10/03/2026
Kalau korang sakit belakang area pinggang sampai menyebabkan rasa sakit tu menjalar ke punggung pinggul turun ke peha dan betis..adakala ke tapak kaki. ini belum lagi ditambah dgn rasa kebas, paling teruk mati rasa dan lemah kaki, nak rukuk dan turun sujud adalah satu penyiksaan.
Rasa sakit bertambah tambah bila duduk lama, berdiri lama, even nak mengalihkan badan kiri kanan masa berbaring pun kena pelan pelan kalau tidak kena hadap rasa sakit mencucuk yang boleh rasa nak nangis.
Simptom lain, sakit mencucuk-cucuk dan lenguh, dan adakala semacam kena electrik shock, boleh bertambah sakit kalau terbersin, batuk atau duduk terlalu lama.
Urutan dengan tekanan yang terarah/penumpuan pada trigger point dapat bantu banyak dalam kurangkan otot tegang yg menekan saraf secara berperingkat, Insha Allah fungsi saraf perlahan-lahan kembali normal dan mobaliti pergerakan juga semakin efisen.
Tekanan dari urutan juga dapat tingkatkan aliran darah dan limfatik, automatik otot dapat bekalan oksigen dan nutrien dan tisu lebih cepat membuang toksin metabolik, maka akan beransurlah rasa sakit dan lenguh tersebut.
Badan juga melepaskan endorfin, sejenis 'ubat tahan sakit' semula jadi yang bertindak kurangkan rasa sakit.
Jika diberi pilihan, Kak Jue memilih untuk menumpukan urutan secara spesifik pada trigger point dan laluan saraf yang terlibat, berbanding mengurut seluruh badan tanpa menumpukan perhatian pada kawasan utama yang bermasalah.