Nutritionist Klang

Nutritionist Klang Memberikan fakta tentang nutrisi dan aktiviti pemakanan yang menarik di daerah Klang.

Tahniah SJK (C) Perempuan Klang untuk pencapaian 'Sangat Memuaskan' bagi pemantauan penjualan makanan dan minuman di kan...
22/05/2026

Tahniah SJK (C) Perempuan Klang untuk pencapaian 'Sangat Memuaskan' bagi pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah pada 27 April 2026 👏🏻👏🏻👏🏻
Semoga kecemerlangan dapat diteruskan pada masa akan datang! ✨

Pameran Pinggan Sihat Malaysia & War on Sugar📍SK (P) Bukit Kuda Seronok belajar sambil bermain bersama Nutritionist Pn. ...
22/05/2026

Pameran Pinggan Sihat Malaysia & War on Sugar📍SK (P) Bukit Kuda

Seronok belajar sambil bermain bersama Nutritionist Pn. Rasyidah & Pn. Argeela ✨

Jom pilih lebih sihat, minum air kosong, dan kurangkan gula! 💪🏻🍎

✨Kursus Latihan Pertumbuhan, Penilaian dan Rundingcara Pemakanan Bayi & Kanak-Kanak Kecil (IYCF)✨📅 Tarikh : 22–23 April ...
18/05/2026

✨Kursus Latihan Pertumbuhan, Penilaian dan Rundingcara Pemakanan Bayi & Kanak-Kanak Kecil (IYCF)✨

📅 Tarikh : 22–23 April 2026

Pelbagai perkongsian ilmu telah disampaikan sepanjang kursus berkaitan pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil serta pemantauan pertumbuhan 👶🏻💚

Turut dijemput:
➡️ PSP Pn. Amirah (PKD Petaling) – Menilai sejarah pengambilan makanan (0–6 bulan) & kepentingan pemberian makanan pelengkap
➡️ PSP Pn. Norazida (PKD Petaling) – Makanan untuk memenuhi jurang tenaga, vitamin A & zat besi
➡️ PSP Pn. Khalidah (PKD Kuala Langat) – Kuantiti, kepelbagaian & kekerapan pemberian makanan pelengkap
➡️ PSP Pn. Filzah (PKD Sepang) – Menyiasat penyebab kekurangan zat makanan & runding cara pemakanan kanak-kanak kurang zat makanan
➡️ Dr. Dinesha (Pakar Perubatan Keluarga (Pra-Warta) UD14, KK Anika) - Pemberian makanan semasa sakit & bayi kurang berat lahir

Terima kasih dan penghargaan kepada semua penceramah jemputan atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat 📝

✨Hari Pertama Kursus CNE Pengukuhan✨📅 Tarikh : 21 April 2026Antara topik yang dikongsikan ialah:🍼 1000 Hari Pertama Kehi...
18/05/2026

✨Hari Pertama Kursus CNE Pengukuhan✨

📅 Tarikh : 21 April 2026

Antara topik yang dikongsikan ialah:
🍼 1000 Hari Pertama Kehidupan oleh Nutritionist Pn. Argeela
🥗 Pemakanan Ibu Hamil Anemia oleh Nutritionist Pn. Vinodhini
⚖️ Gestational Weight Gain (GWG) & hands-on oleh Nutritionist Pn. Baizura

Turut dijemput, FMS Dr Shahranee dari KK Bandar Botanik bagi sesi Pengendalian Klinikal Anemia & GWG. Kursus diakhiri dengan sesi perbincangan dan review kes GWG & anemia oleh Nutritionist Pn. Rasyidah.

Semoga kursus ini memberi manfaat dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran para peserta dalam pengendalian pemakanan ibu hamil 🤰

14/05/2026

Sihat, mudah & sedap! 🥬🌯

Demo masakan sihat sempena Program Komuniti Prihatin Warga Emas di Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang ⬇️
Menu pilihan: Savoury Chicken Oaty Rolls with Cilantro Yogurt Sauce 🍽️
Gabungan ayam cincang, oats, bayam & cendawan dalam balutan rice paper rangup 😋

Jom amalkan hidangan lebih sihat dalam kehidupan harian✨

✨Demo Masakan Sihat sempena Program Komuniti Prihatin Warga Emas di Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang🥙📅 Tarikh : 9 Mei 20...
14/05/2026

✨Demo Masakan Sihat sempena Program Komuniti Prihatin Warga Emas di Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang🥙

📅 Tarikh : 9 Mei 2026 (Sabtu)

Menu yang disediakan ialah Savoury Chicken Oaty Rolls with Cilantro Yogurt Sauce oleh Nutritionist Pn. Baizura 🍽️

