FARMASI MYINDAH

Call Directions Website Contact the business

FARMASI MYINDAH YOUR HEALTH. OUR EXPERTISe🩺 FARMASI MYINDAH (M) SDN. BHD. (1402093-M) Kami juga menyediakan pemeriksaan paras gula dan kolesterol dalam darah di premis kami.

Kami menyediakan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan dan pemeriksaan tekanan darah secara percuma. Selain dari itu, pelbagai produk dan ubat boleh didapati di Farmasi Myindah termasuk :

1. Ubat-ubatan moden
2. Ubat-ubatan tradisional
3. Peralatan kesihatan
4. Peralatan perubatan
5. Produk-produk kesihatan
6. Produk-produk kecantikan
7. Produk-produk bayi
8. Makanan tambahan

Kenali Simptom Serangan Jantung – Sebelum Terlambat! ❤️⚠️Serangan jantung boleh datang tanpa amaran. Tapi jika kita kena...
29/09/2026

Kenali Simptom Serangan Jantung – Sebelum Terlambat! ❤️⚠️

Serangan jantung boleh datang tanpa amaran. Tapi jika kita kenal tanda-tandanya, nyawa boleh diselamatkan.

Jika anda atau seseorang mengalami simptom ini, JANGAN TUNGGU!
📞 TINDAKAN SEGERA – HUBUNGI 999

Ilmu ini boleh selamatkan nyawa. Kongsikan kepada orang tersayang!

25/09/2026

JOM BELAJAR UBAT. EPISOD 42 : POSTINOR
‎
Apa itu Postinor?
‎Postinor mengandungi levonorgestrel, sejenis emergency contraceptive yang digunakan untuk mengurangkan risiko kehamilan selepas hubungan seks tanpa perlindungan atau apabila kaedah kontraseptif gagal.
‎
‎Bila digunakan?
‎✅Hubungan seks tanpa perlindungan
‎✅Kondom pecah atau tercabut
‎✅Terlupa mengambil pil perancang dalam situasi yang meningkatkan risiko kehamilan
‎
‎Bagaimana ia berfungsi?
‎Terutamanya dengan melambatkan atau menghalang ovulasi.
‎
‎Bila perlu diambil?
‎Ambil secepat mungkin selepas hubungan tanpa perlindungan. Keberkesanannya lebih baik apabila diambil lebih awal.
‎
‎Kesan sampingan biasa :
‎Loya, sakit kepala, pening, sakit/perut tidak selesa, keletihan dan perubahan pada waktu atau corak haid seterusnya.
‎
‎Penting‼️
‎⚠️ Bukan ubat menggugurkan kandungan
‎⚠️ Tidak melindungi daripada jangkitan seksual (STI)
‎⚠️ Bukan pengganti kaedah kontraseptif rutin

‎DISCLAIMER📢
Kandungan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan informasi sahaja. Pemilihan pil pencegah kehamilan perlu mengambil kira keadaan kesihatan, ubat yang sedang diambil serta faktor risiko individu. Sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan atau menukar pil pencegah kehamilan.

Bila kali terakhir anda periksa tekanan darah? 🤔Kesihatan jantung bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Jom mula jaga ...
25/09/2026

Bila kali terakhir anda periksa tekanan darah? 🤔

Kesihatan jantung bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Jom mula jaga dari sekarang dengan:
🥦 Makan sihat
🏃‍♀️ Senaman 30 minit sehari
💓 Pantau tekanan darah

Kongsikan tip kesihatan jantung anda di bawah! 👇

21/09/2026

JOM BELAJAR UBAT. EPISOD 40 : MOMETASONE
‎
APA ITU MOMETASONE?
‎Mometasone ialah ubat kortikosteroid yang membantu mengurangkan keradangan, kemerahan, bengkak dan kegatalan.
‎
‎KEGUNAAN BERGANTUNG KEPADA BENTUK SEDIAAN UBAT
‎Krim atau ointment untuk masalah kulit radang tertentu seperti eczema dan dermatitis.
‎Nasal spray untuk allergic rhinitis seperti hidung tersumbat, bersin dan hidung berair.
‎Sesetengah formulasi digunakan dalam rawatan masalah pernafasan seperti asthma.
‎
‎CONTOH DI PASARAN :
‎Elomet untuk penggunaan pada kulit dan Nasonex untuk nasal spray, bergantung kepada formulasi dan pasaran.
‎
‎KESAN SAMPINGAN BIASA :
‎Untuk kulit, boleh berlaku pedih atau iritasi pada tempat sapuan. Untuk nasal spray, boleh menyebabkan iritasi hidung, sakit tekak atau hidung berdarah.
‎
‎PERINGATAN PENTING ⚠️
‎Cara penggunaan Mometasone berbeza mengikut bentuk ubat. Untuk krim atau ointment, sapu lapisan nipis pada kawasan yang diarahkan dan elakkan penggunaan berlebihan atau berpanjangan tanpa pemantauan profesional kesihatan.
‎
‎NOTA PHARMACIST 📢
‎Walaupun Mometasone ialah steroid, ia bukan sama seperti steroid bina badan. Ia digunakan untuk mengawal keradangan dalam keadaan tertentu.

🧠 KESEDARAN ALZHEIMER 💙Alzheimer bukan sekadar masalah mudah terlupa. Perubahan pada ingatan, keupayaan melakukan tugasa...
21/09/2026

🧠 KESEDARAN ALZHEIMER 💙

Alzheimer bukan sekadar masalah mudah terlupa. Perubahan pada ingatan, keupayaan melakukan tugasan harian serta tingkah laku juga boleh menjadi tanda yang perlu diberi perhatian.

