29/09/2026
MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
Ada sahabat berikan keratan posting ini.... minta baca dan komen..
Mohd Ridhuan Tee Abdullah ni siapa ya? 🤔 Uncle kongsi sini utk sahabat-sahabat baca, nilai dan beri komen yg baik-baik... semoga boleh jadi pengajaran
--------
Uncle yg kurang ilmu... bila baca rasa lain macam.... setahu Uncle adab dan agama ajar bila ziarah kematian... datang lah dgn keinsafan seain tanda hormat kepada keluarga si mati. Antara adab menziarahi jenazah ialah menjaga tatasusila dan mengikut ajaran Islam apabila melawat keluarga yang menghadapi kematian.
Adab Semasa Menziarahi Jenazah
Berpakaian sopan:
Memakai pakaian yang menutup aurat dan bersesuaian dengan suasana duka.
Mengucapkan takziah:
Memberikan kata-kata semangat dan lembut kepada keluarga si mati agar mereka bersabar.
Mendoakan arwah:
Sedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah atau doa ringkas kebaikan untuk jenazah.
Tidak duduk terlalu lama:
Cukup sekadar ziarah dan memberi sokongan supaya tidak menyusahkan tuan rumah.
Membantu keluarga:
Ringankan beban waris dengan memberi bantuan tenaga, makanan, atau sumbangan jika mampu.
Menjaga lidah bicara & perbuatan:
Elakkan daripada meratap, bercakap sia-sia, atau membuka kisah lama yang boleh menambah kesedihan.
Jangan mengaibkan jenazah /Keluarga:
Jangan mencari salah orang apalagi mengaibkan sI mati atau keluarga sii mati atau sesiapa saja yang hadir.
PESAN UNCLE
Muhasabah diri, bersihkan HATI, belajarlah berdamai diri jangan terikut nafsu amarah, kebencian dan dendam. Paling penting sedar diri insaf bahawa kematian itu pasti dan mungkin esok giliran kita p**a.