Kecantikan Wanita Sejati Confinement Lady Sabah

Kecantikan Wanita Sejati Confinement Lady Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kecantikan Wanita Sejati Confinement Lady Sabah, Health spa, Kota Kinabalu.

KECANTIKAN WANITA SEJATI
Sentuhan Tradisional, hasil luar biasa!Kami membantu dalam penjagaan wanita dari rawatan berpantang,ikhtiar kesuburan,hingga kecantikan dalaman & luaran.”Rahsia Kecantikan & Kesuburan Wanita Bermula Di Sini.”

28/05/2026

Dalam tempoh berpantang, rehat yang cukup, pemakanan yang baik dan emosi yang tenang sangat penting untuk pemulihan badan ibu..

-Elakkan makanan sejuk dan berangin
-Minum air secukupnya
-Rehat yang cukup
- Jaga badan & emosi dengan baik

Ibu yang sihat akan melahirkan keluarga yang bahagia 🫢🏻

Salam Aidil Adha penuh keberkatan Semoga setiap pengorbanan diterima Allah SWT,setiap doa diangkat dengan rahmat,dan set...
26/05/2026

Salam Aidil Adha penuh keberkatan
Semoga setiap pengorbanan diterima Allah SWT,
setiap doa diangkat dengan rahmat,
dan setiap langkah kehidupan dipenuhi kasih sayang serta kebahagiaan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha
Maaf Zahir & Batin daripada
Founder Kecantikan Wanita Sejati Confinement Care Sabah (Legacy) πŸ’–

22/05/2026

Menu berpantang di Kecantikan Wanita Sejati disediakan khas untuk membantu ibu pulih dengan lebih selesa selepas bersalin.

Hidangan dimasak segar setiap hari menggunakan resipi berkhasiat, dan sesuai untuk ibu menyusukan bayi. Setiap menu dirancang bagi membantu menambah tenaga, menjaga kesihatan dalaman dan menyokong proses pemulihan sepanjang tempoh berpantang. Dan menambah selera si ibu berpantang..

Masakan panas setiap hari
Menu sihat & seimbang
Resipi tradisional moden
Sesuai untuk ibu selepas bersalin
Bersih, sedap & menyelerakan

19/05/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua warga Kota Kinabalu

Berita baik buat ibu-ibu yang sedang mencari penjagaan berpantang yang selesa, lengkap dan penuh kasih di rumah anda…

Kini dibuka tempahan pakej penjagaan berpantang untuk 7, 14, 21, 30 & 44 hari bersama Kak Bidan

πŸ“Œ Tempahan sangat terhad hanya 4 slot sahaja setiap bulan bagi memastikan setiap ibu mendapat penjagaan yang terbaik dan lebih fokus.

🌺 Antara rawatan & servis yang disediakan:
πŸ’– Urutan berpantang tradisional
πŸ’– Rawatan sengkak rahim
πŸ’– Bertungku panas
πŸ’– Bertangas basah & kering
πŸ’– Lulur badan
πŸ’– Pilis & param
πŸ’– Mandian herba tradisional
πŸ’– Rawatan bertasak
πŸ’– Penjagaan bayi (mandi, urut & tungku bayi)
πŸ’– Rendaman Kuntum
πŸ’– Penyediaan makanan berpantang
πŸ’– Cucian pakaian ibu & bayi
πŸ’– Pengemasan bilik ibu

🌷 Selain penjagaan berpantang, Kak Bidan turut menyediakan rawatan kesuburan khas untuk wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.
Dengan izin Allah, ramai pelanggan telah berkongsi berita gembira selepas mendapatkan rawatan bersama kami 🀲🏻

Harga mesra & berpatutan
πŸ“² Untuk pertanyaan atau tempahan boleh terus Whatsapp:

Whatsapp Kak Bidan 0198729997

🌸 Kak Bidan
Kecantikan Wanita Sejati Beauty, Health & Confinement Care Sabah

πŸ“· Instagram:
Instagram Kecantikan Wanita Sejati






ClKotaKinabalu

15/05/2026

Terima kasih adik Nana kerana memilih pakej penjagaan berpantang bersama kami 🌷

Kami sangat menghargai setiap feedback positif yang diberikan. Sokongan dan kepuasan adik Nana menjadi semangat untuk kami terus memberikan yang terbaik buat semua ❀️

Semoga urusan adik dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, dan semoga si kecil membesar menjadi anak yang soleh/solehah, berjaya serta kaya dunia dan akhirat 🀲🏻

InsyaAllah kita bertemu lagi di sesi penutup pantang nanti..




15/05/2026

🌸 Selamat Hari Guru 🌸

Guru ibarat pelita yang menerangi jalan kehidupan,
mendidik dengan penuh sabar,
membimbing dengan kasih sayang,
dan membentuk generasi yang berilmu serta berakhlak mulia.

Terima kasih atas segala pengorbanan, keikhlasan dan jasa yang tidak ternilai.
Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal berpanjangan dan membawa keberkatan buat semua guru.

