Hospital UMS

Directions Website Contact the business

Hospital UMS Bringing World-Class Care Closer to Home: HUMS – Your Partner in Health, Education, and Community.

SALAM TAKZIAHSeluruh warga HUMS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah YABhg. Tun Dr. Siti...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

Seluruh warga HUMS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali atas pemergian Allahyarhamah ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

PROGRAM JELAJAH SEMBANG DIET 2026 (JESDIET): MAKAN SIHAT, FIKIRAN BAIK, BADAN SIHAT DI SK. SG. LADA LABUAN LABUAN, 10 Se...
28/09/2026

PROGRAM JELAJAH SEMBANG DIET 2026 (JESDIET): MAKAN SIHAT, FIKIRAN BAIK, BADAN SIHAT DI SK. SG. LADA LABUAN

LABUAN, 10 September 2026 – Seramai 100 murid sekolah rendah menyertai Program Jelajah Sembang Diet (JESDIET) 2026 bertemakan “Makan Sihat, Fikiran Baik, Badan Sihat!” yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lada, Wilayah Persekutuan Labuan.

Program anjuran Unit Dietetik dan Sajian Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) ini dilaksanakan dengan kerjasama Unit Pencegahan dan Kawalan Infeksi, Jabatan Rehabilitasi, Jabatan Psikiatri dan Jabatan Radiologi HUMS. Daripada jumlah peserta, 94 murid ialah dari SK Sungai Lada, manakala enam lagi mewakili SK Sungai Bedaun, SK Layang-Layangan dan SK Bukit Kalam.

Murid-murid mengikuti senam aerobik serta ceramah mengenai pemakanan sihat, kebersihan tangan dan kesedaran anti-buli. Mereka turut menyaksikan demonstrasi penyediaan Rainbow Sandwich sebelum mengambil bahagian dalam pertandingan Mini Chef, yang memberi peluang kepada mereka mencuba sendiri penyediaan makanan sihat.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal tentang pemakanan seimbang, penjagaan kebersihan diri dan kepentingan menghormati orang lain. Pengisian melalui ceramah dan aktiviti praktikal diharap dapat membantu murid menerapkan amalan tersebut dalam kehidupan seharian serta menyumbang kepada persekitaran sekolah yang sihat dan harmoni.

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah pertandingan Mini Chef dan bahan promosi kesihatan kepada murid. Unit Dietetik dan Sajian HUMS merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan HUMS dan Pusat Uberisasi Kesihatan Komuniti HUMS atas sokongan yang diberikan, serta kepada pihak SK Sungai Lada atas kerjasama dalam menjayakan program ini. Melalui JESDIET, HUMS meneruskan usaha mendekati komuniti sekolah dan memperkukuh pendidikan kesihatan sejak usia muda.


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Mohd Hanafiah bin Datuk Haji Mohd. Kassim, Timbalan Setiausaha Kera...
24/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Mohd Hanafiah bin Datuk Haji Mohd. Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) serta YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengurusan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) berkuat kuasa 1 September 2026.

Semoga pelantikan ini dapat terus memperkukuh tadbir urus serta menyumbang kepada kecemerlangan dan pembangunan HUMS.


KARNIVAL KOMUNITI SIHAT KAIDUAN PERLUAS AKSES PERKHIDMATAN KESIHATAN PERCUMA KEPADA PENDUDUK LUAR BANDAR PAPARPAPAR, 19 ...
24/09/2026

KARNIVAL KOMUNITI SIHAT KAIDUAN PERLUAS AKSES PERKHIDMATAN KESIHATAN PERCUMA KEPADA PENDUDUK LUAR BANDAR PAPAR

PAPAR, 19 September 2026 – Lebih 700 penduduk hadir memeriahkan Karnival Komuniti Sihat Kaiduan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Kaiduan, Papar, dalam usaha memperluaskan akses kepada perkhidmatan Kesihatan kepada masyarakat luar bandar.

Program ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Sabah (FMSA) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Papar dengan kolaborasi Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang melibatkan Jabatan Perubatan Keluarga, Jabatan Radiologi dan Jabatan Farmasi HUMS, serta agensi-agensi berkaitan. Program ini melibatkan lebih 40 orang pakar perubatan dan petugas kesihatan daripada pelbagai disiplin. Karnival berkenaan turut dirasmikan oleh YB Datuk Juil Nuatim, ADUN N.27 Limbahau.

