06/08/2026
π THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS
First 'SMA' Patient to Complete Continuous Higher Education Studies from a Single University
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Siti Hawa binti Apandi atas pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai "First 'SMA' Patient to Complete Continuous Higher Education Studies from a Single University."
Pengiktirafan ini bukan sekadar sebuah rekod, tetapi bukti bahawa hidup dengan Spinal Muscular Atrophy (SMA) bukan penghalang untuk menuntut ilmu, mengejar impian dan melakar sejarah. Sesungguhnya, bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi serta membuka lebih banyak ruang, peluang dan harapan buat komuniti SMA.
Tahniah, Dr. Siti Hawa. Terima kasih kerana membuktikan bahawa keterbatasan fizikal tidak pernah membatasi kekuatan sebuah impian.
π€² Semoga Allah memberkati ilmu yang dimiliki Dr. Siti Hawa, dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupannya. Moga kejayaan ini juga asbab lahirnya lebih ramai lagi SMA Fighters yang berani bermimpi dan terus berjuang menggapai impian.