OLIVE HOUSE KLANG

OLIVE HOUSE KLANG "waktu sakit, beramal supaya sihat.. waktu sihat, beramal supaya tidak sakit"
PASTIKAN ANDA BERSAMA P

28/02/2026

Jom amalkan tamar seperti Kurma Ajwah semasa sahur.

Kurma Ajwah bantu:
- rasa kenyang lebih lama
- tenaga lebih stabil sepanjang berpuasa
- kurangkan rasa cepat letih menjelang tengah hari

Kandungan serat dan gula semula jadinya membantu badan lepaskan tenaga secara lebih terkawal.

InsyaAllah puasa jadi lebih bertenaga dan fokus beribadah 🌙

Team 1:Minum air manis setiap hari. Bubble tea, latte, teh ais semua jalan. Dan percaya, “Tak apa, nanti bilas dengan ai...
17/11/2025

Team 1:
Minum air manis setiap hari. Bubble tea, latte, teh ais semua jalan. Dan percaya, “Tak apa, nanti bilas dengan air kosong.”

Sayangnya… air kosong tak boleh cuci gula yang dah pun diserap ke dalam darah.

Makan kek, coklat, atau minum air manis → gula masuk terus ke aliran darah, bukan tunggu dibasuh keluar.

Team 2:
Minum manis bila perlu. Lebih utamakan air kosong sebab tahu ia tak boleh turunkan gula, dan tak percaya mitos “minum banyak air boleh clearkan gula”

Dua tabiat berbeza.
Dua kesan kesihatan yang berlawanan.

Apa pun gaya hidup anda, jangan lupa selit satu sudu Olivie Plus 30x, dua kali sehari.

✔️ Bantu stabilkan paras gula
✔️ Sokong kesihatan jantung
✔️ Sesuai untuk semua gaya hidup — yang tengah berubah, atau yang baru nak mula

Pilihan kecil anda hari ini menentukan kesihatan anda bertahun-tahun nanti.

Tanda-tanda awal diabetes juga boleh terpancar melalui mulut.Mulut kering.Gusi cepat berdarah.Rasa logam yang pelik seti...
13/11/2025

Tanda-tanda awal diabetes juga boleh terpancar melalui mulut.

Mulut kering.
Gusi cepat berdarah.
Rasa logam yang pelik setiap kali makan atau minum.

Bila gula dalam darah tinggi, gula dalam air liur pun meningkat. Inilah jamuan untuk bakteria yang akhirnya menyebabkan:

✅ Gigi cepat berlubang
✅ Jangkitan pada lidah dan p**i (tompok putih)
✅ Luka kecil lambat sembuh
✅ Gusi bengkak dan mudah berdarah

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2023):

📌 15.6% rakyat Malaysia dewasa hidup dengan diabetes
📌 Hampir 6% langsung tak tahu mereka menghidapnya

Lebih membimbangkan, semakin ramai bawah umur 40 tahun dah mula dikesan dengan diabetes jenis 2, tanda gaya hidup moden dah mula memakan diri lebih awal dari sepatutnya.

Kalau anda perasan tanda-tanda ini, tolong jangan tunggu lama. Pergi buat pemeriksaan gigi atau ujian gula darah segera.

Untuk langkah pencegahan, amalkan minyak zaitun extra virgin. Tapi ingat, bukan semua minyak zaitun sama.

Cari yang tinggi kandungan hydroxytyrosol, bahan aktif antioksidan yang 30 kali ganda lebih tinggi daripada minyak zaitun biasa dan terbukti secara klinikal.

Olivie Plus 30x, Raja Segala Minyak Zaitun.

Ia bantu:
✔ Kurangkan keradangan gusi dan tisu mulut
✔ Stabilkan paras gula darah
✔ Kuatkan imun badan lawan jangkitan

Satu langkah kecil setiap hari, cukup untuk elak komplikasi besar di kemudian hari.

Jaga kesihatan mulut. Jaga gula. Jaga diri.




