Nisa Confinement Care

Nisa Confinement Care KAMI MERUPAKAN SYARIKAT BERDAFTAR BAGI PERKHIDMATAN PENJAGAAN/PENGURUSAN IBU BERPANTANG NO 1 DI KELANTAN. BEBAS SCAMMER. NO ISSUE. TRUSTED.

NO PENDAFTARAN PENGAMAL TCM KKM :
L 2204763
TERAPIS✅
CL✅
DKM✅
TRAINERS✅
COACHING ✅

https://wa.me/c/60109240406

🌿 NAK BERPANTANG DIY...??? 🌿Kami menyediakan juga Sewaan Peralatan Berpantang 🤍Ibu tak perlu membeli — sewa sahaja denga...
03/09/2026

🌿 NAK BERPANTANG DIY...??? 🌿

Kami menyediakan juga Sewaan Peralatan Berpantang 🤍

Ibu tak perlu membeli — sewa sahaja dengan kami untuk kegunaan sepanjang tempoh berpantang di rumah.

✨Serendah RM300 / 7 Hari
Lengkap dengan pelbagai peralatan untuk memudahkan rutin berpantang ibu & bayi di rumah.

Sesuai untuk:
🏠 Ibu yang mahu berpantang sendiri di rumah dengan bantuan keluarga

💆🏻‍♀️ Client yang mengambil servis tertentu secara sesi, bukan pakej penuh

🤱 Ibu yang mahu menyediakan peralatan berpantang sendiri tanpa perlu membeli semuanya

🌿 Lengkap • Praktikal • Menjimatkan

Sediakan keperluan berpantang dengan lebih mudah, semuanya dalam satu set.

📲 Untuk tempahan & pertanyaan, boleh WhatsApp NiSa Confinement Care.

010-924 0406

Nisa Confinement Care
Servis Pantang No 1 Kelantan










8 TAHUN MENUNGGU… 🥹🤍MasyaAllah… Perkongsian Dari seorang client yang pernah datang ke NCC SPA untuk pkj TTC..Datang deng...
01/09/2026

8 TAHUN MENUNGGU… 🥹🤍

MasyaAllah… Perkongsian Dari seorang client yang pernah datang ke NCC SPA untuk pkj TTC..

Datang dengan satu harapan besar…

8 tahun bukan tempoh yang singkat.
8 tahun berdoa.
8 tahun menunggu.
8 tahun berharap Allah hadiahkan cahaya mata. 🤲🏻

Dan akhirnya…
Allah izinkan satu berita yang sangat dinanti-nantikan…

POSITIF HAMIL. 🥹🤍

MasyaAllah… Tabarakallah.
Selepas 8 tahun menunggu, akhirnya Allah hadiahkan juga rezeki yang selama ini dinantikan. 🤲🏻

Kami tak pernah kata urutan itu yang “menyebabkan” seseorang hamil.

Kami cuma percaya pada ikhtiar.

Kerana yang menentukan rezeki zuriat tetap Allah SWT. ❤️

Kadang-kadang kita rasa doa kita lambat dimakbulkan…

Sebenarnya Allah sedang susun sesuatu yang jauh lebih indah daripada apa yang kita sangka. 🥹

Buat semua pasangan yang masih menanti…

Jangan putus doa.
Jangan putus ikhtiar.
Jangan putus harapan. 🤲🏻

Semoga satu hari nanti, giliran nama kalian p**a dipanggil untuk menerima berita paling indah itu.

