Pusat Maklumat Pemakanan Kota Kinabalu

Pusat Maklumat Pemakanan Kota Kinabalu Pusat Maklumat Pemakanan (Virtual) Kota Kinabalu menjadi platform penting informasi pemakanan sihat

PMP Kota Kinabalu dibawakan khas oleh Nutritionists dari Kota Kinabalu, Sabah

πŸ₯— JOM AMALKAN PINGGAN SIHAT MALAYSIA!Pemakanan yang seimbang bermula dengan konsep Suku β€’ Suku β€’ Separuh dalam setiap hi...
27/07/2026

πŸ₯— JOM AMALKAN PINGGAN SIHAT MALAYSIA!

Pemakanan yang seimbang bermula dengan konsep Suku β€’ Suku β€’ Separuh dalam setiap hidangan.

πŸ₯¬ Β½ pinggan buah-buahan & sayur-sayuran
🍚 ¼ pinggan karbohidrat
πŸ— ΒΌ pinggan protein

Amalan ini membantu memenuhi keperluan nutrien harian dan menyokong gaya hidup yang lebih sihat.

πŸ’š Mulakan dengan satu pinggan yang seimbang, setiap hari!

πŸ›’πŸ“‹ JANGAN TERUS MASUK TROLI, BACA LABEL DAHULU!Label makanan membantu kita membuat pilihan yang lebih sihat. Sebelum mem...
22/06/2026

πŸ›’πŸ“‹ JANGAN TERUS MASUK TROLI, BACA LABEL DAHULU!

Label makanan membantu kita membuat pilihan yang lebih sihat. Sebelum membeli, luangkan sedikit masa untuk menyemak:

βœ… Saiz hidangan
βœ… Kandungan kalori
βœ… Jumlah gula, garam dan lemak
βœ… Senarai ramuan

Dengan membaca label makanan, kita dapat mengawal pengambilan nutrien dan membuat pilihan yang lebih bijak untuk diri sendiri dan keluarga.

πŸ’‘ Ingat, pengguna yang bijak sentiasa membaca label makanan sebelum membeli!

πŸ§‚ KURANGKAN GARAM, TINGKATKAN KESIHATAN πŸ§‚Pengambilan garam yang berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan,...
30/05/2026

πŸ§‚ KURANGKAN GARAM, TINGKATKAN KESIHATAN πŸ§‚

Pengambilan garam yang berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan, terutamanya tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

Mari amalkan pemakanan yang lebih sihat dengan:
βœ”οΈ Membaca label makanan
βœ”οΈ Mengurangkan penggunaan garam semasa memasak
βœ”οΈ Menghadkan makanan segera dan makanan diproses

Perubahan kecil hari ini mampu memberi manfaat besar pada masa hadapan.

Kenali label makanan anda. Baca sebelum beli, pilih yang lebih sihat.  https://web.facebook.com/pmpmelaka/posts/pfbid0v4...
04/05/2026

Kenali label makanan anda. Baca sebelum beli, pilih yang lebih sihat.

https://web.facebook.com/pmpmelaka/posts/pfbid0v46H1Dk5wUii9rJG28sYmTmiwdtjDDLLjjN4t1nWss3ru2vFc3WqyELt2qksBRt3l?rdid=g0S2H9zOj2eITcSG #

πŸ“¦ Jom Jadi Pengguna Bijak: Fahami Label Makanan! πŸ›’

Pernah tak kita capai makanan/minuman di rak, terus masuk troli tanpa baca label? πŸ€”
Sebenarnya, label pada pembungkusan tu lah β€œkunci rahsia” untuk kita buat pilihan yang lebih sihat!

πŸ” Apa yang perlu kita tengok pada label?
βœ… Tarikh luput – Pastikan masih selamat untuk dimakan
βœ… Senarai ramuan – Bahan disenaraikan dari paling banyak ke paling sedikit
βœ… Maklumat dan akuan pemakanan – Perhatikan kandungan gula, garam & lemak
βœ… Saiz hidangan – Jangan tertipu, satu paket mungkin lebih dari satu hidangan!
βœ… Logo & pensijilan – Contoh: Halal, atau pilihan lebih sihat

⚠️ Tip penting:
Kalau gula, garam atau lemak tersenarai di awal ramuan β†’ maknanya kandungan tu agak tinggi!

