Dfana - Travel and Life Planner

Dfana - Travel and Life Planner Travel & food lover โœˆ๏ธ๐Ÿœ
Life Planner | Takaful & Insurance ๐Ÿ›ก
Enjoy life, plan wisely.

Dah 2026, masih lagi ada yang percaya strok boleh dirawat dengan cucuk, potong atau kerat hujung jari sampai berdarah.Ko...
24/08/2026

Dah 2026, masih lagi ada yang percaya strok boleh dirawat dengan cucuk, potong atau kerat hujung jari sampai berdarah.

Kononnya nak โ€œkeluarkan darahโ€.

Masalahnya, strok berlaku di OTAK.
Bukan sebab ada โ€œdarah kotorโ€ yang perlu dibuang melalui jari.

Kalau strok iskemia, salur darah ke otak TERSUMBAT.
Kalau strok pendarahan, salur darah dalam otak PECAH.

Jadi bila anda potong jari sampai berdarah, apa yang berlaku?

Jari luka.

Itu sahaja.

Darah yang keluar dari jari tak akan tarik keluar darah beku dalam otak.
Tak akan buka salur darah yang tersumbat.
Tak akan hentikan pendarahan dalam otak.


Bayangkan paip di tingkat atas rumah tersumbat.

Anda buka paip dapur sampai air mencurah-curah pun sumbatan di tingkat atas masih ada.

Sama konsepnya.

โ€œTapi saya pernah tengok orang buat, lepas tu pesakit okay.โ€

Itu bukan bukti rawatan tersebut berkesan.

Minor stroke boleh menunjukkan pemulihan cepat. TIA p**a boleh menyebabkan simptom hilang sendiri.

Yang lebih membimbangkan, masa berharga boleh terbuang kerana sibuk mencucuk jari, mengurut atau mencuba petua sedangkan pesakit sepatutnya sudah berada dalam perjalanan ke hospital.

Dalam strok, TIME IS BRAIN.

Muka senget.
Tangan atau kaki tiba-tiba lemah.
Cakap pelo atau susah bercakap.
Penglihatan berubah atau hilang keseimbangan secara tiba-tiba.

Jangan cari jarum.
Jangan cari gunting kuku.

Cari Jabatan Kecemasan.

Strok ialah masalah di OTAK.
Potong jari cuma menambah masalah di JARI.

Feeling truly grateful for this meaningful milestone. ๐Ÿ†โœจPengiktirafan ini bukan hanya untuk diri saya, tetapi juga buat ...
13/08/2026

Feeling truly grateful for this meaningful milestone. ๐Ÿ†โœจ

Pengiktirafan ini bukan hanya untuk diri saya, tetapi juga buat semua client yang sentiasa memberi kepercayaan dan sokongan sepanjang perjalanan ini. ๐Ÿค

Terima kasih kerana memilih saya untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan perlindungan dan perancangan kewangan anda. Kepercayaan anda menjadi semangat untuk saya terus belajar, berkembang dan memberikan servis yang terbaik.

This achievement is for all of us. โค๏ธ
Letโ€™s continue to grow, achieve and inspire together. ๐Ÿš€



28/07/2026

Sb kita tdk akan tahu bila sakit๐Ÿ€

๐Ÿฅฒ
26/07/2026

๐Ÿฅฒ

110 new cancer cases ๐Ÿšจ

According to the National Cancer Institute (IKN), around 110 people in Malaysia are diagnosed with cancer every day. Based on the data, there were 40,198 new cancer cases, with more women diagnosed than men.

Source: National Cancer Institute (IKN), Focus Malaysia
Photo: BERNAMA

*All rights belong to the original creator. Please DM Zestie Malaysia for credit, removal or if youโ€™d like to be credited differently.

RETA MURAH. KOMPLIKASI MAHAL.MEDICAL CARD? BELUM TENTU.Ada yang membeli โ€œretaโ€ daripada seller, Telegram atau kenalan ke...
19/07/2026

RETA MURAH. KOMPLIKASI MAHAL.
MEDICAL CARD? BELUM TENTU.

Ada yang membeli โ€œretaโ€ daripada seller, Telegram atau kenalan kerana harganya lebih murah.

Datang dalam vial.
Perlu bancuh sendiri.
Dos p**a ikut panduan penjual.

Masalahnya, retatrutide masih merupakan ubat kajian. Ia belum diluluskan untuk kegunaan awam dan hanya boleh diperoleh secara sah melalui kajian klinikal rasmi. Produk yang dijual di luar kajian tidak dapat dipastikan kandungan, ketulenan atau dos sebenarnya.

Apabila muntah berterusan, dehidrasi, sakit perut teruk atau komplikasi lain berlaku, jangan terus anggap medical card akan menanggung semuanya.

Syarikat insurans boleh menyemak:

Adakah ubat itu berdaftar?
Adakah ia dipreskripsi oleh doktor?
Adakah rawatan tersebut masih bersifat eksperimental?
Adakah kemas**an hospital berpunca daripada rawatan penurunan berat badan yang dikecualikan polisi?