“Alhamdulillah… saya dah pregnant.” 🥹🤍

MasyaAllah. Rezeki yang tak ternilai. 🤲🏻✨

Tahniah Dari Kami Nisa Confinement Care
Antara berita gembira Yg dikongsikan bersama kami
Terima kasih sudi berkongsi kegembiraan Puan semua bersama Kami...
Harapan Kami semoga mama Dan baby sihat semuanya sehingga ke hari kelahiran,Allah permudahkan segala urusan semuanya .. insyallaah 🤲🏻❤️❤️

Nisa Confinement Care
Servis Pantang No 1 Kelantan





Recommended by ChatGPT… 😍🤖Maklumlah sekarang, bakal-bakal ibu pun ramai daripada generasi Gen Z. Semua nak buat research...
28/08/2026

Recommended by ChatGPT… 😍🤖

Maklumlah sekarang, bakal-bakal ibu pun ramai daripada generasi Gen Z. Semua nak buat research dulu sebelum buat pilihan. 😆

Terima kasih ChatGPT kerana merekomendasikan Nisa Confinement Care sebagai antara servis penjagaan berpantang yang paling recommended di Kelantan untuk membantu bakal ibu membuat pilihan yang tepat bagi fasa berpantang. 🤍

MasyaAllah… tak sangka Nisa Confinement Care pun dah ada dalam carian ChatGPT. 😁😁

Alhamdulillah atas kepercayaan semua pelanggan dan bakal ibu yang sentiasa menyokong kami. Kami akan terus berusaha memberikan penjagaan yang terbaik untuk ibu dan bayi. 🤍✨

Nisa Confinement Care
Servis Pantang No 1 Kelantan






Untuk booking bolih terus ke link Kami
010-924 0406 untuk lihat catalog Pakej🥰

🇲🇾 PROMOSI MERDEKA DI NCC SPA 🇲🇾MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾❤️Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, kami ingin men...
26/08/2026

🇲🇾 PROMOSI MERDEKA DI NCC SPA 🇲🇾

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾❤️

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia! ✨

Bukan sekadar meraikan kemerdekaan negara, bulan ini juga masa untuk kita raikan diri, kesihatan dan kesejahteraan diri. 🤍

🇲🇾 PROMOSI ISTIMEWA SEMPENA MERDEKA 🇲🇾
📅 Sah sehingga 16 September 2026

Nikmati masa untuk memanjakan diri dengan rawatan yang menenangkan, menyegarkan dan membantu anda kembali rasa lebih bertenaga. 🥰

Jangan tunggu lama! Slot promosi adalah TERHAD.
📲 WhatsApp sekarang untuk booking sebelum penuh!

🇲🇾 Merdeka Jiwa, Segar Badan, Bahagia Hati! 🇲🇾

Alhamdulillah...selesai sudah perjalanan berpantang. Semoga segala kepenatan sepanjang tempoh pemulihan ini digantikan d...
26/08/2026

Alhamdulillah...
selesai sudah perjalanan berpantang.

Semoga segala kepenatan sepanjang tempoh pemulihan ini digantikan dengan tubuh yang semakin sihat, hati yang semakin kuat dan kebahagiaan yang melimpah bersama si kecil.

Penjagaan mungkin telah sampai ke penghujung, tetapi perjalanan sebagai seorang ibu baru sahaja bermula.

Teruslah menjaga diri, kerana ibu yang sihat dan bahagia adalah anugerah terbesar buat keluarga.

Terima kasih kerana mempercayai kami untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan pemulihan ibu. Setiap rawatan, perhatian dan penjagaan yang diberikan adalah dengan harapan agar ibu melalui tempoh berpantang dengan lebih selesa dan bermakna...

Buat ibu-ibu yang bakal melalui fasa berpantang, semoga dapat membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri...

Pilihlah penjagaan yang membuat ibu rasa dihargai, disokong dan selesa sepanjang tempoh pemulihan.

Semoga perjalanan berpantang bukan sekadar sebuah fasa pemulihan, tetapi menjadi sebahagian daripada kenangan terindah dalam menyambut sebuah kelahiran yang penuh makna...🫶🏻❤️

Nisa Confinement Care
Servis Pantang No 1 Kelantan









Kami kongsikan pengalaman ibu yg berpantang bersama Nisa Confinement Care...❤️❤️👇🏻👇🏻

Postpartum Depression is real.Jangan abaikan masa-masa kritikal ibu dan bayi.Penjagaan selepas bersalin bukan sekadar ur...
25/08/2026

Postpartum Depression is real.
Jangan abaikan masa-masa kritikal ibu dan bayi.
Penjagaan selepas bersalin bukan sekadar urutan dan pemulihan fizikal, tetapi juga melibatkan emosi, mental serta kesejahteraan seorang ibu.

