PHC Kelantan

PHC Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PHC Kelantan, Medical Service, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

08/08/2026

70 TAHUN BERJALAN SEIRING

Bukan sehari dua.
Bukan setahun dua.
Tetapi tujuh dekad memilih insan yang sama.

Dari zaman muda, membina keluarga, meniti kejayaan, melalui ujian usia dan kesihatan… Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah tetap berada di sisi satu sama lain.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956. Hari ini, genap 70 tahun sebuah perjalanan yang tentunya bukan sentiasa mudah, tetapi terus dipertahankan dengan sabar, hormat dan kasih.

Kerana cinta yang panjang bukan tentang hidup tanpa ujian.

Ia tentang tetap memilih tangan yang sama untuk digenggam, walaupun langkah sudah semakin perlahan.

Selamat ulang tahun perkahwinan ke-70, Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah. 🤍

08/08/2026
08/08/2026

PERASAN TAK SEKARANG CUACA PANAS LIT LIT?

Siang memang terik.

Tapi yang ramai perasan sekarang, malam pun masih terasa bahang.

Dah pukul 10 atau 11 malam, matahari dah lama terbenam, tetapi dalam rumah masih panas. Dinding terasa suam. Bilik susah nak sejuk. Kipas p**a macam meniup angin panas.

Kenapa jadi macam ni?

Salah satu sebabnya ialah fenomena yang dikenali sebagai urban heat island atau p**au haba bandar.

Sepanjang siang, permukaan seperti jalan raya, tar, konkrit, bumbung dan bangunan menyerap serta menyimpan haba daripada matahari.

Bila malam tiba, haba yang terkumpul ini tidak hilang serta-merta.

Ia dilepaskan semula secara perlahan-lahan ke persekitaran.

Sebab itu kawasan yang mempunyai banyak bangunan, jalan berturap dan kurang pokok boleh kekal panas walaupun matahari sudah terbenam.

Masalahnya, badan kita sebenarnya perlukan waktu malam untuk melepaskan haba dan pulih daripada pendedahan panas sepanjang hari.

Kalau malam pun masih terlalu panas, tidur boleh terganggu dan badan mungkin tidak sempat menyejuk dengan baik.

Dalam cuaca panas begini:

Jangan tunggu dahaga baru minum air.

Minum air dengan kerap terutama jika banyak berada di luar, bekerja dalam persekitaran panas atau banyak berpeluh.

Pastikan rumah mempunyai pengudaraan yang baik jika keadaan di luar mengizinkan.

Kurangkan aktiviti fizikal berat ketika cuaca terlalu panas.

Dan beri perhatian lebih kepada warga emas, kanak-kanak kecil, wanita hamil serta mereka yang mempunyai penyakit kronik kerana golongan ini lebih mudah terjejas akibat haba.

Kalau mula rasa pening, terlalu lemah, loya, sakit kepala atau badan terlalu panas, jangan paksa diri.

Cari tempat yang lebih sejuk, rehat dan minum air.

Cuaca panas bukan sekadar rasa tidak selesa.

Bila haba terkumpul dari siang sampai ke malam, badan kita juga menanggung bebannya.

Public Health Malaysia

08/08/2026

JANGAN TUNGGU BIBIR ANAK BIRU.

Anak kecil mungkin belum mampu berkata,
“Mak, saya susah nak bernafas.”

Tetapi tubuhnya akan menunjukkan tanda.

Perhatikan anak ketika dia sedang tenang:

• Nafas terlalu laju
• Hidung kembang-kempis
• Kulit tertarik masuk di bawah atau antara tulang rusuk
• Ada lekuk jelas di bawah leher ketika menarik nafas
• Dada dan perut bekerja terlalu kuat
• Terdengar bunyi mengerang ketika bernafas
• Sukar menyusu, minum atau bercakap
• Kelihatan terlalu lemah atau sukar dikejutkan
• Bibir, lidah atau kulit menjadi pucat, kebiruan atau kelabu

Ini ialah tanda anak sedang bekerja keras untuk mendapatkan udara dan memerlukan pemeriksaan segera.

Jangan cuba meneka sama ada ia pneumonia, bronkiolitis, asma atau sekadar selesema. Jangan tunggu sehingga anak semakin lemah.

Jika bibir bertukar biru atau kelabu, nafas terhenti-henti, anak lembik atau tidak memberi respons seperti biasa, terus ke Jabatan Kecemasan atau hubungi 999.

Dalam masalah pernafasan, beberapa minit boleh membawa perbezaan besar.

TERBAIK Tuan Haji Muhammad Romzi HusainSemoga Terus Berjuang untuk PHC Malaysia dan Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegaw...
08/08/2026

TERBAIK Tuan Haji Muhammad Romzi Husain
Semoga Terus Berjuang untuk PHC Malaysia dan Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan KKM

08/08/2026
08/08/2026

KAWAN KENA RENJATAN ELEKTRIK?

Naluri kita bila nampak orang yang kita sayang dalam bahaya ialah terus berlari dan pegang.

Tetapi untuk kes renjatan elektrik, satu tindakan spontan boleh menyebabkan tragedi menjadi lebih besar.

Semalam, kita dikejutkan dengan kehilangan tiga nyawa dalam satu kejadian renjatan elektrik. Dalam situasi seperti itu, semuanya boleh berlaku dalam beberapa saat.

Sebab itu, perkara paling penting untuk diingat ialah:

JANGAN TERUS SENTUH MANGSA.

Pastikan bekalan elektrik diputuskan terlebih dahulu.

Apa yang perlu dibuat?

1. Pastikan keselamatan diri.

2. Tutup suis utama atau cabut plug jika selamat.

3. Jangan sentuh mangsa jika masih bersentuhan dengan sumber elektrik.

4. Jika bekalan tidak dapat diputuskan, gunakan objek penebat yang kering seperti kayu atau plastik untuk menjauhkan sumber elektrik daripada mangsa.

5. Hubungi 999 dengan segera.

6. Selepas mangsa bebas daripada sumber elektrik, periksa pernafasan. Jika tidak bernafas, mulakan CPR jika anda tahu caranya dan gunakan AED jika ada.

7. Walaupun mangsa sedar, dapatkan pemeriksaan di hospital.

Jangan hampiri kawasan yang basah atau kabel voltan tinggi.

Kadang-kadang, untuk menyelamatkan seseorang, langkah pertama bukan terus menyentuhnya.

Langkah pertama ialah memastikan kita tidak menjadi mangsa seterusnya.

Semoga tragedi yang berlaku menjadi peringatan kepada kita semua.

LATIHAN BENCANA KOLEJ KEJURURAWATAN KUBANG KERIAN (ILKKM)TARIKH :06 OGOS 2026VENUE : PADANG GOLF HUSM
08/08/2026

LATIHAN BENCANA KOLEJ KEJURURAWATAN KUBANG KERIAN (ILKKM)
TARIKH :06 OGOS 2026
VENUE : PADANG GOLF HUSM

TARIKH : 29 JULAI 2026TEMPAT : HQ AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIMLATIHAN MENCARI DAN MENYELAMATSEARCH AND RESCUE JOINT AER...
29/07/2026

TARIKH : 29 JULAI 2026
TEMPAT : HQ AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM

LATIHAN MENCARI DAN MENYELAMAT
SEARCH AND RESCUE JOINT AERONAUTICA SEARCH AND RESCUE (SAREX JASAR) JONG SEMERAK 2026

Address

Hospital Raja Perempuan Zainab II
Kota Bharu
15586

Telephone

+60145095426

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PHC Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PHC Kelantan:

Shortcuts

Share