TEMA tunjong adalah singkatan kepada TE=Tempat MA=Makan. Tempat Makan terbaru di Tunjong.
Disini terdapat deretan kedai berkonsepkan food court kontena yang menawarkan pelbagai jenis makanan menarik untuk anda semua kunjungi.
11/01/2021
Rumah teres Taman Desa Arif, Labok, Machang Kelantan untuk dijual.
Keluasan tanah 1200 kaki persegi.
Rumah 3 bilik 1 tandas. Rumah baru siap renovate.
5 Minit dari lokasi ke Bandar Machang.
Ayam Masak Gulai Darat Potato Resepi Bonda dapat dikongsi keenakan lama terhidang oleh keluarga kami....dapat dikongsi kesedapan itu bersama2 pelanggan yg dihargai....dengan kombinasi acar kubis nenas yang hanya warisan bonda diperturunkan....dimakan bersama nasi panas...budu dan aneka ulam ulaman menambahkan lagi selera hidangan zaman dahulu kala rakyat Kelantan...
09/12/2019
Ike Bekok "homemade" kami sedap seantero hasil buatan Chef Zana BALOH JEMBAL...sedap kena dgn musim monsoon nih...Kabin Aneka Nasi Ulam BALOH JEMBAL@TEMA Tunjong menyajikan masakan melayu menu SINGGEY dan GULAI DARAT AYAM POTATO RESEPI BONDA dengan serba mok niko ulam ulaman fresh celup pulop berair mulut dgn budu sambal setiap hari....
01/12/2019
Lawatan YB Tuan Muhammad Bakhtiar b. Wan Chik Tim. Menteri Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia ke Pameran Lukisan "This Is Kelate" di TEMA tunjong.
01/12/2019
Sesi Dialog bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia YB Tuan Muhammad Bakhtiar B. Wan Chik di Pameran " This Is Kelate" yang berlangsung di TEMA tunjong Sempena Tahun Melawat Kelantan 2020.
29/11/2019
Menu Baru di Ikan Bakar Kabin. Sotong Goreng Tepung.
27/11/2019
Ikan Bakar Kabin TEMA tunjong terbaikkk.
26/11/2019
Pengunjung2 di Kabin Ikan Bakar .
25/11/2019
Jom Kabin Ikan Bakar telah beroperasi. Mari try ikan bakar segar dari jeti Tok Bali style di TEMA tunjong!
Be the first to know and let us send you an email when TEMA Tunjong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
TEMA tunjong adalah singkatan kepada TE = Tempat , MA = Makan. Tempat Makan terbaru di Kelantan.
Di TEMA Tunjong terdapat deretan kedai-kedai makan kotena yang menyediakan pelbagai makanan lazat untuk pengunjung. Seperti Food Court, Kedai Makan Kontena di TEMA tunjong menawarkan aneka menu yang bervariasi dengan area makan yang terbuka dan bersifat informal. Selain itu, dengan kedai makan berkonsepkan kontena dan ruang makan Open Air mampu menarik anak-anak muda untuk melepak. Tempat Makan kabin kontena yang berkonsepkan Food Court Open Air. Terletak ditengah Bandar Baru Tunjong. Bandar yang sedang membangun dengan pesat, mampu menarik ramai pengunjung untuk datang kerana lokasinya yang sangat strategi.
Menariknya di TEMA Tunjong ini, kami juga menawarkan perkhidmatan mencuci kereta. Bagi kebanyakan kita yang sibuk dengan rutin harian, mencuci kenderaan peribadi merupakan suatu perkara yang remeh kerana kita tidak banyak masa lapang untuk melakukannya. Oleh itu, Spa Kereta di TEMA tunjong bakal menjadi tarikan kepada penjaga kerana sambil makan, kereta juga bersih.
Selain itu, TEMA tunjong juga mempunyai ruang berbumbung yang agak luas untuk pelbagai program dan aktiviti menarik yang bakal diadakan setiap bulan. Ruang berbumbung ini juga boleh disewakan kepada mereka yang inginkan ruang yang terbuka dan trendy untuk sebarang jenis acara. Kemudahan asas seperti tandas, parking dan surau juga disediakan untuk keselesaan.
Jadi sekiranya anda bercadang untuk meluangkan masa bersama keluarga, melepak bersama kawan2 atau inginkan sedikit kelainan untuk mengisi masa lapang di hujung minggu mahupun selepas waktu kerja. TEMA Tunjong adalah tempat terbaik untuk anda kunjungi.