πŸ’‘ Ingat!
Membaca label hanya ambil beberapa saat, tapi kesannya besar untuk kesihatan kita dan keluarga ❀️

Jadi lepas ni, sebelum beli…
πŸ‘‰ BACA dulu, BARU beli!


1000 Hari Pertama Kehidupan merupakan asas penting untuk pertumbuhan fizikal dan perkembangan kognitif kanak-kanak. Beri...
27/04/2026

1000 Hari Pertama Kehidupan merupakan asas penting untuk pertumbuhan fizikal dan perkembangan kognitif kanak-kanak. Berikan permulaan terbaik untuk masa depan yang lebih sihat. πŸ‘Άβœ¨

https://web.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid0KAdDDCPfHeaHotDx5cKaVgfXpUuPSEkqj9UnDJSuzThQr3ATQ4zpRGzxBJWDqhfsl?rdid=IRxsg7TQOk3XJ7Sm #

1000 HARI PERTAMA KEHIDUPAN

1 000 hari pertama kehidupan penting untuk perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak yang sihat dan produktif.

Peringkat awal 1000 hari pertama kehidupan kanak-kanak bermula dengan terbentuknya janin dalam rahim seorang ibu dan pembesaran janin ini sehingga tempoh matang mengambil masa selama 270 hari (9 bulan) kehamilan. Dalam tempoh ini, pengambilan makanan yang berkhasiat, pemantauan peningkatan berat badan berkala, serta pemeriksaan kesihatan yang lengkap menjadi kunci penting untuk si ibu kekal sihat sepanjang kehamilan. Inilah permulaan awal terbaik kehidupan seorang anak, iaitu di dalam kandungan ibunya lagi.

Pada usia antara 1 tahun hingga 2 tahun kehidupan kanak-kanak, ini menjadi tempoh kritikal untuk amalan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, penjagaan kesihatan, pemantauan status tumbesaran dan pergigian. Pengabaian penjagaan di bawah 1000 hari pertama kehidupan kanak-kanak ini antara penyebab meningkatnya risiko kanak-kanak dengan masalah pertumbuhan seperti susut dan bantut.

Justeru itu, teruskan untuk beri perhatian kepada 1000 Hari Pertama Kehidupan Kanak-kanak, ia merupakan kunci utama melahirkan generasi Malaysia yang lebih sihat.



Jom jadikan amalan makan sayur sebagai gaya hidup harian kita. Bukan sahaja warna-warni dan menyelerakan, malah penuh de...
22/04/2026

Jom jadikan amalan makan sayur sebagai gaya hidup harian kita. Bukan sahaja warna-warni dan menyelerakan, malah penuh dengan khasiat untuk tubuh badan! πŸ₯¦πŸ₯•
Tips mudah:
βœ… Pelbagaikan warna dalam pinggan.
βœ… Jadikan sayur sebagai snek sihat.
βœ… Cuba resepi kreatif setiap hari.
Kongsikan gambar hidangan sayur anda di ruangan komen! πŸ‘‡

Panduan menu harian untuk kanak-kanak 4–6 tahun. Utamakan makanan sebenar untuk tumbesaran dan tenaga yang optimum. πŸ₯¦πŸŽht...
20/04/2026

Panduan menu harian untuk kanak-kanak 4–6 tahun. Utamakan makanan sebenar untuk tumbesaran dan tenaga yang optimum. πŸ₯¦πŸŽ

https://web.facebook.com/nutritionistklate/posts/pfbid02EKxHw7phwxnTnBaSeeefMCqCn63L4dYDfcJgVTw3xK4QPzCCi2jrfk6aiaHLpscol?rdid=IgLcYOl5d1n2DHD7&share_url=https%3A%2F%2Fweb.facebook.com%2Fshare%2Fp%2F1Bz1Z3sqZr%2F #

🍽️ Menu Makan Kanak-Kanak Umur 4–6 Tahun πŸ‘§πŸ§’

Contoh menu ini disediakan sebagai panduan menu harian kanak-kanak berumur 4–6 tahun.