👀 Kenali tanda-tanda awal dan jangan abaikan perubahan yang berlaku pada diri sendiri atau orang tersayang.

Jika anda perasan perubahan yang ketara atau semakin teruk, dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada profesional kesihatan. 🩺

💙 Kenali, fahami dan beri sokongan.

🥜 KEBAIKAN BADAM UNTUK KESIHATAN 💚Badam bukan sahaja sedap dijadikan kudapan, malah mengandungi pelbagai nutrien yang ba...
18/09/2026

🥜 KEBAIKAN BADAM UNTUK KESIHATAN 💚

Badam bukan sahaja sedap dijadikan kudapan, malah mengandungi pelbagai nutrien yang baik untuk tubuh. ✨

16 September menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia. ❤️💙💛Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbag...
16/09/2026

16 September menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia. ❤️💙💛

Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian budaya, bangsa dan tradisi yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan istimewa. 🤝✨

Semoga Malaysia terus maju, aman dan harmoni, serta sentiasa menjadi tempat yang kita banggakan. 🇲🇾

Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia! 🎉
Negara kita, tanggungjawab kita. ❤️

14/09/2026

JOM BELAJAR. UBAT EPISOD 37 : ADAPALENE
‎
‎Apa itu Adapalene?
‎Adapalene ialah ubat sapuan daripada kumpulan retinoid yang digunakan terutamanya untuk merawat jerawat.
‎
‎Kegunaan :
‎Mengurangkan pembentukan blackhead dan whitehead, membantu membuka pori tersumbat serta mengurangkan jerawat baru.
‎
‎Cara penggunaan :
‎Sapukan nipis sekali sehari, biasanya pada waktu malam, pada keseluruhan kawasan yang mudah berjerawat dan bukan hanya atas jerawat.
‎
‎Contoh di pasaran :
‎Differin Gel 0.1% dan produk generik Adapalene 0.1%.
‎
‎Kesan sampingan biasa :
‎Kulit kering, kemerahan, pedih atau mengelupas terutama pada peringkat awal penggunaan.
‎
‎Nota Pharmacist📢
‎Kesan biasanya mengambil masa beberapa minggu. Jangan sapu terlalu banyak kerana ia tidak mempercepatkan hasil dan boleh meningkatkan iritasi kulit.

11/09/2026

JOM BELAJAR UBAT. EPISOD 36 : ACICLOVIR
‎
‎Apa itu Aciclovir?
‎
‎Aciclovir ialah ubat antiviral yang digunakan untuk merawat jangkitan tertentu yang disebabkan oleh virus herpes.
‎
‎Kegunaan utama :
‎
‎✅ Herpes simplex
‎✅ Herpes ge***al
‎✅ Kayap / shingles (Herpes zoster)
‎✅ Cacar air (Varicella) dalam keadaan tertentu
‎✅ Cold sore / herpes pada bibir
‎
‎Bagaimana ia berfungsi?
‎
‎Aciclovir menghalang virus herpes daripada menggandakan DNA, lalu memperlahankan pembiakan virus dalam badan.
‎
‎Dos :
‎
‎Dos berbeza mengikut jenis jangkitan, umur, fungsi buah pinggang dan keadaan pesakit. Contohnya, herpes simplex pada dewasa lazimnya menggunakan 200 mg 5 kali sehari, tetapi regimen lain turut digunakan bergantung pada indikasi.
‎
‎Penting‼️
‎
‎Aciclovir tidak menghapuskan virus herpes daripada badan, tetapi membantu mengurangkan keterukan dan tempoh simptom. Rawatan biasanya lebih berkesan apabila dimulakan awal.
‎
‎Contoh jenama :
‎
‎💊 Zovirax dan produk generik aciclovir.
‎
‎Kesan sampingan yang boleh berlaku :
‎
‎• Loya
‎• Sakit kepala
‎• Cirit-birit
‎• Pening
‎
‎Nota Pharmacist📢
‎
‎Pastikan pengambilan air mencukupi ketika menggunakan aciclovir, terutama pada dos yang lebih tinggi.
‎
‎

08/09/2026

JOM BELAJAR UBAT. EPISOD 35 : DESLORATADINE
‎
‎Apa itu Desloratadine?
‎
‎Desloratadine ialah ubat antihistamin generasi kedua yang digunakan untuk membantu mengurangkan simptom alahan.
‎
‎Kegunaan utama :
‎
‎✅ Resdung/alahan hidung
‎✅ Hidung berair & bersin
‎✅ Hidung atau tekak gatal
‎✅ Mata berair/gatal akibat alahan
‎✅ Urtikaria atau gegata
‎
‎Bagaimana ia berfungsi?
‎
‎Desloratadine menyekat tindakan histamin H1, iaitu bahan yang terlibat dalam simptom alahan.
‎
‎Dos biasa dewasa & ≥12 tahun :
‎
‎💊 5 mg sekali sehari
‎
‎Kelebihan :
‎
‎✅ Bertindak sehingga 24 jam
‎✅ Biasanya kurang menyebabkan mengantuk berbanding antihistamin generasi pertama
‎✅ Sekali sehari
‎
‎Contoh jenama :
‎
‎💊 Aerius 5 mg dan produk generik desloratadine.
‎
‎Nota Pharmacist :
‎
‎Walaupun dikategorikan sebagai antihistamin yang kurang mengantuk, sesetengah individu masih boleh mengalami rasa mengantuk.

Address

Karangan
09700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FARMASI MYINDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to FARMASI MYINDAH:

Shortcuts

Share