Selama bertahun-tahun, kita diajar untuk takut pada kolesterol. Setiap kali buat medical check-up, bila tengok bacaan ko...
07/11/2025

Selama bertahun-tahun, kita diajar untuk takut pada kolesterol. Setiap kali buat medical check-up, bila tengok bacaan kolesterol tinggi, terus risau.

Tapi ramai tak tahu, musuh sebenar jantung bukan hanya kolesterol... tapi GULA.

Kajian sains moden dah banyak tunjuk, gula berlebihan sebenarnya lebih bahaya untuk jantung berbanding kolesterol semata-mata. Bukan saja sebab boleh naikkan berat badan, tapi sebab ia ganggu keseimbangan metabolik dan perlahan-lahan merosakkan sistem dalaman badan kita.

Macam mana gula boleh rosakkan jantung?

1. Rintangan Insulin – Punca Senyap Penyakit Moden

Bila setiap hari kita ambil minuman manis atau makanan tinggi gula, paras insulin dalam darah akan sentiasa tinggi. Lama-lama, sel badan jadi “kebal” pada insulin. Inilah yang dipanggil rintangan insulin.

Dari sinilah datangnya masalah seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti viseral, dan keradangan kronik. Semua ni antara punca utama penyakit jantung zaman sekarang.

2. Keradangan & Salur Darah Tersumbat

Gula yang berlebihan juga boleh tingkatkan tekanan oksidatif dan buat dinding salur darah kita meradang.

Keradangan ni menyebabkan plak terbentuk dalam arteri, keadaan yang dikenali sebagai atherosclerosis.

Dan bila plak tu makin tebal, risiko serangan jantung atau strok jadi sangat tinggi.

3. Gangguan Profil Lemak

Ramai ingat gula hanya naikkan gula darah. Tapi sebenarnya, ia juga ganggu profil kolesterol.

Gula boleh naikkan trigliserida dan LDL kecil-padat (kolesterol jahat yang senang sumbat arteri), sambil turunkan HDL, kolesterol baik yang lindungi jantung.

Hasilnya, jantung kita kerja lebih keras dalam keadaan sistem lemak yang tak seimbang.

4. Hati Berlemak

Kalau selalu minum air manis, terutama yang tinggi fruktosa, hati kita akan mula tukar gula tu jadi lemak.

Bila lama-lama berkumpul, terbentuklah penyakit hati berlemak tanpa alkohol (NAFLD).

Keadaan ni bukan je ganggu fungsi hati, tapi juga dikaitkan dengan masalah jantung dan metabolik.

➡ JAMA Internal Medicine (2014)
Individu yang ambil lebih 25% kalori harian dari gula tambahan — tiga kali ganda lebih berisiko mati akibat penyakit jantung.

➡ British Medical Journal (2015)
Gula tambahan dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, trigliserida tinggi dan keradangan.

➡ Framingham Heart Study (2017)
Pengambilan minuman bergula meningkatkan risiko gagal jantung dan demensia.

Kunci sebenar kesihatan jantung bukan terletak pada ubat statin semata. Ia bermula daripada cara hidup dan pemakanan harian.

Nak jaga jantung tak perlu drastik. Mulakan dengan langkah kecil:
➡️ Tukar air manis kepada air kosong campur hirisan buah,
➡️ Lebihkan buah segar,
➡️ Dan jadikan Olivie Plus 30x sebahagian daripada rutin harian, sumber lemak sihat yang bantu lawan keradangan dari dalam.

Dengan kurangkan gula tambahan dan amalkan gaya hidup seimbang, kita bukan saja lindungi jantung tapi bantu tubuh kembali bertenaga dan sihat secara semula jadi, insyaAllah.

Nak order olivie @ produk lain-lain dari Olive House click link di komen 👇🏻👇🏻



Pernah buat tak tabiat ni? Lepas makan, perut dah kenyang, kita rasa macam “rehat j*p lah, baring pon sedap ni." Sebenar...
06/11/2025

Pernah buat tak tabiat ni? Lepas makan, perut dah kenyang, kita rasa macam “rehat j*p lah, baring pon sedap ni."

