Unit Perubatan Pemulihan Hospital USM

Unit Perubatan Pemulihan Hospital USM Official Page of Rehabilitation Medicine Unit Hospital Pakar USM

10/08/2026
8 Ogos 2026 | Kemahang, Tanah Merah, Kelantan – Program Komuniti Saringan Kesihatan USM-MERICAN telah diadakan di Kemaha...
09/08/2026

8 Ogos 2026 | Kemahang, Tanah Merah, Kelantan – Program Komuniti Saringan Kesihatan USM-MERICAN telah diadakan di Kemahang, Tanah Merah, Kelantan dengan penglibatan pelbagai disiplin kesihatan daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

Dalam program ini, Unit Perubatan Pemulihan turut mengambil bahagian dengan menyediakan perkhidmatan konsultasi rehabilitasi kepada komuniti setempat. Seramai 8 orang staf yang terlibat, terdiri daripada ahli fisioterapi, ahli terapi cara kerja, juruteknik perubatan, pembantu perawatan kesihatan serta pembantu khidmat am.

Penglibatan UPP ini memberi peluang kepada komuniti untuk mendapatkan konsultasi berkaitan aspek fungsi, pergerakan, aktiviti harian dan keperluan rehabilitasi, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan intervensi rehabilitasi dalam menyokong kesihatan dan kualiti hidup.

Program sebegini mencerminkan komitmen USM dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan berasaskan komuniti serta memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan rehabilitasi dapat diperluaskan kepada masyarakat, khususnya komuniti luar bandar.

6 Ogos 2026 | Program Bicara dengan Tuhan: Teknik Berwuduk dan Solat Walau Dari Atas KatilProgram Bicara dengan Tuhan: T...
06/08/2026

6 Ogos 2026 | Program Bicara dengan Tuhan: Teknik Berwuduk dan Solat Walau Dari Atas Katil

Program Bicara dengan Tuhan: Teknik Berwuduk dan Solat Walau Dari Atas Katil anjuran Bahagian Pemulihan Cara Kerja, Unit Perubatan Pemulihan HPUSM dengan kerjasama Pusat Islam USM Kampus Kesihatan telah berlangsung dengan jayanya hari ini.

Program ini telah disempurnakan oleh Dr. Mohamed Ashraf bin Mohamed Daud selaku wakil kepada Pengarah Hospital. Turut hadir ialah Profesor Madya Dr. Muhammad Hafiz Hanafi, Penyelaras Unit Perubatan Pemulihan HPUSM, dan Pn. Amira Abd. Satar, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Kampus Kesihatan.

Sebagai sebuah Hospital Patuh Syariah, HPUSM percaya bahawa proses rehabilitasi bukan sahaja memulihkan fungsi fizikal dan mental, malah turut memelihara aspek kerohanian dan solat merupakan tiang agama yang tetap perlu ditunaikan mengikut kemampuan dan keuzuran yang dihadapi.

Selaras dengan peranan Occupational Therapy dalam membantu individu mencapai semula kebolehan menjalankan aktiviti kehidupan seharian, kami turut komited membimbing pesakit agar dapat terus menunaikan ibadah, termasuk berwuduk dan bersolat mengikut kemampuan sepanjang proses pemulihan.

Program diharapkan dapat menjadi platform yang berterusan dalam memperkukuh kefahaman ibadah serta menyokong kesejahteraan rohani pesakit, penjaga dan warga kerja HPUSM.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Pn. Siti Zaihana Abd. Rahaman, Jurupulih Perubatan Cara Kerja selaku Ketua Program, serta Ustaz Muhammad Alif bin Abdul Latif, Ketua Unit Hal Ehwal Islam, Pusat Islam USM Kampus Kesihatan, atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini terus memberi manfaat kepada semua dan menjadi asbab untuk kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT.

25 Julai 2026 – Program Komuniti Usia Sejahtera menerusi inisiatif KPT Prihatin MADANI telah berjaya dilaksanakan di Pus...
26/07/2026

25 Julai 2026 – Program Komuniti Usia Sejahtera menerusi inisiatif KPT Prihatin MADANI telah berjaya dilaksanakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Tumpat dengan penglibatan aktif pasukan Unit Perubatan Pemulihan, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan memperkasakan warga emas dalam mengamalkan gaya hidup sihat, aktif dan selamat bagi mengekalkan kesejahteraan fizikal serta kualiti hidup.

