Dr Lynnora Majawit

Directions

Dr Lynnora Majawit Orthodontist🦷, HoD Klinik Pakar Ortodontik, Pusat Pakar Pergigian Sabah. 🏥.

NGO: 🦁Lions Club of KK City, Founding President for Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Pergigian Sabah (BUTIZA)🦷

Bengkel Synergy Ortodontik Untuk Pegawai Pergigian Peringkat Negeri Sabah  🦷✨📅 22 September 2026📍 Lintas Platinum HotelA...
23/09/2026

Bengkel Synergy Ortodontik Untuk Pegawai Pergigian Peringkat Negeri Sabah 🦷✨
📅 22 September 2026
📍 Lintas Platinum Hotel

Akhirnya… semua pakar ortodontik Sabah dan Labuan berkumpul dalam satu bilik! 😍🦷

Saya menyampaikan ceramah mengenai Interceptive Orthodontics — bila kita perlu intervensi awal, apa yang perlu diperhatikan dan bila masa yang sesuai untuk merujuk. 😉

Paling best ialah apabila rakan ortodontik Sabah Labuan berpeluang berkumpul bersama untuk pertama kalinya❤️

Gambar pertama, Left to right: Dr Jaclyn@Marilyn (KK), Dr Lorretha (KK), Dr Emily (Sandakan), Dr Chan (Tawau), Dr Lee (KK), Dr Boo (Labuan), Dr Koay (Keningau), saya (KK).


“Lynn, ko gila ka?”😲Awal 2011, beberapa orang kawan tanya saya. Bukan sebab dorang benci, tapi sebab dorang bimbang. Say...
19/09/2026

“Lynn, ko gila ka?”😲

Awal 2011, beberapa orang kawan tanya saya. Bukan sebab dorang benci, tapi sebab dorang bimbang.

Saya berumur 31 tahun dan sudah ada dua anak masa buat keputusan untuk sambung belajar menjadi pakar di Universiti Malaya. Sulung 1 tahun 11 bulan, anak kedua baru masuk 3 bulan.

Masa tu saya terlebih positif dan yakin😄 Tapi bila kenang semula, ya sebenarnya agak gila keputusan tu.😅

Semester pertama saya kena duduk exam BMS. (Physiology, biochemistry, anatomy and neuroanatomy, oral biology, Pharmacology, pathology, oral pathology& medicine, medical microbiology and dental materials). Study and cuba lulus dalam 6 bulan. Saya batch kedua utk exam format baru masa tu. Banyak saya sudah lupa dan kena belajar balik. Dan sejujurnya, itulah exam paling stress dan payah untuk saya.🥹

Saya tidak dapat bagi susu badan sepenuhnya kepada baby sebab stress memang 10/10. Berat badan saya naik, kesihatan pun terjejas bila tahap cortisol sentiasa tinggi. Setiap hari saya tidur average 4 jam (10 malam-2 pagi). Saya bangun dalam jam 2 pagi setiap hari untuk belajar, membuat kerja kursus dan persediaan untuk exam. Belajar sampai jam 5-6am dan kemudian memulakan harian saya sebagai ibu, isteri, pelajar. Setiap hari, untuk 4 tahun. Full time.

Gambar ini diambil dalam jam 3pagi. Saya sedang belajar tapi baby terbangun. Saya bagi susu dan cuba kasi tidur dia balik tapi dia aktif dan bawa main. Dalam gambar ni saya nampak happy tapi sebenarnya dalan hati ada konflik.🥹

Baby saya kena pneumonia 2 minggu sebelum exam BMS. Sejujurnya saya hampir give up semester pertama tu. Sangat sangat mencabar dan saya rasa gagal sebagai seorang ibu. Tapi syukur sokongan keluarga, kawan dan lecturers kuat dan suami push saya. “If you endure now, in the future you will look back with pride.You won’t regret this” Dan semestinya banyak doa yang diiringi air mata juga 😄

Lepas saja exam BMS tu, saya jalan terus dan tidak pandang belakang. Siap on time. Tiada repeat, tiada extend.