βœ… Menu lengkap dengan keperluan nutrisi untuk menyokong tumbesaran, tenaga dan fokus anak
βœ… Sesuai dijadikan rujukan ibu bapa, guru tadika dan pengasuh

🍎 Utamakan makanan sebenar (real food) seperti nasi, lauk pauk, sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding makanan segera dan makanan terproses seperti nugget, hotdog, burger dan kentang goreng.

πŸ“Œ Simpan dan kongsi untuk rujukan bersama.

πŸ“š Rujukan: Bahagian Pemakanan, KKM

Makanan pelengkap perlu diperkenalkan apabila bayi berusia 6 bulan, sambil meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahu...
06/04/2026

Makanan pelengkap perlu diperkenalkan apabila bayi berusia 6 bulan, sambil meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Pilih tekstur makanan yang sesuai mengikut umur bayi. πŸ‘ΆπŸ₯£

https://web.facebook.com/nutritionistklate/posts/pfbid02zBTVTFbmgDS4mVBXee3sw3ap6HbJUF9LbwH562bJPy4SDg5u9H5vpE8161aMCpzJl?rdid=sAExFkRudu2nGI4F&share_url=https%3A%2F%2Fweb.facebook.com%2Fshare%2Fp%2F189nmwMncw%2F #

Makanan pelengkap perlulah diperkenalkan ketika bayi berusia 6 bulan (180 hari), disamping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun. Tekstur makanan yang diberikan perlu bersesuaian dengan citarasa anak anda. Tekstur dan kepekatan makanan juga akan mempengaruhi tenaga yang dibekalkan kepada anak.

Semakin umur anak anda meningkat, tekstur dan jenis makanan yang dibekalkan perlulah diubah secara berperingkat. Pastikan tekstur makanan yang sesuai mengikut umur anak anda bagi memastikan mereka dapat makan dengan baik dan memenuhi keperluan tenaga harian.






Masih dalam suasana Hari Raya? 🍽✨Jom sertai sesi ilmu pemakanan secara LIVE! πŸ“’πŸ€” Tahukah anda, kesihatan sistem penghadam...
25/03/2026

Masih dalam suasana Hari Raya? 🍽✨Jom sertai sesi ilmu pemakanan secara LIVE! πŸ“’

πŸ€” Tahukah anda, kesihatan sistem penghadaman memainkan peranan penting dalam kesejahteraan tubuh?πŸ’‘

Ikuti Continuous Nutrition Education (CNE) Bil. 6/2026 yang menampilkan perkongsian menarik daripada ahli pemakanan mengenai:
✨ Probiotik & prebiotik – perlu atau tidak?
✨ Kenali alahan makanan
✨ Peranan pemakanan dalam menjaga usus sihat

πŸ—“ 27 Mac 2026 (Jumaat)
⏰ 2.30 petang
πŸŽ“ 4 mata CPD (A8) + e-sijil disediakan

πŸ’» Disiarkan secara Facebook Live di
πŸ“Œ FB Nutritionist Sabah – mudah, santai & penuh manfaat!

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan menjaga kesihatan anda ✨

Tahukah anda pengambilan kalori yang berlebihan secara berterusan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan?Sebaga...
09/03/2026

Tahukah anda pengambilan kalori yang berlebihan secara berterusan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan?

Sebagai contoh, lebihan kira-kira 500 kcal sehari boleh menyebabkan peningkatan berat badan jika ia berlaku secara konsisten dalam jangka masa panjang. Oleh itu, penting untuk kita sedar kalori dalam setiap makanan yang diambil setiap hari.

Selain jumlah makanan, cara penyediaan makanan juga memainkan peranan dalam menentukan kandungan kalori. Contohnya, ayam yang dimasak secara panggang atau sup biasanya mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding ayam yang dimasak dengan kuah santan atau digoreng.

Di samping itu, terdapat juga kalori tersembunyi dalam makanan seperti gula tambahan, minyak, sos dan bahan perasa yang sering digunakan dalam masakan harian tanpa kita sedari.

Oleh itu, amalkan konsep keseimbangan kalori dengan memastikan pengambilan makanan bersesuaian dengan keperluan tenaga badan serta tahap aktiviti fizikal harian bagi membantu mengekalkan berat badan dan kesihatan yang optimum.

Pusat Maklumat Pemakanan Kota Kinabalu





Address

Aras 4, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Kota Kinabalu
88400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Maklumat Pemakanan Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share