Sebenarnya tindakan kecil tu sebenarnya boleh ganggu sistem badan tanpa kita sedar.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah dan solat. Dan janganlah kalian tidur selepas makan, kerana itu boleh menyebabkan hati menjadi keras.”
(Riwayat Abu Nu’aim)

Bila dikaji dari sudut sains moden, ternyata nasihat Nabi SAW ni penuh hikmah.

Apa jadi bila kita terus baring lepas makan?
Selepas makan, paras gula darah akan naik. Bila kita baring, badan malas nak guna tenaga tu. Akhirnya, glukosa berlebihan berkumpul dalam darah.

Inilah yang jadi punca kepada masalah rintangan insulin dan kencing manis.

Tapi kalau kita berjalan perlahan-lahan selama 10–15 minit, otot akan mula guna gula tu sebagai tenaga.

Kajian pun buktikan yang berjalan sekej*p lepas makan boleh turunkan paras gula darah hingga 20%.

Tak perlu susah-susah pergi taman. Boleh cuba berjalan keliling rumah, lipat kain, kemas meja pun dikira bergerak. Yang penting, jangan terus rebah lepas makan.

Kalau nak bantu lagi kawal gula darah secara semula jadi, boleh cuba Olivie Plus 30x.

Olivie Plus 30x tinggi dengan Hydroxytyrosol (30 kali lebih kuat daripada EVOO biasa), antioksidan semula jadi yang bantu lindungi sel dan stabilkan gula darah.

Jom usaha pelan-pelan & sihat dengan cara Rasulullah SAW.


Syukur, dari hampir kena operate, kini jantung ayah makin kuat!“Sebelum ni beliau ada masalah jantung dan masa tu dah ke...
26/10/2025

Syukur, dari hampir kena operate, kini jantung ayah makin kuat!

“Sebelum ni beliau ada masalah jantung dan masa tu dah kena pergi checkup di hospital. Doktor siap nak tetapkan tarikh untuk operation.

Tapi tiba-tiba doktor kata keadaan semakin membaik sejak ayah amalkan Olive Oil ni. Jadi ayah pun tak perlu jalani operation.

Ayah pun sebelum ni mudah sakit, tapi alhamdulillah sejak amalkan Olivie Plus 30x ni dah jarang sangat sakit.”

Alhamdulillah, genuine feedback dari pengguna Olivie Plus 30x.

Olivie Plus 30x:

✅ Kaya Hydroxytyrosol 30x lebih tinggi berbanding minyak zaitun biasa, antioksidan kuat lindungi jantung.
✅ Bantu turunkan kolesterol jahat (LDL) & naikkan kolesterol baik (HDL).
✅ Kurangkan keradangan pada salur darah.
✅ Lancar peredaran darah & stabilkan tekanan darah.
✅ Terbukti berkesan secara klinikal

Amalkan 1 sudu pagi & malam, insyaAllah jantung lebih kuat, tekanan darah lebih stabil dan tenaga pun meningkat semula.

Dapatkan free madu khyzystan..click link di komen ⬇️⬇️⬇️⬇️

12/10/2025

Jom order..link kat komen..

Pernah terhiris masa potong bawang? Darah keluar sekej*p je, lepas tu berhenti sendiri. Perasan tak?Masa tu, badan terus...
07/10/2025

Pernah terhiris masa potong bawang? Darah keluar sekej*p je, lepas tu berhenti sendiri. Perasan tak?

Masa tu, badan terus masuk mode ‘alert’. Platelet pun diaktifkan, cepat-cepat datang ke kawasan luka dan bentuk lapisan fibrin, macam tampalan semula jadi. Lapisan ni tutup luka dan hentikan darah daripada keluar terlalu banyak.

Tapi… tak semua darah beku tu “baik”.
Kadang, tanpa luka pun boleh terbentuk sumbatan kecil dalam salur darah.

Contoh, di jantung, otak, atau paru-paru. Bila oksigen tersekat, boleh jadi strok, serangan jantung, atau embolism.