Sepanjang program berlangsung, pasukan Fisioterapi telah mengendalikan sesi senaman berkumpulan yang memberi penekanan kepada peningkatan kekuatan otot, keseimbangan, fleksibiliti dan daya tahan fizikal. Selain itu, peserta turut menjalani saringan risiko jatuh menggunakan Timed Up and Go (TUG) Test, iaitu ujian ringkas yang menilai mobiliti, keseimbangan dan keupayaan berjalan dalam kalangan warga emas. Hasil saringan ini membolehkan peserta mengenal pasti tahap risiko jatuh masing-masing, di samping menerima nasihat dan cadangan senaman yang bersesuaian bagi meningkatkan kestabilan serta mengurangkan risiko kecederaan akibat terjatuh.

Selain itu, pasukan Terapi Cara Kerja telah mengadakan aktiviti berkumpulan yang memfokuskan kepada risiko jatuh di rumah. Peserta diberi pendedahan mengenai faktor-faktor yang boleh menyebabkan kejadian jatuh, termasuk keadaan persekitaran rumah yang tidak selamat, penggunaan peralatan yang tidak sesuai dan perubahan fizikal yang berlaku akibat proses penuaan. Warga emas turut didedahkan kepada langkah-langkah pencegahan seperti pengubahsuaian persekitaran rumah, penggunaan alat bantuan yang sesuai, pemilihan kasut yang selamat serta amalan harian yang dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta yang menunjukkan komitmen tinggi sepanjang aktiviti dijalankan. Pendekatan interaktif melalui demonstrasi, perbincangan dan aktiviti berkumpulan membolehkan peserta memahami dengan lebih jelas kepentingan penjagaan kesihatan serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

Penganjuran Program Komuniti Usia Sejahtera ini mencerminkan komitmen KPT Prihatin MADANI dan Universiti Sains Malaysia dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti melalui perkongsian kepakaran kesihatan. Melalui kerjasama erat antara pasukan Fisioterapi dan Terapi Cara Kerja, program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap pencegahan risiko jatuh, malah memperkasakan warga emas untuk terus kekal aktif, berdikari dan menikmati proses penuaan yang sihat (healthy ageing).

23 Julai 2026 - Tahniah diucapkan kepada wakil Unit Perubatan Pemulihan (UPP) di atas kejayaan cemerlang dalam The Natio...
26/07/2026

23 Julai 2026 - Tahniah diucapkan kepada wakil Unit Perubatan Pemulihan (UPP) di atas kejayaan cemerlang dalam The National Digital and AI for Smart Health Festival 2026 (DASH 2026).

🏅 Gold Award – Best Exhibition Innovation Competition Award
🥈 Silver Medal – Pitching Innovation Competition

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan inovasi yang memberi impak kepada perkhidmatan kesihatan, penyelidikan, dan masyarakat. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!

Seluruh warga Unit Perubatan Pemulihan mengucapkan tahniah kepada semua staf UPP yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cem...
21/07/2026

Seluruh warga Unit Perubatan Pemulihan mengucapkan tahniah kepada semua staf UPP yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Sanjungan Budi 2025

Jemput follow akaun TikTok Unit Perubatan Pemulihan HPUSM ya!
28/04/2026

Jemput follow akaun TikTok Unit Perubatan Pemulihan HPUSM ya!

🚨 *READY* *NAK* *CABAR* *DIRI?*Ini bukan sekadar larian… ini MISI SIHAT 2026! 🏃‍♂️🔥Sempena Hari Rehab Sedunia ,Jom gegar...
23/04/2026

🚨 *READY* *NAK* *CABAR* *DIRI?*

Ini bukan sekadar larian… ini MISI SIHAT 2026! 🏃‍♂️🔥
Sempena Hari Rehab Sedunia ,Jom gegarkan langkah anda di _Rehab Run 5KM East Coast RehabFit Carnival 2026_ .

Lari santai, bakar kalori, periksa tahap kesihatan, dan nikmati _vibes_ komuniti paling _energetic_ di Pantai Timur!

🏃‍♀️ _FunRun_ 5KM
👩🏻‍⚕️Saringan dan pameran Kesihatan
🎨 Pertandingan mewarna kanak-kanak
🧋Gerai Jualan atau pameran
🎉 Hadiah Cabutan Bertuah Eksklusif

Sesuai untuk semua peringkat umur
Tak perlu jadi atlet — cukup ada SEMANGAT untuk menjadi komuniti yang sihat.

📅 4 JULAI 2026
⏰ 7.00 PAGI
📍 AEON Mall Kota Bharu

🔥 _Tag_ geng lari anda & kita gegarkan pagi Sabtu bersama!

Address

Kubang Kerian
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:10 - 17:10
Tuesday 08:10 - 17:10
Wednesday 08:10 - 17:10
Thursday 08:10 - 15:40
Sunday 08:10 - 17:10

Telephone

+6097673316

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Perubatan Pemulihan Hospital USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share