Sebagai sebahagian daripada komitmen HUMS dalam memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat luar bandar, HUMS telah menyumbangkan sebanyak 50 pemasangan Implanon kepada wanita berisiko tinggi dan daripada golongan kurang berkemampuan bagi membantu mereka mendapatkan akses kepada kaedah perancang keluarga yang selamat dan berkesan. Pemasangan Implanon dikendalikan oleh pasukan Jabatan Perubatan Keluarga HUMS. Selain itu, seramai 23 orang penduduk telah menerima perkhidmatan pemeriksaan ultrasound diagnostik yang dikendalikan oleh pasukan Radiologi HUMS. Program ini turut menyediakan perkhidmatan saringan kencing manis yang dikendalikan oleh pelajar Pos Basik Pengurusan Diabetes Mellitus (DM) dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Antara perkhidmatan kesihatan lain yang disediakan ialah saringan kesihatan, saringan kanser wanita, saringan penyakit jantung reumatik, perkhidmatan kesihatan wanita, remaja dan warga emas, pemeriksaan mata dan gigi, rawatan pesakit luar serta PeKa B40. Turut diadakan ceramah dan pendidikan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pencegahan, pengesanan awal penyakit dan penjagaan kesihatan.

Penglibatan pelbagai pihak dalam karnival ini telah memberikan peluang kepada penduduk untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, pencegahan penyakit dan pengurusan kesihatan secara berterusan. Karnival ini menjadi platform penting dalam mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti luar bandar, di samping memperkukuh kerjasama antara pengamal perubatan, agensi kesihatan dan masyarakat setempat demi meningkatkan kesejahteraan komuniti.


PROGRAM SINAR4U 2026: MENGEMBALIKAN SINAR PENGLIHATAN KEPADA KOMUNITIProgram SINAR4U 2026, sebuah inisiatif program pemb...
24/09/2026

PROGRAM SINAR4U 2026: MENGEMBALIKAN SINAR PENGLIHATAN KEPADA KOMUNITI

Program SINAR4U 2026, sebuah inisiatif program pembedahan katarak anjuran bersama Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) dan Hospital Keningau telah berjaya dilaksanakan pada 12 September 2026, dan telah memberi manfaat kepada 60 orang pesakit melalui rawatan dan pembedahan katarak.

Program ini sebahagian daripada usaha HUMS untuk mendekatkan perkhidmatan kesihatan dan kepakaran kepada masyarakat di Sabah dan ianya telah dilaksanakan tiga tahun berturut-turut bermula pada tahun 2024. Inisiatif ini telah berkembang dari tahun ke tahun dan sehingga kini telah memberi manfaat kepada 121 orang pesakit.

Pelaksanaan SINAR4U pada tahun ini menyaksikan kerjasama erat antara HUMS dan Hospital Keningau dengan penglibatan pakar bedah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan College of Ophthalmologists Academy of Medicine of Malaysia (COAMM). Kolaborasi ini mencerminkan kekuatan kerjasama rentas institusi untuk membawa perkhidmatan kesihatan berkualiti lebih dekat kepada komuniti yang memerlukan.

Selaras dengan aspirasi pendidikan tinggi yang memberi manfaat kepada rakyat, SINAR4U bukan sekadar menyediakan rawatan, malah membantu pesakit mendapatkan kembali penglihatan, keyakinan dan keupayaan untuk menjalani kehidupan dengan lebih berdikari. Program dilaksanakan dengan jayanya dan telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Ahmad Rizal bin Adnan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi.

HUMS turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja, penyumbang, rakan strategik, pakar perubatan, petugas kesihatan, urus setia dan sukarelawan yang telah menyumbangkan kepakaran, sumber, masa dan tenaga dalam memastikan kejayaan SINAR4U 2026.

Kejayaan tahun ini menjadi pemangkin kepada HUMS untuk meneruskan dan memperluaskan inisiatif program katarak agar lebih ramai masyarakat Sabah dapat menikmati akses kepada rawatan katarak dimasa hadapan serta membawa kembali sinar penglihatan untuk menjalani kehidupan yang lebih berkeyakinan, berdikari dan bermakna.



