09/01/2025
Legenda muzik tanah air Datuk M. Nasir sekali lagi membuktikan kemampuannya dalam menghidupkan semula lagu yang hampir dilupakan, menerusi karya terbaharu beliau Nuri Terbang Malam, sebuah lagu klasik awal 1900-an.
Lagu asal nyanyian Qasim, seorang penyanyi Wayang Semarang dari Pulau Pinang itu, dipercayai lagu Melayu pertama yang pernah direkodkan pada piring hitam sekitar 1903 oleh sebuah syarikat rakaman antarabangsa dari United Kingdom, Gramophone Company.
https://lifestyle.bernama.com/news.php?id=2379758