β€œJasa Guru Akan Sentiasa Dikenang”

Daripada Pengasas
Kecantikan Wanita Sejati

12/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah sesi penjagaan berpantang buat ibu cantik adik Aisyah

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada Kak Bidan & Team Kecantikan Wanita Sejati untuk menemani perjalanan berpantang ibu dengan penuh kasih sayang, keselesaan dan perhatian sepanjang tempoh ini

Setiap senyuman, setiap cerita dan setiap momen bersama menjadi kenangan yang sangat bermakna buat kami. Semoga ibu sentiasa dikurniakan tubuh yang sihat, emosi yang tenang serta dipermudahkan dalam membesarkan cahaya mata tercinta menjadi anak yang soleh, penyejuk hati dan kebanggaan keluarga

πŸ’š Full Confinement Package
βœ” Mandian & urutan bayi
βœ” Mandian herba wanita
βœ” Rendaman va**na & tangas
βœ” Penyediaan makanan berpantang harian
βœ” Urutan badan, belakang & perut (buang sengkak)
βœ” Tungku & rock ball massage
βœ” Rawatan daun periuk
βœ” Bengkung & penjagaan pantang lengkap

Semua rawatan dilakukan dengan selesa dan privasi di rumah anda

πŸ“ Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah
πŸ“² Tempahan WhatsApp:
Kak Bidan WasapοΏΌ
019-872 9997

Kami percaya setiap ibu berhak menerima penjagaan terbaik selepas bersalin
Gabungan rawatan tradisional dan moden membantu memulihkan kesihatan dalaman, luaran serta memberi ketenangan sepanjang tempoh berpantang.

Ikuti Instagram kami untuk melihat testimoni pelanggan & tips penjagaan wanita:
οΏΌ






KecantikanWanitaSejati

10/05/2026

🌷 Selamat Hari Ibu 🌷

β€œKasih seorang ibu tidak pernah meminta balasan…
namun cintanya sentiasa menjadi kekuatan dalam setiap langkah kehidupan.”

Terima kasih buat semua ibu yang sentiasa sabar mendidik,
ikhlas berkorban, dan tidak pernah berhenti mendoakan anak-anak.

Doa ibu adalah pelindung,
pelukan ibu adalah ketenangan,
dan senyuman ibu adalah kebahagiaan yang paling berharga.

Semoga semua ibu sentiasa diberikan kesihatan, kebahagiaan,
rezeki yang melimpah dan kasih sayang yang berpanjangan.

Daripada,
Farah Harlini
Founder Kecantikan Wanita Sejati 🌸


09/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah sesi penjagaan berpantang bersama Doctor Zainab dengan tempoh 7 jam setiap sesi.

Terima kasih yang tidak terhingga kerana memilih dan mempercayai Kak Bidan sepanjang perjalanan berpantang ini. Setiap kepercayaan yang diberikan amat bermakna buat kami, dan Kaka sangat menghargainya 😍

Sepanjang tempoh penjagaan ini, segala rawatan dilakukan dengan penuh kasih, kelembutan dan perhatian rapi bagi memastikan ibu dapat menjalani proses pemulihan dengan selesa, selamat dan tenang. Penjagaan yang diberikan menggabungkan rawatan tradisional bidan Melayu bersama pendekatan moden untuk membantu tubuh ibu kembali sihat secara menyeluruh. Dalam masa yang sama, penjagaan si kecil turut diberikan dengan penuh teliti dan berhati-hati.

Antara rawatan yang disediakan sepanjang sesi berpantang termasuk:

β€’ Mandian & urutan bayi
β€’ Mandian herba tradisional
β€’ Penyediaan makanan berpantang berkhasiat
β€’ Rendaman kuntum
β€’ Air herba periuk resipi tradisi
β€’ Urutan berpantang oleh bidan bertauliah (DKM & Lesen KKM)
β€’ Sengkak peranakan
β€’ Tungku tradisional
β€’ Tangas basah
β€’ Tangas aroma
β€’ Penutup pantang

Syukur Alhamdulillah, seluruh sesi penjagaan berjalan dengan baik dan lancar sepanjang tempoh berpantang..

Semoga Doctor Zainab sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta semoga si kecil membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan penyejuk hati keluarga.

Terima kasih sekali lagi kerana memilih perkhidmatan kami sebagai teman sepanjang tempoh berpantang ini.

Kecantikan Wanita Sejati Confinement Care Sabah
Penyedia penjagaan berpantang premium pilihan anda.







Kecantikan Wanita Sejati
Beauty, Health & Postnatal Care

πŸ“ Kota Kinabalu, Sabah
πŸ“ Berlesen Sah KKM

πŸ“² Tempahan & Pertanyaan
Kak Bidan WhatsApp

πŸ“ž Kak Bidan: 019-8729997
πŸ“Έ Instagram:

06/05/2026

Penjagaan Berpantang Bayi Kembar (Stay In)
42hari(6Minggu)

Tahniah buat ibu yang dikurniakan sepasang bayi kembar. Penjagaan bayi kembar memerlukan perhatian yang teliti, kesabaran serta sentuhan penuh kasih sayang bagi memastikan kedua-dua si kecil sentiasa berada dalam keadaan selesa, tenang dan terurus sepanjang tempoh berpantang.

Ribuan terima kasih kepada adik Dayang kerana mempercayai perkhidmatan kami sebagai pilihan penjagaan berpantang. Semoga anak kembar yang comel ini membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan akhirat.

InsyaAllah kita akan bertemu lagi pada sesi penutup pantang nanti. Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan yang diberikan kepada kami.




clsabah
pakejpantangbabytwinssabah

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pakej berpantang, boleh terus WhatsApp:
019-872 9997
https://Kakbidan.wasap.my
https://Kakbidan.wasap.my

Address

Kota Kinabalu
88200

Telephone

+60198729997

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kecantikan Wanita Sejati Confinement Lady Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kecantikan Wanita Sejati Confinement Lady Sabah:

Share

Category