HEBAT

Directions Website Contact the business

HEBAT H.E.B.A.T! (Henti! Elak!

Basmi Asap Tembakau!)

H.E.B.A.T! - A medical student’s initiative to increase public’s awareness on the harmful effects of smoking towards health especially in Malaysian youth.

15/10/2026

Batuk bukan benda biasa kalau rokok puncanya 🚭 Jangan tunggu sampai sakit baru nak berhenti!

Nampak kesalahan merokok? Jangan diam saja! Gunakan MyLapor di aplikasi MySejahtera. Jangan lupa juga untuk tegur peroko...
13/10/2026

Nampak kesalahan merokok? Jangan diam saja!

Gunakan MyLapor di aplikasi MySejahtera.

Jangan lupa juga untuk tegur perokok dengan berhemah 😄



Senarai tempat larangan merokok.

13/10/2026

Friends can warn you, partners can remind you, but at the end of the day, the decision to quit smoking starts with YOU. 🚭

Not everyone has a constant reminder in their pocket when temptation hits. That’s why building real personal resolve is key!

Check out this short story as part of our COPC Stop Smoking Campaign made easy with H.E.B.A.T.

Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Di bawah pimpinan Dr. Muhd Shafeiq bin Muhammad Asri, HEBAT SABAH kini bekerjasama dengan M...
20/09/2026

Sabah, Negeri di Bawah Bayu.

Di bawah pimpinan Dr. Muhd Shafeiq bin Muhammad Asri, HEBAT SABAH kini bekerjasama dengan Majlis Belia Sabah.

Tahniah pelajar-pelajar City University, Alamesra, Kota Kinabalu.

Anda memang HEBAT!

Terima kasih Sekolah Menengah Agama Islamiah, Papar.

Anda juga HEBAT!

Tanah air ini milik kitaSemua bangsa berlindung di bawahnyaMaka Malaysia perlu bebasBebas daripada ketagihan yang membel...
16/09/2026

Tanah air ini milik kita
Semua bangsa berlindung di bawahnya
Maka Malaysia perlu bebas
Bebas daripada ketagihan yang membelenggu
Dan asap yang meragut nafas

Semoga lahirlah generasi bebas rokok dan vap.

Selamat Hari Malaysia!

Treasure the Knowledge. HEBAT dijemput mengendalikan booth Treasure Hunt semasa Program Fit4All x Walk With A Doc. Peser...
15/09/2026

Treasure the Knowledge.

HEBAT dijemput mengendalikan booth Treasure Hunt semasa Program Fit4All x Walk With A Doc.

Peserta melakukan senaman untuk mendapat petunjuk crossword puzzle bertemakan rokok dan v**e.

Terima kasih Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn dan Walk With A Doc atas jemputan.

24/07/2026

Terima kasih Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyokong Henti.Elak.Basmi.Asap.Tembakau (HEBAT) untuk memastikan udara lebih bersih dan kesihatan keluarga lebih baik





15 Julai yang lalu, HEBAT berada di Perak! Kami disambut oleh warga Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) serta barisan pr...
18/07/2026

15 Julai yang lalu, HEBAT berada di Perak!

Kami disambut oleh warga Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) serta barisan profesional kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Muallim.

Training of Trainers kali ini disertai oleh 70 peserta terdiri daripada pelajar-pelajar semester 1 PSAS, pegawai perubatan, pegawai pergigian, pakar perubatan keluarga, kaunselor, penolong pegawai perubatan serta jururawat.

Kami bersama-sama meneroka teknik komunikasi berkesan, membina strategi kempen media sosial, memahami ilmu berkaitan rokok dan vap, serta merancang program advokasi untuk dibawa ke komuniti masing-masing.

Ucapan alu-aluan oleh Dr. Nazratulhuda binti Awang @ Hashim,
Timbalan Pengarah Akademik,
Politeknik Sultan Azlan Shah

Program diteruskan dengan sesi 'Historical Landmarks in To***co Control and Policy Updates in Malaysia' yang disampaikan oleh Dr. Mohamad Firdaus bin Mohamad Azmi, pegawai perubatan, Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak.

Sesi 'Media Snippets' yang dikendalikan oleh Dr. Chong Karleen,
Ketua projek HEBAT serta pakar perubatan keluarga dan pensyarah perubatan,
Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

Karleen Chong

Prof. Madya Dr. Nur Amani binti Ahmad Tajuddin menjalankan aktiviti bersama peserta semasa sesi 'Communication Skills in To***co Control Advocacy'

Beliau merupakan Pakar Perunding Perubatan Keluarga dan pensyarah perubatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

Nur Amani

Sesi 'How to Help People to Quit Smoking' dikendalikan oleh Dr. Megat Mohamad Amirul Amzar bin Megat Hashim serta Dr. Ain Sabrina binti Mohamed Amirudin.

Dr. Amirul dan Dr. Ain merupakan Pakar Perubatan Keluarga.

Amirul Amzar Ain Sabrina

Sesi 'Harms to Health, Environment, and Economy' dikendalikan oleh Dr. Mohd Hafyzuddin bin Md Yusuf, Pakar Perunding Perubatan Kecemasan dan pensyarah perubatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

Hafyz Yusuf

Sesi 'Planning for Advocacy Programme for your Community' disampaikan oleh Anis Sofiah binti Zolkharnain, pelajar perubatan tahun 3, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

Anis Sofiah

Aktiviti berkumpulan yang dijalankan semasa program.

Terima kasih kepada semua peserta!

Semoga kita berjump

"Merealisasikan harapan dan aspirasi golongan muda – hari ini dan untuk masa hadapan"HEBAT berbesar hati menjadi sebahag...
17/07/2026

"Merealisasikan harapan dan aspirasi golongan muda – hari ini dan untuk masa hadapan"

HEBAT berbesar hati menjadi sebahagian daripada pameran sempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026 di Asian International Arbitration Centre (AIAC), Kuala Lumpur, anjuran UMCares dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Bertemakan "Merealisasikan harapan dan aspirasi golongan muda – hari ini dan untuk masa hadapan", kami komited menyebarkan kesedaran tentang bahaya rokok dan v**e demi melahirkan generasi yang lebih sihat.

Terima kasih kepada semua yang singgah, bertanya dan menyokong usaha kami. Bersama, kita bina masa depan tanpa asap rokok dan v**e!

Hafyz Yusuf Karleen Chong

Address

University Malaya
Kl

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HEBAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to HEBAT:

Shortcuts

Share