Ini bermaksud tuntutan bukan semestinya ditolak, tetapi bukan juga automatik diluluskan. Ia bergantung pada terma polisi, laporan doktor dan punca komplikasi.

Peserta kajian klinikal rasmi p**a berada dalam keadaan yang berbeza.

Mereka menerima ubat melalui pusat kajian, dipantau oleh pas**an perubatan dan menandatangani informed consent. Dokumen kajian perlu menerangkan rawatan atau pampasan yang disediakan sekiranya berlaku kecederaan yang berkaitan dengan kajian.

Dalam keadaan ini, sponsor atau pengeluar kajian biasanya mempunyai aturan perlindungan untuk trial-related injury.

Namun ia bukan โ€œcover semua penyakitโ€.

Perlindungan tersebut tertakluk kepada protokol kajian, polisi insurans kajian dan sama ada komplikasi itu benar-benar berkaitan dengan penyertaan dalam trial.

Bezanya jelas:

Satu melalui kajian rasmi, dipantau dan mempunyai sistem perlindungan peserta.

Satu lagi membeli bahan tidak berdaftar, mencampur sendiri dan menanggung risiko sendiri.

Jangan jadikan medical card sebagai pelan keselamatan untuk bereksperimen dengan ubat yang belum diluluskan.

Jika berlaku muntah berterusan, tidak boleh minum, kurang kencing, pengsan atau sakit perut yang kuat, dapatkan rawatan segera. Beritahu doktor bahan sebenar yang digunakan, dos, tarikh suntikan dan sumber pembelian.

Jangan sembunyikan maklumat. Keselamatan lebih penting daripada rasa takut tuntutan ditolak.

๐Ÿ˜ข
05/07/2026

๐Ÿ˜ข

Situasi kesihatan rakyat Malaysia semakin membimbangkan apabila data menunjukkan 110 individu disahkan menghidap pelbagai jenis kanser setiap hari, dengan golongan wanita mencatatkan jumlah kes tertinggi.

Menurut Institut Kanser Negara (IKN), antara kanser yang paling kerap dihidapi rakyat Malaysia ialah kanser payudara, kolorektal, prostat, paru-paru dan rahim.

Pada 2024, sebanyak 18,240 kes baharu direkodkan dalam kalangan lelaki, manakala 21,958 kes baharu melibatkan wanita, menjadikan keseluruhan kes sekitar 110 sehari.

29/06/2026

โ€œCuba check sikit. Plan aku ada coverage sakit kritikal tak?โ€

Saya ingatkan dia nak tambah perlindungan.

Tapi bila dia hulurkan surat hospital, saya terus terdiam.

End Stage Kidney Failure (ESRD).
Umur 39 tahun.
Non-smoker.
Sangat aktif.
Jurulatih Taekwondo.

Orang yang nampak sihat. Tapi bila disahkan sakit, terus di peringkat akhir kegagalan buah pinggang.

Saya semak sijil beliau.

โŒ Tiada Critical Illness (CI)
โŒ Tiada Medical Card
โœ… Ada Hibah Takaful

Mujur ada rider Waiver untuk bantu pengecualian caruman.

Kemudian dia tanya soalan yang paling susah untuk dijawab.

โ€œKenapa kau tak paksa aku ambil CI dulu?โ€

Hakikatnya, masa itu bajet beliau hanya cukup untuk hibah.

Yang lebih saya kesalkan, saya juga tak paksa beliau ambil Medical Card.

Dalam surat hospital yang ditunjukkan, tertulis:

โ€œTiada kekosongan slot hemodialisis di seluruh hospital kerajaan pada masa ini.โ€

Bermakna beliau terpaksa mendapatkan rawatan di pusat dialisis swasta.

Saya tanya:

โ€œBerapa kos yang dah keluar?โ€

Jawapannya membuatkan saya terkedu.

โ€œSekali dialisis RM500.โ€

โ€œKalau ada prosedur tambahan, RM4,000 - RM5,000.โ€

โ€œNak transplant buah pinggang, kena sediakan RM40,000 - RM50,000.โ€

โ€œDoktor pun dah nasihatkan aku berhenti mengajar Taekwondo. Itu sumber pendapatan aku.โ€

Kemudian dia berkata:

โ€œAku nak tambah hibah lah. Anak-anak masih kecil.โ€

Dan inilah ayat yang paling perit untuk disebut.

โ€œMaafโ€ฆ sekarang dah tak boleh.โ€

โ€œSebab awak dah sakit.โ€

Kawan-kawan,

Kalau ejen boleh paksa pelanggan ambil perlindungan, memang kami akan paksa.

Sebab kami terlalu banyak melihat penyesalan yang datang apabila semuanya sudah terlambat.

Yang paling menakutkan bukan kematian.

Tetapi apabila penyakit datang dahulu, pendapatan hilang, bil perubatan meningkat, dan anak-anak masih memerlukan kita.

Review semula perlindungan anda.

โœ… Medical Card
โœ… Critical Illness
โœ… Hibah
โœ… Waiver Contribution

Jangan tunggu โ€œnantiโ€.

