29/06/2026
🌟 KISAH KEJAYAAN RAWATAN SCOLIOSIS
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun hadir ke klinik kami dengan Cobb's Angle 50° dan rib hump yang ketara.
Selepas 3 bulan menjalani rawatan konservatif:
✅ Pemakaian RIGO CONCEPT Scoliosis Brace secara konsisten (terutamanya waktu malam, selepas sekolah dan lebih lama pada hujung minggu).
✅ Latihan PSSE (Schroth Method) yang dipantau seminggu sekali.
📊 Hasil awal sangat memberangsangkan:
• Cobb's Angle 50° ➜ 16° (X-ray semasa memakai brace / in-brace)
• ATR Thoracic 25° ➜ 11°
• Postur badan semakin seimbang.
• Rib hump semakin berkurang.
Alhamdulillah, kejayaan ini adalah hasil kerjasama yang sangat baik antara anak, ibu bapa dan pasukan rawatan.
⚠️ Nota penting: Bacaan 16° adalah semasa memakai brace (in-brace). Pesakit akan meneruskan pemakaian brace dan latihan PSSE sebelum menjalani X-ray tanpa brace (out-of-brace) untuk menilai sejauh mana pembetulan dapat dikekalkan.
Setiap pesakit mempunyai keadaan yang berbeza. Keputusan rawatan bergantung kepada umur, tahap pertumbuhan, jenis lengkungan, fleksibiliti tulang belakang serta komitmen memakai brace dan melakukan senaman.
💙 Pengesanan awal dan rawatan yang betul boleh memberikan peluang yang lebih baik untuk mengawal perkembangan scoliosis.
📍 Suhailah Physiotherapy Centre
Sport Injury & Scoliosis Rehab Specialist