Gabungan ayam cincang, overnight oats, bayam dan cendawan butang sebagai inti yang berkhasiat, dibalut menggunakan rice paper dan dimasak sehingga rangup. Hidangan ini disajikan bersama cilantro yogurt sauce yang menyegarkan 😋

Semoga perkongsian menu sihat ini dapat memberi inspirasi kepada warga emas dan komuniti untuk mengamalkan pemakanan yang lebih sihat 💚

TAHNIAH & SYABAS 👏👏 SJK (T) Ladang Highlands dengan bangga menjadi Sekolah Tamil pertama di Selangor yang melaksanakan P...
06/05/2026

TAHNIAH & SYABAS 👏👏

SJK (T) Ladang Highlands dengan bangga menjadi Sekolah Tamil pertama di Selangor yang melaksanakan Program HiTS (Hidangan Sihat di Sekolah) — satu inisiatif yang menekankan penyediaan hidangan sihat dan seimbang bagi menyokong tumbesaran serta kesihatan murid.

Program HiTS di SJK (T) Ladang Highlands telah mula dilaksanakan pada 4 Mei 2026, melibatkan seramai 66 orang murid Tahun 1 yang menerima hidangan sihat setiap hari. Pelaksanaan program ini turut diperkukuh dengan nasihat teknikal di bawah bimbingan Nutritionist Pn. Vinodhini, bagi memastikan setiap hidangan adalah sihat, seimbang dan menepati garis panduan pemakanan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan SJK (T) Ladang Highlands serta semua pihak yang terlibat atas inisiatif dan kejayaan ini. Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain dalam melahirkan generasi yang lebih sihat, cergas dan cemerlang

📣 Jemputan kepada sekolah-sekolah di Klang!
Pelaksanaan Program HiTS di sekolah masing-masing amat dialu-alukan
📩 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Nutritionist Klang

👉 Jom kita bina generasi sihat bersama! 👍

Tahniah SJKT Persiaran Raja Muda Musa untuk pencapaian Sangat Memuaskan bagi pemantauan penjualan makanan dan minuman di...
29/04/2026

Tahniah SJKT Persiaran Raja Muda Musa untuk pencapaian Sangat Memuaskan bagi pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah pada 15 April 2026 👏🏻👏🏻👏🏻

Semoga kecemerlangan dapat diteruskan pada masa akan datang! ✨

Tahniah SK Telok Menegon atas komitmen cemerlang dalam pemantauan penjualan makanan & minuman di kantin sekolah serta pe...
29/04/2026

Tahniah SK Telok Menegon atas komitmen cemerlang dalam pemantauan penjualan makanan & minuman di kantin sekolah serta pemantauan menu Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 👏🏻✨

📅 Tarikh : 13 April 2026

Syabas dan teruskan usaha yang baik ini demi memastikan penyediaan makanan yang sihat dan selamat untuk murid-murid🍽️. Kekalkan prestasi ini pada masa akan datang! 💚

✨Ceramah Amalan Pemakanan Sihat Menangani Obesiti di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Alam Impian oleh Nutritioni...
27/04/2026

✨Ceramah Amalan Pemakanan Sihat Menangani Obesiti di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Alam Impian oleh Nutritionist Baizura. Ceramah ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang amalan pemakanan sihat serta pencegahan obesiti dalam kalangan pelajar.

📅 Tarikh : 8 April 2026

Semoga ilmu yang dikongsikan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian 💚

'Taklimat Keselamatan Makanan, Pencegahan Keracunan Makanan & Pemakanan Sihat' kepada pengusaha kantin dan pengurusan se...
27/04/2026

'Taklimat Keselamatan Makanan, Pencegahan Keracunan Makanan & Pemakanan Sihat' kepada pengusaha kantin dan pengurusan sekolah di bawah PPD Klang dan PAID Klang bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya ✨

📅 Tarikh : 10 Februari 2026
📍 Tempat : Dewan MBDK Bukit Raja

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan makanan, pencegahan keracunan makanan serta amalan pemakanan sihat dalam kalangan pengusaha kantin dan pihak sekolah.

Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen yang diberikan. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat diamalkan dalam penyediaan makanan yang lebih selamat dan sihat 🍽️

Anjuran:
1. Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (UKKM)
2. Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC)
3. Unit Pemakanan
4. Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Address

Blok B Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Jalan Langat, Bandar Botanik
Klang
41200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60333239554

Website

https://cegahanemia.space/, https://linkr.bio/nutritionistpkdklang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nutritionist Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nutritionist Klang:

Share