Wellness Hub Putatan

Call Directions

Wellness Hub Putatan OPERATION HOUR: 8AM-7PM

Menyediakan saringan kesihatan
Menyediakan intervensi penurunan berat bdn

19/08/2026

🎤✨ JOM SERTAI PERTANDINGAN NYANYIAN! ✨🎤

Sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Negeri Sabah, Wellness Hub Lahad Datu menjemput seluruh masyarakat Lahad Datu untuk tampil menunjukkan bakat dan suara anda! 🎶

🏆 3 KATEGORI:
🎤 Bintang Remaja – 20 tahun ke bawah
🎤 Terbuka – 21 hingga 54 tahun
🎤 Suara Emas – 55 tahun ke atas

💙 PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!

📅 SARINGAN: 6 SEPTEMBER 2026
🏆 FINAL: 26 SEPTEMBER 2026
📍 Wellness Hub Lahad Datu

🌟 Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat anda, berani mencuba dan buktikan bahawa suara anda mampu memukau semua!

📲 Maklumat lanjut & pendaftaran:
Pn. Norine: 014-670 7142
En. Zul: 011-393 26795

📢 Sebarang perubahan atau makluman terkini akan diberitahu melalui Group WhatsApp peserta.

🎶 AYUH TUNJUKKAN BAKAT ANDA DAN JADI BINTANG! 🌟

📢 MAKLUMAN‼️INISIATIF RINTIS FLEXI HOURS WELLNESS HUB PUTATAN Dimaklumkan bahawa Wellness Hub Putatan akan melaksanakan ...
10/08/2026

📢 MAKLUMAN‼️

INISIATIF RINTIS FLEXI HOURS WELLNESS HUB PUTATAN

Dimaklumkan bahawa Wellness Hub Putatan akan melaksanakan Inisiatif Rintis Flexi Hours bagi memberikan fleksibiliti waktu operasi serta memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan Wellness Hub.

📝 Tempoh Inisiatif: 10 Ogos 2026 hingga 30 September 2026

⏰ JADUAL WAKTU OPERASI

📆 Isnin - Jumaat
8.00 pagi – 8.00 malam

📆 Sabtu 8.00 pagi – 1.00 petang

🚫 Ahad & Cuti Umum TUTUP

🧠 𝐀𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐬𝐭𝐫𝐞𝐬𝐬𝐞𝐝... 𝐨𝐫 𝐢𝐬 𝐢𝐭 𝐚𝐧𝐱𝐢𝐞𝐭𝐲?Join Dr. JoWong, Certified Health Coach, as he uncovers the key difference...
08/08/2026

🧠 𝐀𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐬𝐭𝐫𝐞𝐬𝐬𝐞𝐝... 𝐨𝐫 𝐢𝐬 𝐢𝐭 𝐚𝐧𝐱𝐢𝐞𝐭𝐲?
Join Dr. JoWong, Certified Health Coach, as he uncovers the key differences between stress and anxiety, helping you recognise the early signs, understand how they affect your wellbeing, and discover practical strategies to manage them with greater confidence.

✨ 𝐖𝐨𝐫𝐤 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐬𝐬 𝐯𝐬 𝐀𝐧𝐱𝐢𝐞𝐭𝐲: 𝐊𝐧𝐨𝐰 𝐭𝐡𝐞 𝐃𝐢𝐟𝐟𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐞
𝐈𝐧 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐩𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧, 𝐲𝐨𝐮’𝐥𝐥 𝐥𝐞𝐚𝐫𝐧:
💼 How to tell the difference between stress and anxiety
⚠️ The early warning signs your mind and body may be sending you
📱 Why modern work and technology can increase stress levels?
🌬️ A simple STOP technique to calm your mind in just one minute!
😴🥗🚶 Daily habits that build resilience

Whether you're feeling overwhelmed by work, constantly worrying about the future, or simply looking for healthier ways to manage everyday stress, this session will equip you with practical tools you can apply immediately.
📅 Saturday, 8 August 2026
⏰ 11:00 AM – 11:30 AM
📍 LIVE on the Health Coach International page
👉 https://www.facebook.com/HealthCoachInternational

💙 Share with friends or colleagues who always say, "I'm so stressed!"—this session might help them discover whether it's really stress... or something more.

Building a community of people who want to stay Healthy for Life!

🩺 ANDA BERUSIA 40 TAHUN DAN KE ATAS?Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Semakan Kelayakan PeKa B40 serta Vaksin In...
31/07/2026

🩺 ANDA BERUSIA 40 TAHUN DAN KE ATAS?
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Semakan Kelayakan PeKa B40 serta Vaksin Influenza PERCUMA kepada mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas!

📅 Tarikh: Khamis, 6 Ogos 2026
🕘 Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Ruang Menunggu, Klinik Kesihatan Putatan

Program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

✨ Antara pengisian program:
✅ Semakan kelayakan PeKa B40
✅ Taklimat mengenai PeKa B40 dan manfaatnya
✅ Taklimat Vaksin Influenza serta kepentingan vaksinasi
✅ Pemberian Vaksin Influenza PERCUMA kepada warga emas dan individu berusia 50 tahun ke atas yang layak
✅ Sesi soal jawab bersama petugas kesihatan

💜 Manfaat PeKa B40

✔️ Saringan Kesihatan Percuma
✔️ Bantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000
✔️ Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sehingga RM1,000
✔️ Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000
(Tertakluk kepada terma dan syarat program.)