Perhatian kecil dan sokongan yang tepat boleh membawa perubahan yang besar...

Kami di Nisa Confinement Care sentiasa berusaha membantu dan menyokong ibu sepanjang proses penjagaan selepas bersalin, agar ibu mendapat ruang untuk berehat, pulih dan menikmati fasa berpantang dengan lebih tenang.

Kesihatan yang baik bermula daripada penjagaan yang sempurna selepas bersalin.

Nisa Confinement Care
Servis Penjagaan Pantang No 1 Kelantan


Kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression masih menjadi masalah kesihatan yang sering terlepas pandang dalam keluarga.

Apabila bayi dilahirkan, seluruh perhatian segera beralih kepada bayi.

“Bayi cukup susu?”
“Berat naik?”
“Tidur lena?”
“Kenapa nampak kuning?”

Namun jarang ada yang memandang ibu dan bertanya,

“Awak sebenarnya okay tak?”

Di sebalik gambar ibu mendukung bayi, ada tubuh yang masih berdarah, luka jahitan yang belum sembuh, payudara yang sakit dan tidur yang terputus-putus.

Malam bayi menangis, ibu bangun sendirian kerana suami perlu bekerja keesokan harinya.

Siang p**a tetamu datang. Ibu perlu bangun, menutup aurat, keluar tersenyum dan melayan orang walaupun tubuhnya hanya mahu berehat.

Kemudian mulalah komen yang tidak diminta.

“Susu tak cukup kot.”
“Badan masih besar.”
“Dulu mak beranak ramai, okay sahaja.”
“Jangan manjakan diri sangat.”
“Patutnya bersyukur dapat anak.”

Sedikit demi sedikit, seorang ibu boleh mula tenggelam tanpa sesiapa menyedarinya.

Postpartum depression bukan tanda ibu lemah, kurang bersyukur atau gagal menjadi ibu. Ia merupakan keadaan kesihatan yang memerlukan sokongan, penilaian dan rawatan.

Lima tindakan ini boleh membantu mengurangkan beban serta risiko ibu:

1. SUAMI AMBIL SHIFT MALAM

Jika ibu menyusukan bayi, suami boleh ambil alih selepas itu. Tukar lampin, sendawakan bayi, tidurkan semula dan basuh botol atau peralatan pam.

Jangan tunggu isteri meminta bantuan. Lihat apa yang perlu dibuat dan terus buat.

2. LINDUNGI WAKTU TIDUR IBU

Usahakan sekurang-kurangnya satu blok rehat selama dua hingga tiga jam setiap hari.

Pada waktu itu, ahli keluarga menjaga bayi dan anak-anak lain. Jangan kejutkan ibu hanya kerana tetamu datang, pakaian belum berlipat atau rumah belum dikemas.

3. TETAMU DATANG UNTUK MEMBANTU

Datanglah membawa lauk, buah atau barang dapur. Basuh pinggan, buangkan sampah atau jagakan anak yang lain.

Jangan duduk berjam-jam, menunggu air dihidangkan dan meninggalkan rumah bersepah untuk ibu kemaskan.

Jika tidak dapat membantu, pendekkan lawatan.

4. JANGAN SEKSA IBU ATAS NAMA PANTANG

Jangan catu air, beri makanan terlalu sedikit atau paksa ibu duduk dalam keadaan panas dan tidak selesa.

Sediakan makanan lengkap, protein, sayur, buah dan air yang mencukupi. Rawat kesakitan dan beri ibu ruang yang nyaman untuk pulih.

Pantang sepatutnya membantu pemulihan, bukan menjadi hukuman.

5. TANYA KEADAAN EMOSI IBU SETIAP HARI

Tanya secara terus:

“Awak dapat tidur tak?”
“Awak rasa terlalu sedih atau cemas?”
“Ada rasa mahu lari, menghilang atau mencederakan diri?”

