04/10/2026
MUSUH JANTUNG
Serangan jantung selalunya bukan berlaku secara tiba-tiba.
Apa yang berlaku pada hari seseorang rebah mungkin sebenarnya sudah bermula bertahun-tahun sebelum itu.
Sedikit demi sedikit.
Dalam diam.
Rokok dan v**e misalnya, bukan sekadar memberi kesan pada paru-paru.
Bahan kimia yang disedut boleh mencederakan lapisan dalam salur darah. Bila dinding salur darah mula rosak, kolesterol lebih mudah melekat dan membentuk plak.
Tekanan darah tinggi p**a seperti memaksa jantung mengepam melawan tekanan yang kuat setiap hari.
Kalau keadaan ini berlarutan bertahun-tahun, salur darah boleh menjadi keras dan rosak, manakala otot jantung boleh menebal kerana terlalu lama bekerja keras.
Akhirnya, jantung boleh menjadi lemah.
Kolesterol LDL yang tinggi p**a boleh terkumpul pada dinding salur darah.
Lama-kelamaan, timbunan ini membentuk plak dan menyempitkan laluan darah.
Bila bekalan darah dan oksigen terputus, otot jantung mula cedera.
Itulah serangan jantung.
Gula darah yang tinggi dan diabetes juga merosakkan salur darah dari dalam.
Ia mempercepatkan keradangan dan pembentukan plak.
Sebab itu pesakit diabetes mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih tinggi
Perut buncit dan obesiti p**a bukan sekadar isu penampilan. Lemak visceral di sekeliling organ menghasilkan bahan yang berkait dengan keradangan dan gangguan metabolik.
Ia memudahkan darah tinggi, diabetes dan trigliserida tinggi berlaku serentak.
Maksudnya, bila lemak di perut semakin banyak, selalunya bukan satu musuh jantung yang datang.
Beberapa musuh datang sekali.
Kemudian ada p**a pemakanan tinggi garam, gula dan lemak tepu.
Garam berlebihan boleh menaikkan tekanan darah.
Gula berlebihan memudahkan berat naik, meningkatkan trigliserida dan risiko diabetes.
Lemak tepu yang berlebihan p**a boleh meningkatkan kolesterol LDL.
Bukan satu hidangan yang terus βmenyumbatβ jantung.
Yang merosakkan ialah corak yang sama diulang hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun.
Dan jangan pandang ringan stres kronik serta tidur yang tidak cukup.
Bila tubuh sentiasa berada dalam keadaan stres, tekanan darah dan denyutan jantung boleh kekal lebih tinggi.
Kurang tidur p**a dikaitkan dengan obesiti, darah tinggi, diabetes dan masalah metabolik.
Akhirnya semua faktor ini saling menguatkan antara satu sama lain.
Yang paling menakutkan ialah kita masih boleh rasa sihat ketika semua proses ini sedang berlaku.
Tak sakit dada.
Tak sesak nafas.
Tak rasa apa-apa.
Sehinggalah suatu hari plak pecah, darah beku terbentuk dan salur darah jantung tertutup.
Serangan jantung mungkin kelihatan tiba-tiba, tetapi kerosakannya sering dibina perlahan-lahan.
Sebab itu jangan tunggu simptom.
Periksa tekanan darah.
Periksa gula.
Periksa kolesterol.
Jaga berat badan.
Berhenti merokok.
Kekal aktif.
Kenali musuh jantung sebelum mereka sempat merosakkannya dalam diam.