Namun Allah ciptakan sesuatu yang luar biasa, minyak zaitun. Dan antara yang paling kuat kuasanya, ialah Olivie Plus 30x.

Pokoknya hidup di padang pasir yang gersang.
Panas, kering, hampir mustahil untuk tumbuh… tapi dia tetap hidup.

Disebabkan itu, pokok ni hasilkan hingga 30 kali lebih banyak hydroxytyrosol berbanding minyak zaitun biasa.

Apa kaitan dia? Macam mana Olivie Plus 30x ni bantu lawan darah beku?

1️⃣ Kurangkan lekatan platelet
Hydroxytyrosol bantu elak platelet ‘panik’ dan melekat sesama sendiri. Seperti aspirin semula jadi, tapi lembut pada perut, sesuai untuk jangka panjang.

2️⃣ Lindungi dinding salur darah (endothelium)
Antioksidan kuat dalam Olivie Plus 30x baiki dan licinkan dinding salur darah. Bila permukaan tu licin, platelet susah nak “melekat”. Hasilnya, aliran darah lancar, oksigen mudah sampai.

3️⃣ Kurangkan keradangan dan kawal kolesterol jahat (LDL)
Bila keradangan berkurang, dinding salur darah pun kurang luka halus. Luka mikro ni kecil tapi cukup untuk jadi tempat kolesterol dan platelet melekat. Jadi bila keradangan terkawal, risiko darah beku pun menurun.

4️⃣ Stabilkan aliran & kelikatan darah
Asid oleik dalam Olivie Plus 30x jaga kelikatan darah. Tak pekat, tak cair. Bila aliran darah stabil, oksigen pun boleh sampai dengan lebih efisien ke semua organ penting.

Kadang kita rasa sihat sebab tak ada simptom. Tapi darah beku tak tunggu sakit baru nak datang. Dia muncul diam-diam, tanpa tanda. Bahaya.

Jaga gaya hidup, makan real food, cukupkan rehat. Kadang, perubahan kecil yang nampak remeh tu lah yang paling besar kesannya.


Tahukah anda sesudu besar madu sudah cukup untuk memastikan seseorang itu hidup selama 24 jam? 🐝 Tahukah anda bahawa sal...
12/09/2025

Tahukah anda sesudu besar madu sudah cukup untuk memastikan seseorang itu hidup selama 24 jam?

🐝 Tahukah anda bahawa salah satu syiling pertama di dunia mempunyai simbol lebah?

🐝Tahukah anda madu mengandungi enzim hidup?

🐝 Tahukah anda madu mengandungi bahan yang membantu otak menjalankan fungsinya dengan lebih baik?

🐝 Tahukah anda bahawa madu adalah salah satu daripada beberapa makanan di dumi yang sahaja boleh mengekalkan kehidupan manusia?

🐝Tahukah anda bahawa lebah menyelamatkan manusia daripada kelaparan di Afrika?

🐝 Tahukah anda propolis yang dihasilkan oleh lebah dianggap sebagai salah satu antibiotik semulajadi yang berkuasa?

🐝 Tahukah anda madu tiada tarikh luput?

🐝 Tahukah anda bahawa jenazah maharaja terhebat dunia telah dikebumikan di dalam keranda emas dan kemudian ditutup dengan madu untuk mengelakkannya daripada reput?

🐝 Tahukah anda istilah "bulan madu" berasal dari fakta bahawa pengantin lelaki makan madu untuk kesuburan selepas berkahwin?

🐝Tahukah anda seekor lebah hidup kurang daripada 40 hari, melawat sekurang-kurangnya 1000 bunga dan menghasilkan kurang daripada satu sudu teh madu, tetapi baginya ia adalah kerja seumur hidup.

Pernah tak lepas makan, rasa mengantuk, letih dan badan jadi lemau?Itu tanda gula dalam darah kita naik mendadak. Bila g...
22/08/2025

Pernah tak lepas makan, rasa mengantuk, letih dan badan jadi lemau?

