28/08/2026
Vitamin D bukan sekadar untuk menjaga tulang yang kuat...ia turut memainkan peranan penting dalam menyokong fungsi tubuh secara keseluruhan.
Dalam kehidupan seharian, kita mungkin tidak sedar bahawa kita kurang mendapat Vitamin D. Banyak menghabiskan masa di dalam rumah, kurang terdedah kepada cahaya matahari, pemakanan yang tidak seimbang, masalah kesihatan tertentu atau pengambilan sesetengah ubat boleh mempengaruhi tahap Vitamin D dalam badan.
Yang menariknya, kekurangan Vitamin D tidak semestinya menunjukkan tanda yang jelas pada peringkat awal. Rasa mudah letih, otot lemah atau sakit badan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Jadi, daripada membuat andaian, pemeriksaan darah boleh membantu mengetahui tahap Vitamin D dengan lebih tepat.
💡 Penjagaan kesihatan bermula dengan kesedaran.
Amalkan pemakanan seimbang, dapatkan cahaya matahari secara bersesuaian, kekal aktif dan dapatkan nasihat profesional kesihatan sekiranya anda bimbang tentang tahap Vitamin D anda.
📌 Jangan tunggu sehingga badan mula memberi “signal” baru kita mula mengambil berat.
Wellness Starts With We Care 💜
📍 We Care Pharmacy – Centre Point Sabah
Unit No. S19, Lower Ground Floor, Centre Point Sabah,
88000 Kota Kinabalu, Sabah
📞 088-486619
📲 WhatsApp: 016-2862431
🕙 10.30 AM – 7.30 PM | Setiap Hari