Klinik Kesihatan BEREK

Klinik Kesihatan BEREK kami adalah klinik desa yang telah dinaiktaraf klinik kesihatan
20hb10 2015

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَي...
25/08/2026

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Marilah kita memupuk rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan menerapkan sifat-sifat mulia dan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w di dalam kehidupan seharian kita.

Jadilah insan yang sentiasa menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada masyarakat demi keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara 🇲🇾.

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.” (Hadith Riwayat Thabrani dan Daruquthni)

Salam Maulidur Rasul.


Wabak demam  denggi kini semakin meningkat.. Diminta semua masyarakat waspada akan tanda-tanda demam denggi dan segera k...
07/08/2026

Wabak demam denggi kini semakin meningkat.. Diminta semua masyarakat waspada akan tanda-tanda demam denggi dan segera ke klinik kesihatan terdekat untuk pemeriksaan lanjut..

Demam denggi ialah jangkitan virus berbahaya akibat gigitan nyamuk Aedes. Kenali tanda awal seperti demam panas mengejut...
26/07/2026

Demam denggi ialah jangkitan virus berbahaya akibat gigitan nyamuk Aedes. Kenali tanda awal seperti demam panas mengejut, sakit sendi, dan sakit kepala teruk.

Tanda-tanda utama demam denggi:

-Demam yang tinggi secara mengejut
-Sakit teruk pada kepala, otot, sendi, dan belakang mata.
-Naik ruam merah pada kulit atau rasa loya.

Langkah Pencegahan (Cari dan Musnah):

-Luangkan masa 10 minit seminggu periksa kawasan rumah.
-Buang air atau basuh bekas yang bertakung.
-Tutup rapat semua tong simpanan air.
-Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (Abate) dalam kolah atau tandas.

Tindakan seegera ke klinik atau hospital terdekat jika demam tidak kebah. Rehat yang secukupnya dan minum banyak air kosong.

26/07/2026
Salam perpisahan buat KJK Arizah yang berkhidmat di KkBerek selama hampir 2 tahun.. Semoga perpisahan ini akan terus mer...
26/07/2026

Salam perpisahan buat KJK Arizah yang berkhidmat di KkBerek selama hampir 2 tahun.. Semoga perpisahan ini akan terus merapatkan ukhuwah antara kita2 warga keluarga KKBerek.. Terima kasih tidak terhingga buat Sr Ari..Jutaaan terima kasih atas segala khidmat bakti di KKBerek..💖🥰

Kalaulah tidak kerana unggas,
Tidaklah rosak padi di sawah,
Kalaulah tidak kerana tugas,
Tidaklah kita akan berpisah.

Salam Muharam.. Moga tahun baru membawa sinar baru dan kejayaan berpanjangan🤲🏻🫶🏻
17/06/2026

Salam Muharam.. Moga tahun baru membawa sinar baru dan kejayaan berpanjangan🤲🏻🫶🏻

13/06/2026

‘’Speech delay” antara yang perlu diambil berat oleh ibu bapa jika dikesan pada anak anda..Kunjungi Klinik kesihatan dan dapatkan info lanjut..

"Setiap permulaan pasti ada pengakhiran,Setiap pertemuan pasti ada perpisahan". Kita jumpa hari ini kerana Allah, kita b...
23/05/2026

"Setiap permulaan pasti ada pengakhiran,
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan".
Kita jumpa hari ini kerana Allah, kita berpisah kerana Allah. Moga kita dipertemukan semula di dalam Syurga Allah taala.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: … dua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya …”
(Hadis Riwayat Bukhari, No. 660, dan Muslim, No. 1031)

Sekilas memori sebagai kenang-kenangan daripada Majlis Keraian dan Penghargaan buat Dr Maztura sepanjang berkhidmat di Kkberek yang berlangsung pada 18 Mei 2026…

Seluruh keluarga kecil KKBerek mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat jasa dan budi Dr Maz sepanjang berkhidmat di KkBerek..Semoga terus maju jaya ditempat yang baru..💖💖💖


12/05/2026

“Cukupkan aku.”

Doa ini nampak pendek, tapi maksudnya sangat dalam.

Sebab dalam hidup, ada orang gaji RM20,000 pun masih rasa sesak. Ada orang gaji RM3,000, tapi cukup makan, cukup bayar, cukup senyum, cukup tidur lena.

Kadang-kadang yang membuat hidup kita sempit bukan semata-mata jumlah duit. Tetapi rasa tidak pernah cukup. Naik gaji, naik komitmen. Dapat lebih, mahu lebih. Tengok hidup orang, hati mula resah. Beli sesuatu untuk pujuk emosi, tapi lepas itu jiwa tetap kosong.

Sebab itu dalam solat, ketika duduk antara dua sujud, kita membaca doa yang sangat indah.

Salah satunya ialah “wajburni” yang membawa maksud tampunglah kekuranganku, cukupkanlah aku, baikilah bahagianku yang lemah.

Kita bukan hanya minta cukup wang.

Kita minta cukupkan hati yang selalu bimbang. Cukupkan sabar yang makin nipis.
Cukupkan jiwa yang letih membanding.
Cukupkan rezeki agar tidak sampai kita hilang diri sendiri kerana mengejar dunia.

Hidup “cukup” bukan bermaksud berhenti berusaha.

Kita tetap bekerja, tetap merancang, tetap mahu hidup lebih baik. Tetapi kita belajar bezakan antara perlu dan mahu.

Kita belajar tidak membesarkan gaya hidup lebih laju daripada kemampuan.

Kita belajar tidak mengukur nilai diri dengan kereta, rumah, telefon atau percutian orang lain.

Kerana kesihatan mental juga banyak berkait dengan rasa cukup. Bila hati sentiasa rasa kurang, hidup mudah jadi tegang. Duit banyak pun tidak sempat dinikmati. Rezeki ada pun tidak sempat disyukuri.

Mungkin hari ini, doa yang paling kita perlukan bukan “Ya Allah, beri aku lebih banyak.”

Tetapi,

“Ya Allah, cukupkan aku. Cukupkan rezekiku. Cukupkan hatiku. Cukupkan jiwaku dengan rasa tenang terhadap apa yang Engkau beri.”

Selamat Hari Jururawat Sedunia (12 Mei)! Terima kasih kepada semua jururawat terutamanya jururawat di KKBerek atas dedik...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat Sedunia (12 Mei)! Terima kasih kepada semua jururawat terutamanya jururawat di KKBerek atas dedikasi, kasih sayang, dan pengorbanan yang tidak terhingga dalam menjaga kesihatan masyarakat…Jasa anda sangat besar..


Address

Jalan Bukit Marak
Kota Bharu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097656667

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan BEREK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share