Jika ibu kerap menangis, tidak mampu tidur walaupun bayi sedang tidur, rasa dirinya tidak berguna, hilang minat, sukar menjaga diri atau bayi, atau keadaan berterusan melebihi dua minggu, bawa ibu mendapatkan pemeriksaan di Klinik Kesihatan atau hospital.

Jika ibu mahu mencederakan diri atau bayi, mendengar suara, melihat sesuatu yang tiada atau menjadi sangat keliru, jangan tunggu. Bawa ke Jabatan Kecemasan atau hubungi 999.

Jangan tunggu ibu rebah di hadapan mata baru mahu percaya bahawa dia sedang tenggelam.

Ada ibu yang masih memandikan bayi, membasuh pakaian dan tersenyum dalam gambar, sedangkan dalam diam dia hanya mahu menghilang.

Selepas bersalin, keluarga bukan sekadar menerima seorang bayi.

Keluarga juga menerima seorang wanita yang sedang terluka, keletihan dan sangat memerlukan penjagaan.

Jangan datang hanya untuk mendukung bayi.

Datanglah untuk mendukung ibunya.

SEBUAH LAGI LANGKAH UNTUK TERUS BELAJAR & BERKEMBANG 🇲🇾✨Alhamdulillah,saya owner Nisa Confinement Care berkesempatan men...
20/08/2026

SEBUAH LAGI LANGKAH UNTUK TERUS BELAJAR & BERKEMBANG 🇲🇾✨

Alhamdulillah,saya owner Nisa Confinement Care berkesempatan menyertai Bengkel Urutan Malaysia satu pengalaman yang membuka perspektif lebih luas tentang seni urutan dan industri wellness di Malaysia.

Bagi saya, menghadiri bengkel bukan sekadar untuk menambah sijil atau mempelajari teknik baharu.

Tetapi lebih kepada memahami ilmu, memperhalusi kemahiran dan melihat bagaimana warisan urutan Malaysia boleh dibawa ke tahap yang lebih profesional. 🌿

Setiap teknik, setiap perkongsian dan setiap pengalaman hari ini menjadi satu lagi ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam dunia spa dan wellness.

Sebagai penggiat industri, kita tidak boleh berhenti belajar.

Hari ini kita belajar.
Esok kita praktikkan.
Dan akhirnya, ilmu itu kita kongsikan p**a kepada orang lain. 🤍

Terima kasih kepada semua tenaga pengajar dan rakan-rakan yang bersama-sama menjadikan bengkel ini satu pengalaman yang sangat bermakna.

Terima kasih juga kepada MARA KELANTAN atas tajaan 90% selama 5 hari kepada 10 orang peserta di Kelantan..

Proud to learn. Proud to grow. Proud to be part of Malaysian wellness industry. 🇲🇾🌿









Nisa Confinement Care
Servis Pantang No 1 Kelantan

🌙 IBU YANG BAKAL BERSALIN PADA RAMADAN 2027… DAH READY KE? 🤎Kalau due date ibu antara 7 Februari hingga 10 Mac 2027, ini...
15/08/2026

🌙 IBU YANG BAKAL BERSALIN PADA RAMADAN 2027… DAH READY KE? 🤎

Kalau due date ibu antara 7 Februari hingga 10 Mac 2027, ini masa yang sesuai untuk mula merancang penjagaan berpantang.

Sempena Ramadan 2027, NiSa Confinement Care menawarkan HARGA ISTIMEWA KHAS RAMADAN untuk pakej berpantang VVIP Premium. ✨

Tetapi…

⚠️ SLOT SANGAT TERHAD!
Kami hanya membuka 15 SLOT SAHAJA SEPANJANG RAMADAN 2027.

Bila 15 slot dah penuh, tempahan akan ditutup.

