Pusat Perubatan USM Bertam

Pusat Perubatan USM Bertam Pusat Perubatan USM Bertam menawarkan pelbagai perkhidmatan pelbagai kepakaran perubatan.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT PKTAAB USM Alhamdulillah, pada 10 Februari 2026 (1.00 petang...
14/02/2026

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT PKTAAB USM

Alhamdulillah, pada 10 Februari 2026 (1.00 petang) telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Tabung Kebajikan Pesakit PKTAAB USM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan CTC PKTAAB.

Majlis ini telah menyaksikan penyerahan sumbangan wang tunai berjumlah RM2,000.00 yang telah dikreditkan terus ke dalam Tabung Kebajikan Pesakit PKTAAB USM bagi membantu pesakit yang memerlukan.

Sumbangan telah disampaikan oleh
Pertubuhan Kebajikan Samarata Negeri Perak yang di wakili oleh Puan Alia Najwa Mohamad Said, Agency Growth Manager EFTB

Sumbangan ini adalah hasil inisiatif dan keprihatinan pihak AGG bersama wakil seramai 10 orang yang hadir bagi menjayakan program ini.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Prof.Madya Dr Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah Klinikal PKTAAB & Dr Mastura Binti Mohd Sopian, Timbalan Pengarah Operasi dan Piawaian PKTAAB

Pada majlis yang sama, turut diadakan sesi ceramah kesedaran bertajuk “Protect Every Phase of Life” yang disampaikan oleh En.Syaiful Ismail, Agency Growth Manager.

Sesi ini memberi penekanan kepada kepentingan perlindungan pendapatan serta perancangan kewangan khususnya apabila berdepan penyakit kritikal, dari sudut pendidikan dan kesedaran umum kepada warga hospital.

Majlis ini turut diadakan bersempena Program Continuing Medical Education (CME) Diabetes & Ramadhan 2026, anjuran bersama Klinik Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Pakar Perunding & Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan PKTAAB

Program CME ini menampilkan Dr Mastura Binti Mohd Sopian, Pakar Perubatan Keluarga PKTAAB dengan tajuk ceramah “From Pills to Pen”.

Pihak PKTAAB USM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak AGG atas sumbangan dan komitmen dalam menyokong kebajikan pesakit serta usaha meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan warga kesihatan.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi manfaat bersama.

Siri 12/2025 Ceramah Pendidikan KesihatanAnjuran Unit Pendidikan Kesihatan & Unit Kawalan Jangkitan PPUSMB IPPT USM Taju...
10/12/2025

Siri 12/2025 Ceramah Pendidikan Kesihatan

Anjuran Unit Pendidikan Kesihatan & Unit Kawalan Jangkitan PPUSMB IPPT USM

Tajuk : “Lindungi Si Kecil : Memahami Influenza dan Pencegahannya”
Tarikh : 17.12.2025
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Platform : https://sl1nk.com/RmPqD (webex)

Penceramah :
Dr Suria Emilia Suhana Binti Othman Tan
Pensyarah Perubatan dan Pakar Pediatrik
Ketua Unit Kawalan Jangkitan
Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB)

Moderator :
SN Azizah Binti Ismail
Jururawat Terlatih
Klinik Pakar Perunding
Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB)

Address

PPUSMB, Universiti Sains
Kepala Batas
13200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Perubatan USM Bertam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Perubatan USM Bertam:

Shortcuts

Share