Sebab bila sakit datang, pilihan yang ada hari ini mungkin sudah tiada lagi esok.

ESRD ProtectYourIncome TakafulMalaysia LifeHappens

Sumber : Nurul Izzah Zainol

29/06/2026

๐Œ๐ž๐๐ข๐œ๐š๐ฅ ๐‚๐š๐ซ๐ ๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง, ๐“๐š๐ฉ๐ข ๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐€๐ง๐š๐ค

Kita sanggup berbelanja untuk mainan, gajet dan pakaian anak-anak setiap tahun.

Namun, satu kemas**an ke hospital boleh menelan kos yang jauh lebih besar daripada semua perbelanjaan tersebut.

Keperluan perubatan anak berubah seiring dengan pertumbuhan mereka. Medical card membantu ibu bapa lebih bersedia menghadapi rawatan tidak dijangka, pembedahan dan kos perubatan yang meningkat tanpa menjejaskan simpanan.

Ia adalah persediaan supaya apabila sesuatu berlaku, fokus kita hanya kepada kesihatan anak, bukan kepada kos rawatan.





29/06/2026

๐Ÿฑ ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—™๐—จ๐—Ÿ

1. Kenal Pasti Keperluan Sebenar

Jangan ambil pelan hanya kerana ikut orang lain. Setiap individu mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang berbeza.

Tanya diri sendiri:
Ada anak yang masih kecil?
Ada komitmen rumah atau kereta?
Adakah keluarga bergantung kepada pendapatan anda?
Ada simpanan kecemasan yang mencukupi?

Perlindungan yang baik bermula dengan memahami keperluan sendiri.

2. Pilih Pelan Yang Sesuai Dengan Kemampuan

Pelan yang murah tidak semestinya memenuhi keperluan anda, dan pelan yang mahal tidak semestinya pilihan terbaik.

Fokus kepada :
โœ…Kemampuan bayaran
โœ…Manfaat yang diperlukan
โœ…Perlindungan jangka panjang

3. Pastikan Jumlah Perlindungan Mencukupi

Ramai mempunyai takaful, tetapi jumlah perlindungannya terlalu rendah.

Takaful bukan sekadar untuk "ada", tetapi untuk memastikan keluarga mempunyai perlindungan kewangan yang mencukupi apabila diperlukan.

Contoh : Komitmen keluarga RM4,000 sebulan.
Jika berlaku sesuatu, adakah cukup pampasan yang ada untuk menampung keperluan keluarga?

4. Bezakan Perlindungan Dan Pelaburan

Tujuan utama takaful adalah untuk melindungi kewangan anda dan keluarga daripada risiko yang tidak dijangka.

Manakala pelaburan p**a bertujuan untuk mengembangkan nilai wang anda.

Kedua-duanya penting, tetapi mempunyai fungsi yang berbeza.

5. Semak Semula Pelan Secara Berkala

Keperluan hidup sentiasa berubah.

Perkahwinan, kelahiran anak, pembelian rumah atau peningkatan pendapatan boleh mempengaruhi keperluan perlindungan anda.

Lakukan semakan sekurang-kurangnya setahun sekali atau apabila berlaku perubahan besar dalam kehidupan.

Jangan hanya pastikan anda ada takaful. Pastikan perlindungan yang dimiliki benar-benar mencukupi untuk melindungi diri dan keluarga.

Bila melihat Medical Card adik client berusia 8 bulan ini berjaya digunakan untuk rawatan kemoterapi, saya benar-benar t...
23/06/2026

Bila melihat Medical Card adik client berusia 8 bulan ini berjaya digunakan untuk rawatan kemoterapi, saya benar-benar tersentuh.

Kadang-kadang sedih juga bila ada yang rasa mahu berhenti membayar polisi atau masih tidak nampak kepentingan perlindungan kesihatan. Ramai menganggap ia sebagai satu beban, sedangkan hakikatnya ia adalah pelaburan untuk diri sendiri dan keluarga.

Kita memang seronok membelanjakan wang untuk perkara yang kita s**a. Telefon baru, percutian, barang kehendak dan sebagainya. Tetapi bila kesihatan diuji, semua itu tidak lagi menjadi keutamaan.

Pada saat itulah kita akan bersyukur jika sudah mempunyai backup yang boleh membantu menanggung kos rawatan.

Kita tidak membeli Medical Card kerana menjangkakan akan sakit. Kita mengambilnya kerana kita tahu kos perubatan semakin mahal dan tiada siapa mampu meramal apa yang akan berlaku esok.

Semoga kisah ini membuka mata bahawa perlindungan bukanlah satu pembaziran, tetapi satu persediaan untuk menghadapi perkara yang tidak dijangka. โค๏ธ

Jika anda masih belum mempunyai Medical Card atau ingin semak semula perlindungan sedia ada, saya sedia membantu.




Address

Kota Kinabalu
88100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dfana - Travel and Life Planner posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dfana - Travel and Life Planner:

Shortcuts

Share