27/10/2025
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERSATUAN PERUBATAN ISLAM DARUSSALAM MALAYSIA
ποΈ 24 Oktober 2025 (Sabtu)
Alhamdulillah, pada hari ini, selesai sudah program bersama yang berjaya dilaksanakan iaitu Program Sambutan Maulidur Rasul Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia dengan kerjasama Pusat Rawatan Islam cawangan negeri Pahang di Pusat Rawatan Islam DarusSalam Pahang Kg. Lengkong, Karak.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Al-Fadhil Qadhi Daerah Bentong, Tuan Hj. Ahmad Zaharuddin bin Mohd Alias atas kesudian hadir bersama dalam majlis yang dianjurkan ini.
Terima kasih juga buat Presiden DarusSalam Malaysia, Tuan Hj. Abd Manaf bin Jusoh , Setiausaha Agung DarusSalam Malaysia , barisan pimpinan serta perawat daripada DarusSalam HQ dan negeri Pahang atas kesudian hadir ke majlis ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih buat tetamu yang hadir iaitu Tuan Haji Abdul Rahman Bin Mat Isa selaku Pengurus Besar Syarikat Mempaga Segar , Tuan Guru Ustaz Hadi dan rombongan dari Pondok Haji Ahmad Lanchang , Encik Mohd Khairul Bin Ghazali selaku Pengurus Besar Bengkel Three Brothers, serta semua para penerima sumbangan MUIP dan tetamu-tetamu lain yang turut hadir memeriahkan lagi majlis pada hari yang penuh keceriaan ini.
Turut diadakan majlis penyampaian barangan bantuan asnaf sumbangan MUIP Daerah Bentong.
Semoga Allah rahmati dan berkati segala usaha kita dalam memartabatkan rawatan Islam patuh syariah.
π² Dapatkan maklumat lanjut mengenai DarusSalam Pahang melalui pautan berikut:
π https://linktr.ee/darussalampahang