PROGRAM KHUAM KPT PRIHATIN MADANI 2026 HPUNIMAS KUCHING SARAWAKKonsortium Hospital Pengajar Universiti Awam Malaysia (KH...
22/09/2026

PROGRAM KHUAM KPT PRIHATIN MADANI 2026 HPUNIMAS KUCHING SARAWAK

Konsortium Hospital Pengajar Universiti Awam Malaysia (KHUAM) bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengadakan Program KHUAM KPT Prihatin MADANI 2026 telah diadakan pada 11-14 September 2026. Pada penganjuran kali ini, Hospital Pengajar UNIMAS (HPUNIMAS) di pilih sebagai Penyelaras bagi pengajuran Program KHUAM 2026 dan memilih Kg. Bijuray sebagai tempat untuk mengadakan Program CSR pada 12 September 2026 (Sabtu).

Program telah dirasmikan oleh Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak dan diiringi oleh Pengarah-Pengarah Hospital Universiti. Program ini melibatkan lebih kurang 130 Pakar dan Pegawai Perubatan, Petugas Kesihatan dan sukarelawan dari 10 Hospital Pengajar Universiti seluruh Malaysia. Antara perkhidmatan kesitahan yang diberikan kepada penduduk adalah:

• Pendidikan Mengenai V**e & dan Kempen Berhenti Merokok
• Saringan Kesihatan
• Saringan Kesihatan Wanita
• Pemulihan Melalui Lawatan ke Rumah
• Kesedaran Mengenai Strok
• Saringan Mata
• Aktiviti Perkembangan Kanak-kanak
• Pendidikan Perkembangan Kanak-kanak — Bila Anak Sukar Belajar: Mengenali Masalah Pembelajaran
• Kesedaran Kesihatan Mental & Aktiviti Sensori
• Pendidikan Pertolongan Kecemasan

Melalui program ini, seramai lebih kurang 250 penerima manfaat dari kalangan orang kampung manakala lebih kurang 159 bakul makanan telah diedarkan. Program CSR seumpama ini, memberikan manfaat yang signifikan kepada penduduk Kampung Bijuray melalui penyediaan perkhidmatan kesihatan, saringan dan konsultasi secara percuma serta bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan. Program ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kewangan penduduk, malah meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan pengesanan awal penyakit. Di samping itu, pelaksanaan program CSR ini turut memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam usaha meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup masyarakat.

Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) turut mengambil bahagian dalam Program CSR melalui penyediaan kaunter Kesedaran Kesihatan Mental dan Aktiviti Sensori Kanak-kanak. Kaunter tersebut telah menerima kunjungan seramai 68 orang peserta, yang terdiri daripada 46 orang dewasa dan 22 orang kanak-kanak.

Pengisian kaunter memberi penekanan kepada aspek kesedaran dan kepentingan penjagaan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Melalui sesi penerangan dan bimbingan yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan, para peserta berpeluang mendapatkan maklumat serta pengetahuan berkaitan kepentingan menjaga kesihatan mental, di samping meningkatkan kefahaman terhadap aspek kesejahteraan diri dan keluarga.

Bagi menggalakkan penglibatan masyarakat secara lebih interaktif, sesi menjawab soalan turut diadakan dan disertakan dengan pemberian hadiah kepada peserta. Pendekatan ini bukan sahaja menarik minat penduduk kampung untuk menyertai aktiviti yang disediakan, malah mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih santai dan mesra komuniti.

Dalam masa yang sama, aktiviti sensori untuk kanak-kanak merupakan antara pengisian yang mendapat sambutan menggalakkan. Kanak-kanak diberi peluang untuk mereka cipta dan menghasilkan reka bentuk sensori berdasarkan kreativiti serta imaginasi masing-masing. Aktiviti tersebut dilaksanakan dengan bimbingan Pegawai Perubatan dan para sukarelawan bagi memastikan kanak-kanak dapat menjalankan aktiviti dalam suasana yang selamat, menyeronokkan dan kondusif.

