Wellness Hub Kelantan

Wellness Hub Kelantan Ia merupakan satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia.

PENGENALAN

Program I Fit and Eat Right (IFitEr) adalah penjenamaan baharu bagi program intervensi pengurusan berat badan di Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) dan setting komuniti.

πŸ†βœ¨ MAJLIS APRESIASI PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN I FIT & EAT RIGHT (IFitEr) 2024 & 2025 βœ¨πŸ†Wellness Hub Kelantan telah ...
05/06/2026

πŸ†βœ¨ MAJLIS APRESIASI PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN I FIT & EAT RIGHT (IFitEr) 2024 & 2025 βœ¨πŸ†

Wellness Hub Kelantan telah mengadakan Majlis Apresiasi Program Pengurusan Berat Badan I Fit & Eat Right (IFitEr) 2024 dan 2025 sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang telah menunjukkan komitmen tinggi serta berjaya mencapai matlamat pengurusan berat badan dan peningkatan tahap kesihatan sepanjang program berlangsung.

πŸ“… Tarikh: 4 Jun 2026
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi
πŸ“ Tempat: Wellness Hub Kelantan

Program IFitEr merupakan program intervensi pengurusan berat badan yang menggabungkan aspek pemakanan sihat, aktiviti fizikal dan perubahan gaya hidup secara menyeluruh. Program ini dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan bagi membantu peserta mencapai berat badan yang lebih sihat melalui bimbingan dan pemantauan berkala oleh pasukan Wellness Hub Kelantan.

Majlis ini turut diadakan bagi meraikan kejayaan para peserta yang telah berjaya menurunkan berat badan, meningkatkan tahap kecergasan serta mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada rakan strategik Wellness Hub Kelantan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan atas komitmen, kerjasama dan sokongan berterusan dalam menjayakan program IFitEr.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada semua peserta untuk terus mengekalkan amalan gaya hidup sihat dan aktif demi kesejahteraan diri serta komuniti.





πŸ’ͺπŸ”₯ PROGRAM IFITER BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN πŸ”₯πŸ’ͺWellness Hub Kelantan telah menjalanka...
05/06/2026

πŸ’ͺπŸ”₯ PROGRAM IFITER BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN πŸ”₯πŸ’ͺ

Wellness Hub Kelantan telah menjalankan program IFitER bersama rakan strategik iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan yang bertujuan meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan anggota melalui penilaian kesihatan serta ujian kecergasan secara menyeluruh.

πŸ“… Tarikh: 2 Jun 2026
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi
πŸ“ Tempat: Wellness Hub Kelantan

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan:
βœ… Konsultasi kesihatan
βœ… Ujian tekan tubi 1 minit
βœ… Ujian bangkit tubi 5 tahap
βœ… Ujian larian 12 minit

Semoga program ini dapat membantu peserta mengenal pasti tahap kesihatan dan kecergasan semasa serta menjadi pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat dan aktif secara berterusan.





πŸ“ŠπŸ’ͺ SARINGAN KESIHATAN & KECERGASAN BERSAMA PELAJAR UMK πŸ’ͺπŸ“ŠProgram Saringan Kesihatan (InBody) & Kecergasan bersama pelaja...
22/05/2026

πŸ“ŠπŸ’ͺ SARINGAN KESIHATAN & KECERGASAN BERSAMA PELAJAR UMK πŸ’ͺπŸ“Š

Program Saringan Kesihatan (InBody) & Kecergasan bersama pelajar-pelajar UMK Kampus Kota daripada kelas Amalan Pemakanan. ✨

πŸ“ Wellness Hub Kelantan
πŸ“… 19 Mei 2026

Antara aktiviti yang telah dijalankan:
βœ… Saringan komposisi badan menggunakan InBody
βœ… Konsultasi kesihatan
βœ… Ujian tekan tubi 1 minit
βœ… Bangkit tubi 5 tahap
βœ… Ujian larian 12 minit

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan, tahap kecergasan fizikal serta amalan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa. 🌿

Semoga program seperti ini dapat membantu para pelajar lebih peka terhadap kesihatan diri dan terus mengamalkan budaya hidup aktif demi kesejahteraan masa hadapan.

✨ CHAIROBIC: AKTIF, CERIA & SIHAT BERSAMA KOMUNITI ✨Sekitar sesi Chairobic sebagai aktiviti pemanasan badan sempena Prog...
22/05/2026

✨ CHAIROBIC: AKTIF, CERIA & SIHAT BERSAMA KOMUNITI ✨

Sekitar sesi Chairobic sebagai aktiviti pemanasan badan sempena Program JELAJAH ANMS & OUTREACH LITERASI KESIHATAN Peringkat Daerah Pasir Mas. πŸͺ‘πŸ’ͺ

πŸ“ Masjid At Taqwa Bunut Susu
πŸ“… 16 Mei 2026

Chairobic merupakan senaman ringan menggunakan kerusi sebagai sokongan dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur, khususnya warga emas serta individu yang baru memulakan gaya hidup aktif.