Sebagai manusia, kita berusaha dengan sebaik mungkin.
Yang selebihnya, saya serahkan kepada Tuhan.🙏🏼

Kenangan era tahun 2000-an. Kerja sukarela dengan MERCY Malaysia dan kerjasama Angkatan Tentera Laut Malaysia.(NAVY)🛥️⚓️...
12/09/2026

Kenangan era tahun 2000-an.
Kerja sukarela dengan MERCY Malaysia dan kerjasama Angkatan Tentera Laut Malaysia.(NAVY)🛥️⚓️

Rawatan gigi 🦷di pedalaman Sabah. Gambar ini sama ada di Pulau Mantanani/ Balambangan/ Banggi (Semua pulau kami pergi tapi tidak ingat gambar ini di pulau mana).

Pengalaman mahal mencabut gigi di pantai🏝️, bawah pokok kelapa. Pesisir pantai depan mata. Siap 'shoo, shoo' ayam- ayam 🐔yang berkeliaran di kaki lagi😂

Kenangan manis yang mengajar saya untuk sentiasa bersyukur.

Amare et Servire

📸 Adrian Lok

Klinik Pakar Ortodontik Kota Kinabalu.
11/09/2026

Klinik Pakar Ortodontik Kota Kinabalu.

Mama saya sangat penyayang. Dia bagi saya banyak benda, kasih sayang, bimbingan, dan tidak kurang juga sesi “Nahkan, apa...
11/09/2026

Mama saya sangat penyayang. Dia bagi saya banyak benda, kasih sayang, bimbingan, dan tidak kurang juga sesi “Nahkan, apa saya bilang…” 😂

Ini antara nasihat Mama yang saya ikut dan rasa amat penting untuk diturunkan kepada anak perempuan saya:

1. Berdikari dari segi kewangan. Cari duit halal, rancang kewangan, jangan boros.
2. Mesti pandai memandu.
3. Percaya dan mohonlah berkat daripada Tuhan selalu.
4. Dalam apa saja pekerjaan, buat yang terbaik. Selebihnya serahkan kepada Tuhan.

Her golden rule —
Orang yang paling kita boleh harapkan ialah diri sendiri. Jangan berharap pada yang lain kalau tidak sanggup kecewa.

Dan ternyata… Mama memang betul. As usual. 😜

Happy birthday my Queen supermom.🎂
Love you mummy❤️

06/09/2026

🎪 GREAT BRITISH CIRCUS — MOM REVIEW 🎪

📅31/8 – 27/9
📍Depan KDCA
🕔 5–7pm | 🕗 8–10pm

Mom’s verdict: anakx2 happy, mommy happy! 😂❤️

Parking senang — ✅
Aircond sejuk — ✅
Tandas awam ada — ✅
Anak-anak terhibur — ✅✅✅
Memori bersama — PRICELESS! 🥰

Kalau dapat… bawa anakx2 dan enjoy! 🎪✨

Kadang-kadang bukan tempat mahal yang anak-anak ingat, tapi masa yang kita luangkan bersama. ❤️

Mommy approved! 👍🏻

🌫️ Haze season… time to slow down. Bacaan AQI hari ini 165. Dijangka menghampiri 190 hujung minggu ini🥵Cuti sekolah, say...
01/09/2026

🌫️ Haze season… time to slow down. Bacaan AQI hari ini 165. Dijangka menghampiri 190 hujung minggu ini🥵

Cuti sekolah, saya pun ambil cuti rehat. Rancangan asal mau daytrip ke Tambunan, Tuaran, Kundasang… semua cancel. 😅 Duduk rumah saja.

Hari ini, kebanyakan masa air purifier di rumah pun asyik merah 🔴 — bekerja keras.

Jadi, jaga diri & keluarga ya ❤️
😷 Kurangkan aktiviti luar
💧 Minum air secukupnya
🏠 Tutup tingkap/pintu dan gunakan air purifier jika ada
😷 Pakai mask yang sesuai jika perlu keluar
👶👴 Lebihkan perhatian kepada anak-anak dan warga emas

Kadang-kadang stay home is the best holiday plan. 😌

Take care everyone. Semoga udara kembali bersih dan kita semua kekal sihat. 🙏🏼❤️

Address

Unit Ortodontik Pusat Pakar Pergigian
Kota Kinabalu
88300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Lynnora Majawit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share