turut hadir bersama menjayakan program ini ialah:
๐Ÿ”น Dr. Sunita Binti Abdul Rahman
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
๐Ÿ”น Dr. Khaironisak Binti Haron
Pegawai Kesihatan Daerah Kangar
Jabatan Kesihatan menyeru seluruh penduduk agar terus memainkan peranan aktif dalam memastikan persekitaran kediaman sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.
โฑ๏ธ Luangkan hanya 10 minit setiap minggu untuk memeriksa kawasan rumah anda.
โœ… Cari dan Musnah โœ… Bersihkan kawasan persekitaran โœ… Lupuskan barang yang tidak digunakan โœ… Pastikan bekas takungan air sentiasa bersih
Bersama-sama kita putuskan rantaian penularan denggi dan lindungi keluarga serta komuniti daripada ancaman penyakit ini.

Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2026 bertemakan : "unmasking the appeal โ€“ countering ni****ne and to***co addiction...
01/06/2026

Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2026 bertemakan : "unmasking the appeal โ€“ countering ni****ne and to***co addiction". Bersama kita berperanan sebagai ahli keluarga dan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab. Tingkatkan kesedaran tentang bahaya dan kerugian akibat merokok.



01/06/2026

๐Ÿšญ Selamat Menyambut Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang bahaya penggunaan tembakau dan produk merokok, serta memperkukuh komitmen untuk melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada kesan buruknya.

Setiap langkah ke arah kehidupan tanpa tembakau adalah pelaburan untuk kesihatan yang lebih baik, kualiti hidup yang lebih tinggi dan masa depan yang lebih sihat untuk generasi akan datang.

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

๐ŸŒฟ๐Ÿšฎ GOTONG-ROYONG 1HMC COMBI RPA MATA AYER II BERJAYA DILAKSANAKAN ๐Ÿšฎ๐ŸŒฟAlhamdulillah, program Gotong-Royong One Hour Malays...
30/05/2026

๐ŸŒฟ๐Ÿšฎ GOTONG-ROYONG 1HMC COMBI RPA MATA AYER II BERJAYA DILAKSANAKAN ๐Ÿšฎ๐ŸŒฟ
Alhamdulillah, program Gotong-Royong One Hour Malaysia Clean Up (1HMC) COMBI RPA Mata Ayer II yang diadakan pada pagi ini telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama erat penduduk setempat, sukarelawan COMBI serta pelbagai agensi yang terlibat.
๐Ÿ’ช Antara aktiviti yang telah dijalankan: โœ… Senamrobik komuniti
โœ… Taklimat kesihatan dan pencegahan denggi
โœ… Aktiviti temu seru dan gotong-royong
โœ… Cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes
โœ… Pertandingan mewarna bersama keluarga

Program ini bukan sahaja berjaya membersihkan persekitaran, malah turut meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan kawasan kediaman bagi mencegah penularan penyakit bawaan vektor khususnya demam denggi.

๐Ÿ‘ Tahniah dan terima kasih kepada semua penduduk RPA Mata Ayer II yang telah meluangkan masa dan tenaga menjayakan program ini. Semangat kerjasama dan keprihatinan komuniti seperti inilah yang menjadi kekuatan utama dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan bebas denggi.

๐Ÿ“ข Ingat! Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk memeriksa dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di rumah dan persekitaran anda.









๐Ÿ’™๐Ÿ’›โค๏ธ๐ŸฆŸ

Satu sesi perbincangan berkaitan usaha kawalan wabak denggi telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Kolam, Padang Be...
30/05/2026

Satu sesi perbincangan berkaitan usaha kawalan wabak denggi telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Kolam, Padang Besar pada 29.05.2026 (Jumaat), yang melibatkan Dr. Khaironisak binti Haron, Pegawai Kesihatan Daerah Kangar, pasukan Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor (UKPBV) PKD Kangar serta wakil penduduk Kampung Kolam, Ustaz Azemi.

Perbincangan tertumpu kepada isu-isu persekitaran yang dikenal pasti menyumbang kepada risiko pembiakan nyamuk Aedes dan penularan denggi di lokaliti ini. Pelbagai cadangan telah dibincangkan bagi memperkukuhkan usaha pencegahan dan kawalan denggi melalui peningkatan kesedaran masyarakat, penglibatan aktif penduduk kampung serta kerjasama berterusan antara komuniti dan pasukan kesihatan.

Pada hari yang sama, aktiviti Active Case Detection (ACD) turut dilaksanakan bermula jam 3.30 petang dengan penglibatan seramai 16 orang paramedik daripada klinik-klinik kesihatan di seluruh Perlis. Aktiviti ini melibatkan lawatan dari rumah ke rumah bagi mengesan penduduk yang mengalami gejala demam, seterusnya membolehkan kes denggi dikenal pasti lebih awal dan tindakan kesihatan awam dapat dilaksanakan dengan segera bagi mengurangkan risiko penularan dalam komuniti.

PKD Kangar merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir dan memberikan komitmen dalam menjayakan usaha membendung penularan denggi demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan selamat untuk komuniti setempat.





Pegawai Kesihatan Daerah dan seluruh warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Kangar ingin mengucapkan selamat menyambut Har...
26/05/2026

Pegawai Kesihatan Daerah dan seluruh warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Kangar ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah. Semoga ibadah korban kita semua diterima dan pengorbanan kita dalam kehidupan mendapat keredhaannya

Jom beramai-ramai aktifkan hidup anda, sertai FUN WALK sambil meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kesihatan ...
22/05/2026

Jom beramai-ramai aktifkan hidup anda, sertai FUN WALK sambil meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kesihatan dan gaya hidup sihat. Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh rakan kerjasama yang terlibat.




Address

Jalan Abi Tok Hashim
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049761388

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kangar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Kangar:

Share