Secara keseluruhannya, penglibatan HUMS melalui kaunter ini telah memberikan manfaat kepada komuniti dengan menyediakan ruang interaksi, pendidikan dan kesedaran berkaitan kesihatan mental, di samping memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka kreativiti melalui aktiviti sensori. Pelaksanaan aktiviti ini turut mencerminkan komitmen HUMS dalam menyokong usaha meningkatkan kesejahteraan dan kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat setempat.



UMS PERKUKUH TANGGUNGJAWAB SOSIAL MELALUI PROGRAM USR DI KAMPUNG MESILOURANAU, 27 Ogos 2026 – Universiti Malaysia Sabah ...
17/09/2026

UMS PERKUKUH TANGGUNGJAWAB SOSIAL MELALUI PROGRAM USR DI KAMPUNG MESILOU

RANAU, 27 Ogos 2026 – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah berjaya menganjurkan Program University Social Responsibility (USR) 2026 di Kampung Mesilou, Ranau dengan kerjasama Majlis Kesihatan Universiti Awam Malaysia (MAKESUM) serta pelbagai institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan komuniti setempat.

MAKESUM yang menghimpunkan Pusat Kesihatan Universiti Awam di seluruh Malaysia berperanan sebagai platform perkongsian kepakaran, pengetahuan dan amalan terbaik dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan warga universiti. Penganjuran program USR ini turut memperlihatkan komitmen universiti dalam membawa kepakaran dan perkhidmatan kesihatan secara langsung kepada masyarakat.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), merangkap Pengerusi MAKESUM.

Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dilaksanakan sepanjang program, antaranya saringan dan konsultasi kesihatan, Cabaran Dapur Sihat, Bah, Jom Zumba!, Ziarah Insani Komuniti, Initiatif Rawatan Sejahtera (ZIKIRS), pameran Bahaya Gula Berlebihan!, Jom Jadi Hygiene Hero!, Kuiz Kesihatan, Mesilou Got Talent serta Jualan Rahmah Madani. Program turut memberi perhatian kepada golongan kanak-kanak melalui aktiviti pendidikan kesihatan dan kebersihan diri secara interaktif, di samping pelaksanaan aktiviti ziarah komuniti bagi menyantuni penduduk yang memerlukan.

Penganjuran program ini melibatkan kerjasama erat antara Pusat Kesihatan Universiti UMS, UNIMAS, UiTM, IIUM, MAKESUM, SK Mesilou, JKKK Kampung Mesilou, JKKK Kampung Kauluan, JKKK Kampung Lembah Permai serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Seramai 294 peserta dan penerima manfaat telah terlibat dalam program ini, sekali gus membuktikan keberkesanan pendekatan kolaboratif antara institusi pengajian tinggi dan komuniti dalam memperkasakan kesejahteraan masyarakat. Secara keseluruhannya, Program University Social Responsibility (USR) 2026 berjaya memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti, agensi dan komuniti, di samping meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan amalan kesihatan dalam kalangan masyarakat luar bandar.

“Dari universiti untuk komuniti – memperkasa kesihatan, menyantuni masyarakat.”


Sambutan Hari Malaysia 2026“Bersatu dalam kepelbagaian, teguh melangkah bersama.Semarakkan semangat Malaysia, demi sebua...
16/09/2026

Sambutan Hari Malaysia 2026

“Bersatu dalam kepelbagaian, teguh melangkah bersama.
Semarakkan semangat Malaysia, demi sebuah negara yang harmoni, sejahtera dan terus maju.”

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026!
Malaysia Madani • Kesejahteraan Dinikmati


SALAM TAKZIAHSeluruh warga Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang me...
09/09/2026

SALAM TAKZIAH

Seluruh warga Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam atas tragedi helikopter terhempas.

Kami menzahirkan simpati kepada seluruh keluarga serta insan-insan yang terkesan dengan tragedi ini. Semoga mereka yang terlibat diberikan tempat yang terbaik di sisi-Nya dan seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada
Lembaga Pengurusan Hospital,
Jawatankuasa Pengurusan Hospital dan
Seluruh Warga Hospital Universiti Malaysia Sabah

08/09/2026

Address

Jalan UMS
Kota Kinabalu
88400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hospital UMS:

Shortcuts

Share