Antara manfaat chairobic:
βœ… Meningkatkan fleksibiliti dan pergerakan badan
βœ… Membantu melancarkan peredaran darah
βœ… Mengurangkan kekakuan otot dan sendi
βœ… Meningkatkan keseimbangan dan kecergasan tubuh
βœ… Menjadikan aktiviti fizikal lebih selamat dan menyeronokkan

Terima kasih kepada semua peserta yang turut memeriahkan program dengan penuh semangat dan tenaga positif! 🌟

Program Saringan Kesihatan & Pengurusan Berat Badan IFitEr May 2026 Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri...
15/05/2026

Program Saringan Kesihatan & Pengurusan Berat Badan IFitEr May 2026 Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan

πŸ“… 11 Mei 2026

Saringan Pengurusan Berat Badan IFitEr bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan di Wellness Hub Kelantan. Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan merupakan salah satu rakan strategik Wellness Hub Kelantan dan akan menjalani sesi IFitEr ini selama 6 bulan yang dikendalikan oleh Wellness Hub Kelantan.

Program ini turut dilaksanakan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa bagi membantu peserta mendapatkan penilaian kesihatan serta panduan pengurusan berat badan secara lebih sistematik dan berkesan.

Komitmen terhadap kesihatan adalah pelaburan jangka panjang lebih-lebih lagi buat mereka yang sentiasa bersedia berkhidmat demi masyarakat.

Terima kasih kepada semua peserta atas semangat dan komitmen dalam membina budaya hidup sihat.



Program Analisa Komposisi Badan (Saringan InBody) Bersama Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Kelantan)πŸ“… 10 Mei 2026πŸ“Š Kena...
15/05/2026

Program Analisa Komposisi Badan (Saringan InBody) Bersama Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Kelantan)

πŸ“… 10 Mei 2026

πŸ“Š Kenali tubuh badan anda, fahami tahap kesihatan.

Wellness Hub Kelantan berbesar hati menerima jemputan daripada warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk menjalankan analisa komposisi badan (saringan inbody) yang telah berlangsung pada 10 Mei 2026.

Melalui saringan ini, para peserta berpeluang mengetahui dengan lebih mendalam status komposisi badan masing-masing seperti peratus lemak, j***m otot, kadar metabolisme, serta tahap keseimbangan tubuh sebagai langkah awal ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Kerana kesihatan bukan sekadar angka di penimbang tetapi memahami apa yang sedang berlaku di dalam tubuh kita.

Terima kasih atas komitmen dan penyertaan semua peserta dalam membudayakan amalan hidup sihat bersama Wellness Hub Kelantan.



WELLNESS HUB @ SAMBUTAN HARI TIBI SEDUNIA 2026 πŸ«βœ…Alhamdulillah, selesai sudah penglibatan pasukan Wellness Hub sempena S...
07/05/2026

WELLNESS HUB @ SAMBUTAN HARI TIBI SEDUNIA 2026 πŸ«βœ…

Alhamdulillah, selesai sudah penglibatan pasukan Wellness Hub sempena Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran Kemahkotaan, Bandar Machang hari ini.

Mendukung tema "Yes! We Can End TB!", Wellness Hub komited memperkasakan komuniti melalui amalan gaya hidup sihat sebagai benteng utama pertahanan badan.

Sepanjang program berlangsung, Wellness on Wheel (WOW) telah menjadi tumpuan warga Machang untuk perkhidmatan:
βœ…Aktiviti Fizikal: Regangan badan sebelum β€œFun Run”
βœ…Timbang Komposisi Badan: Membantu peserta memahami status kesihatan dengan lebih tepat.
βœ…Konsultasi Kesihatan: Memberikan bimbingan khusus mengenai pengurusan berat badan dan kecergasan fizikal.

Aktiviti saringan ini merupakan sebahagian daripada Pakej 10: Saringan Faktor Risiko di bawah 13 Pakej Wellness Hub.

Syabas diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Machang dengan kerjasama JKN Kelantan & KESUMAC atas penganjuran yang cukup cemerlang.

Terima kasih warga Machang! Semoga input yang dikongsi dapat membantu kita semua kekal sihat dan bebas daripada ancaman Tibi.

Address

Cawangan Pendidikan Kesihatan JKN
Kota Bharu
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wellness Hub Kelantan:

Share