💉 Mengapa perlu mendapatkan vaksin influenza?
• Mengurangkan risiko mendapat jangkitan influenza yang serius.
• Melindungi diri, keluarga serta golongan berisiko tinggi.
• Membantu mencegah komplikasi seperti radang paru-paru.
• Disyorkan diambil setiap tahun bagi perlindungan optimum.

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Klinik Kesihatan Putatan
☎️ 088-765661

📢 Ayuh hadir dan manfaatkan peluang ini demi kesihatan anda dan keluarga.

🔍 Lensa PsyCareTerapi Cara Kerja Menerjah Awan: Sumbangan dan Cabaran Bersama Khidmat Doktor Udara.Tahukah anda bagaiman...
23/07/2026

🔍 Lensa PsyCare
Terapi Cara Kerja Menerjah Awan: Sumbangan dan Cabaran Bersama Khidmat Doktor Udara.

Tahukah anda bagaimana Terapi Cara Kerja (Occupational Therapy) membantu pesakit di kawasan pedalaman dan sukar diakses terutama dalam perkhidmatan kesihatan udara? Mari kenali peranan mereka, cabaran di lapangan, serta sumbangan mereka dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit ✈️💙

Jom sertai sesi perkongsian kami:

📅 Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 2.30 petang – 3.30 petang
📍 Platform: Facebook LIVE Wellness Hub Putatan

📜 E-sijil disediakan
👥 Terbuka kepada semua

✨ Jangan lepaskan peluang! Setkan peringatan anda dan sertai kami secara LIVE!

PENDAFTARAN INTERVENSI PENGURUSAN BERAT BADAN I FIT AND EAT RIGHT (IFitEr) SIRI 4 KINI DIBUKA BAGI TAHUN 2026 WELLNESS H...
17/07/2026

PENDAFTARAN INTERVENSI PENGURUSAN BERAT BADAN I FIT AND EAT RIGHT (IFitEr) SIRI 4 KINI DIBUKA BAGI TAHUN 2026 WELLNESS HUB PUTATAN

Bagi yang berminat boleh scan QR kod yang telah disediakan atau tekan link di bawah untuk mendaftar
https://forms.gle/fPJkyxrhQDwGGwzG8

Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami di talian 088-763 086

Kami akan hubungi anda pada masa terdekat untuk sesi saringan

Jom mendaftar! Hadiah menarik menanti anda


🦷 Lensa PsyCareIkuti sesi podcast Wellness Hub Putatan, dalam slot Lensa PsyCare yang bertajuk " Kenali Tibi, Fahami Kus...
25/06/2026

🦷 Lensa PsyCare

Ikuti sesi podcast Wellness Hub Putatan, dalam slot Lensa PsyCare yang bertajuk " Kenali Tibi, Fahami Kusta ”

Jom sertai sesi perkongsian hari ini :

📅 Tarikh: 25 Jun 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 2.30 petang – 3.30 petang
📍 Platform: Facebook LIVE Wellness Hub Putatan

🤝 Kolaborasi:
Unit Psikologi (Kaunseling), PKK Penampang & Unit Tibi & Kusta PKK Penampang.

📜 E-sijil disediakan

📢 Terbuka kepada semua staf kesihatan & orang awam.

✨ Jangan lepaskan peluang! Setkan peringatan anda dan sertai kami secara LIVE hari ini!

24/05/2026

Lawatan Ke Wellness Hub Putatan

19 MEI 2026 - YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan Jelajah Kesihatan Borneo Negeri Sabah hari kedua dengan mengadakan lawatan kerja ke Wellness Hub Putatan, Sabah hari ini.

Ketibaan YB Timbalan Menteri Kesihatan telah disambut oleh Puan Froline Pius, Pegawai Pendidikan Kesihatan merangkap Penyelaras Wellness Hub Putatan sebelum dibawa melawat dan diberikan taklimat mengenai pengoperasian serta perkhidmatan yang diberikan kepada komuniti tempatan.

Wellness Hub berperanan membantu komuniti mengamalkan gaya hidup sihat secara konsisten; menawarkan perkhidmatan lebih terancang dan intensif meningkatkan keberkesanan intervensi kesihatan; serta menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti kesihatan dan peningkatan kesejahteraan secara menyeluruh.

KKM komited memperkukuh budaya hidup sihat dalam kalangan rakyat melalui pengembangan rangkaian Wellness Hub di seluruh negara bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Dr. William Gotulis, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah; Encik Nazaruddin bin Sharaai, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan KKM; YBrs. Dr. Harish Raj Narandaran, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Program Kesihatan Awam KKM; dan YBrs. Dr Euphrasia Anak Bari, Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang, Sabah

Jom singgah ke program "Trash to Cash" di Wellness Hub Putatan! 🌍✨• Sijil penyertaan disediakan ​Ini masanya untuk kita ...
21/05/2026

Jom singgah ke program "Trash to Cash" di Wellness Hub Putatan! 🌍✨

• Sijil penyertaan disediakan

​Ini masanya untuk kita sama-sama belajar cara kurangkan plastik melalui ceramah "Less Plastic is Fantastic" dan cuci mata dekat booth kraftangan epal yang kreatif.

​Paling best, bawa sekali minyak masak terpakai anda dari rumah sebab CY Wong Energy Sdn Bhd sedia untuk beli daripada anda! Daripada buang merata-rata sampai tersumbat longkang, lebih baik tukar jadi duit poket, kan? 😉

Boleh mendaftar di sini
https://forms.gle/QhWjMmSxKr2q6FBG8

Address

Klinik Kesihatan Putatan
Kota Kinabalu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088763086

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share