Itu tanda gula dalam darah kita naik mendadak. Bila gula terlalu tinggi, insulin terpaksa kerja keras untuk turunkan semula.

Lama-lama, sel makin kebal dengan insulin. Inilah yang kita panggil insulin resistance.

Menariknya, kajian dapati jus delima ada kelebihan tersendiri.

Serat semula jadi dalam delima bertindak seperti ‘brake system’ yang lambatkan penyerapan gula. Jadi, gula darah tak naik mendadak selepas makan.

Punicalagin, sejenis antioksidan dalam delima, p**a bantu lawan stres oksidatif dalam badan dan tingkatkan sensitiviti insulin. Bila insulin lebih sensitif, sel badan lebih mudah serap gula → gula dalam darah pun jadi stabil.

Jadi, minum jus delima bukan sekadar untuk segarkan tekak, tapi sebagai ikhtiar kecil untuk kawal gula harian.

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan, jom merdekakan diri daripada gula dengan Jus Delima.

Semoga bermanfaat.



“Dulu masa belajar, aktif ja. Badan pun ringan. Tapi sejak kahwin ada anak, tidur pun tak cukup… berat slowly naik. Pada...
09/07/2025

“Dulu masa belajar, aktif ja. Badan pun ringan. Tapi sejak kahwin ada anak, tidur pun tak cukup… berat slowly naik. Padahal makan takda la banyak sangat…”

Ramai yang ada masalah macam ni.

Dulu, sebelum ada anak, sebelum sibuk urus rumah dan kerja, senang sungguh nak tidur. Kepala letak je, terus lena.

Sekarang? Tidur pun berkejar. Anak kecil bangun malam.
Kadang siapkan kerja sampai lewat. Scroll phone kononnya nak relax la lepas dah busy, tahu-tahu dah 2 pagi.

Esok pagi bangun, mata berat, kepala serabut.
Badan rasa lesu. Nak bersenam? Memang tak lah.

Lama-lama perasan;
Seluar jeans dah sendat.
Gambar sekarang dan dulu jauh beza bagai langit dan bumi.
Berat makin naik, tapi rasa macam tak makan banyak pun.

Kajian ke atas 16,000 orang responden yang dipantau selama 16 tahun mendapati, individu yang tidur 5 jam atau kurang mengalami penambahan berat badan lebih tinggi berbanding mereka yang cukup tidur (7 jam).

Kenapa boleh jadi macam ni?

1. Hormon ghrelin naik → rasa lapar asyik datang
2. Hormon leptin turun → susah nak rasa kenyang
3. Metabolisme perlahan → kalori lambat dibakar
4. Insulin tak sensitif → risiko naik gula dalam darah
5. Emotional eating → makan sebab stress, bukan sebab lapar

Dan yang paling senyap, kita hilang tenaga.
Tenaga nak jaga anak, tenaga nak fokus kerja, apatah lagi nak workout.

Bukan salah anda.
Kita semua sedang bertahan. Tapi kalau dah tahu punca dekat mana, kita boleh cuba baiki perlahan-lahan.

1. First, cuba tidur awal 30 minit minggu ni
2. Letak phone 1 jam sebelum tidur
3. Minum air kosong bila rasa craving
4. Jalan kaki 10 minit selepas makan

Dan kalau nak bantu lebih lagi, boleh cuba Olivie Plus 30x, minyak zaitun extra virgin yang kaya dengan antioksidan (Hydroxytyrosol).

Olivie Plus 30x terbukti secara klinikal dapat:
✅ Bakar lemak secara semulajadi
✅ Kawal selera makan
✅ Tingkatkan metabolisme

Jom kita sama-sama cuba gabungkan tidur yang cukup dengan pemakanan sihat semulajadi.

InsyaAllah, mana tahu badan pun perlahan-lahan rasa lebih ringan, lebih segar dan lebih slim.

Sayangi diri. Tidur pun satu bentuk self-care. 💚

Address

Kg. Delek
Klang
41250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OLIVE HOUSE KLANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to OLIVE HOUSE KLANG:

Share