Jadi ibu yang due date dalam tempoh Ramadan, jangan tunggu sampai saat akhir untuk survey. 🤎

🌿 Pakej VVIP Premium

✨ 5 Hari — RM1,200
✨ 7 Hari — RM1,500
✨ 10 Hari — RM1,999

Penjagaan ibu • Penjagaan bayi • Rawatan tradisional • Makanan berpantang

Harga istimewa Ramadan + slot terhad = siapa cepat, dia sihat... 🥰

📲 Ibu boleh PM/WhatsApp 010-924 0406
kami untuk semak kekosongan slot dan pilih pakej yang sesuai dengan due date ibu.

Ramadan nanti, biarlah ibu melalui tempoh berpantang dengan lebih tenang, selesa dan terjaga. 🤎

🌿 “NCC SPA BOLEH BUAT URUTAN KE?” 🤔Soalan ni masih selalu kami terima…Dan jawapannya adalah YA, BOLEH! 🤍NCC SPA bukan ha...
12/08/2026

🌿 “NCC SPA BOLEH BUAT URUTAN KE?” 🤔

Soalan ni masih selalu kami terima…
Dan jawapannya adalah YA, BOLEH! 🤍

NCC SPA bukan hanya untuk ibu berpantang sahaja.

Kami membuka ruang untuk pelbagai peringkat usia dan keperluan — daripada bayi, ibu mengandung, ibu selepas bersalin, wanita dewasa hinggalah golongan golden age. 🌿

Hari ini kami kongsikan sedikit kenangan bersama mereka yang pernah hadir dan mempercayai NCC SPA untuk menjaga tubuh dan mendapatkan pengalaman rawatan yang selesa bersama terapis kami. 🥰

✨ Dari urutan relaksasi…
✨ Urutan untuk ibu mengandung…
✨ Penjagaan selepas bersalin…
✨ Penutup Pantang Tradisional
✨ Sehinggalah rawatan tradisional untuk golongan dewasa dan golden age.

Setiap pelanggan hadir dengan keperluan yang berbeza.
Dan kami menyantuni setiap seorang dengan penuh perhatian. 🤍

Jadi, kalau selama ni ingat NCC SPA hanya untuk ibu berpantang…

❌ Salah tu! 😆

🌿 NCC SPA adalah ruang penjagaan wanita & keluarga — dari bayi sehingga golden age.

Kalau badan dah lama minta perhatian…
Mungkin sudah tiba masanya untuk anda p**a datang ke NCC SPA. 😉

📍 NCC SPA, Pengkalan Chepa, Kelantan
📲 Booking by appointment sahaja

NCC SPA — Traditional touch, Professional Care 🌿







BAKAL IBU SEPTEMBER & OKTOBER 2026, PERHATIAN...!!!Bakal ibu yang due date bulan September & Oktober, ini adalah update ...
11/08/2026

BAKAL IBU SEPTEMBER & OKTOBER 2026, PERHATIAN...!!!

Bakal ibu yang due date bulan September & Oktober, ini adalah update terkini slot yang masih available untuk tempahan Nisa Confinement Care. 🤍
Kalau ibu sedang survey servis pantang, jangan survey terlalu lama ya… 😅
Takut nanti bila dah betul-betul bersedia nak booking, slot yang ibu berkenan p**a dah penuh. 🥹

Kami hanya menerima 15 booking sahaja untuk setiap bulan bagi memastikan setiap ibu mendapat penjagaan yang terbaik dan teratur. 🌿

📌 Ibu boleh rujuk jadual terkini untuk lihat slot yang masih available.
Kalau dah tahu anggaran due date, lebih baik secure slot lebih awal daripada tunggu sampai last minute. ❤️

📲 Nak semak pakej & availability?
WhatsApp kami: 010-9240406
Nisa Confinement Care
One Stop Confinement Centre
📍 Pengkalan Chepa, Kelantan

Address

Lot 162, Taman Bakti, Jalan Pasar Tok Guru Cabang 3 Pengkalan Chepa Kota Bharu
Kota Bharu
16100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nisa Confinement Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nisa Confinement Care:

Shortcuts

Share

Category