Perubatan Tradisional Islam Al Karomah

Perubatan Tradisional Islam Al Karomah Berjuta-juta penyakit yang masih belum dapat dirawat, Insya Allah kami ada penawarnya dan ikhtiarnya
(1)

31/05/2026

Ikhtiar Penyembuhan Masalah Tulang Melalui Kalamullah

Ramai yang mengadu sakit sendi, sakit belakang, atau masalah tulang terutamanya bila usia meningkat. Selain rawatan moden, marilah kita amalkan ikhtiar melalui mukjizat Al-Quran.

Dalam Surah Yassin ayat 78-79, Allah SWT menegaskan kekuasaan-Nya menghidupkan semula tulang-belulang yang telah hancur. Keyakinan inilah yang kita bawa dalam doa untuk kesembuhan tulang kita.

Cara Amalan:

Letakkan tangan pada bahagian yang sakit.

Baca dengan penuh yakin Surah Yassin ayat 78-79.

Niatkan agar Allah memberikan kekuatan dan kesembuhan pada tulang tersebut.

Semoga bermanfaat! Kongsikan petua ini dengan ahli keluarga yang tersayang. ❤️




31/05/2026

MINYAK GOSOK AKINABALU – RAMUAN TRADISIONAL ASLI WARISAN LELUHUR

Bukan minyak biasa.Minyak Ini antara ikhtiar tradisi yang diramu dengan adab.

DIRUMUS DARIPADA RAMUAN PILIHAN TRADISIONAL:

Burung But-But (Tradisi Nusantara)

-Digunakan secara turun-temurun sebagai ikhtiar diri

-Membantu keseimbangan tenaga badan

-Digunakan untuk menyokong daya tahan & semangat

-Diamalkan secara beradab bersama doa mustajab

-Akar Jerangau Merah

-Memberi rasa hangat sederhana pada badan

-Membantu legakan lenguh, bisa & kebas (luaran)

-Digunakan untuk buang angin & sejuk badan

-Terkenal dalam perubatan Melayu untuk urat & otot

-Minyak Asas Semula Jadi

-Membantu ramuan meresap dengan baik

-Sesuai untuk sapuan & urutan ringan

-Tidak melekit, tidak terlalu panas

KEGUNAAN TRADISIONAL

✔ Lenguh badan & urat tegang
✔ Kebas & bisa
✔ Masuk angin & badan sejuk
✔ Rasa berat badan & letih bekerja

Digunakan sebagai ikhtiar, hasil ikut izin Allah.

KENAPA RAMAI CARI?

❌ Bukan minyak kilang
❌ Bukan ramuan kosong
✔ Ramuan ada asas tradisi
✔ Digunakan oleh orang lama, diuji zaman berzaman

HARGA PROMOSI: RM30 SAHAJA
HARGA AHLI : RM 25 SAHAJA

STOK TERHAD – bukan dibuat besar-besaran
Siapa CEPAT DIA DAPAT.

NAK ORDER?
DM SEKARANG
⁨012-794 8685⁩




31/05/2026
31/05/2026

Perubatan Tradisional Islam Al Karomah merupakan sebuah pusat rawatan Islam yang ditubuhkan pada tahun 2009,
berteraskan ilmu rawatan tradisional Melayu Islam, berpaksikan Al-Quran, Sunnah, doa, zikir dan ikhtiar yang sahih, serta dipandu oleh pengalaman lapangan yang luas dan beretika.

PENDEKATAN RAWATAN AL KAROMAH

Rawatan di Perubatan Tradisional Islam Al Karomah dilaksanakan secara menyeluruh (holistik), merangkumi:

• ✔️ Rawatan fizikal & kesihatan zahir
• ✔️ Gangguan emosi, tekanan perasaan & trauma
• ✔️ Masalah batin & spiritual
• ✔️ Gangguan dalaman, sihir, saka, mimpi buruk, resah berpanjangan
• ✔️ Masalah saraf, tenaga lemah, lesu, susah tidur
• ✔️ Ikhtiar pemulihan keseimbangan diri & kekuatan dalaman

Setiap rawatan dilaksanakan dengan adab, keizinan pesakit, niat yang jelas, serta tawakkal penuh kepada Allah SWT, tanpa unsur khurafat, syirik atau penyelewengan akidah.

TESTIMONI & KEPERCAYAAN MASYARAKAT

Sepanjang lebih 20 tahun Pengalaman beroperasi di lapangan

• 🌟 Membantu ribuan pesakit dari pelbagai latar belakang
• 🌟 Menerima banyak testimoni kejayaan rawatan hasil ikhtiar, doa dan keyakinan kepada Allah
• 🌟 Dipercayai oleh masyarakat awam, ahli profesional, pemimpin komuniti dan keluarga pesakit
• 🌟 Menjadi rujukan bagi mereka yang telah mencuba pelbagai kaedah lain tetapi masih belum menemui jalan penyelesaian

Dengan izin Allah SWT, Al Karomah turut:

• 🌍 Mendapat kepercayaan dan pengiktirafan dalam negara dan luar negara
• 🌍 Menjadi rujukan rawatan dan keilmuan kepada pesakit dari pelbagai negeri dan negara
• 🌍 Terlibat dalam pembangunan ilmu, latihan perawat dan dakwah kesedaran rawatan Islam yang beretika
• 🌍 Mempunyai rekod penglibatan bersama NGO, komuniti dan platform keilmuan

DOA USAHA TAWAKKAL

“Setiap penyakit ada penawarnya, melainkan mati.”

" Berjuta2 penyakit yang masih belum berjaya dirawat cubalah di PERWARIS ada Solusi ikhtiar penawarnya Insya Allah

Dan penawar serta penyembuhan itu, dengan izin Allah, boleh datang melalui jalan ilmu, adab, doa, dan usaha yang betul dan tepat serta ikhlas dan yakin juga sabar

CAWANGAN RASMI

Kini Perubatan Tradisional Islam Al Karomah beroperasi di 3 cawangan utama:

Bagi memastikan integriti dan kelangsungan rawatan, Al-Karomah beroperasi di bawah payung organisasi:

Pertubuhan Perwaris Perubatan Tradisional Islam Kebangsaan

Ini memastikan:

• Amalan rawatan beretika & tersusun
• Pemantauan operasi pusat rawatan
• Penjagaan nama baik rawatan Islam
• Perlindungan kepada pesakit & perawat

Untuk sebarang

📞 Tempahan & Pertanyaan: Klik Untuk WhatsApp

http://www.wasap.my/60127948685

Sila click link di bawah untuk lokasi Pusat Rawatan
Pertubuhan PERWARIS

https://linktr.ee/alkromah?utm_source=linktree_profile_share<sid=f2279e01-a7fd-4f40-910f-f45be9013f17

JOHOR

PERTUBUHAN PERWARIS PERUBATAN TRADISIONAL ISLAM KEBANGSAAN&
PUSAT RAWATAN TRADISIONAL AL KAROMAH
No 26 Jalan Pulai Perdana 12,
Taman Sri Pulai Perdana,
81300,Johor Bahru, Johor
012-794 8685
https://maps.app.goo.gl/dCgaqzmAN5MGXtJE7

SABAH

PERTUBUHAN PERWARIS PERUBATAN TRADISIONAL ISLAM KEBANGSAAN&
PUSAT RAWATAN TRADISIONAL AL KAROMAH
Blok F Tingkat, 1, No 5 Karamunsing Capital, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
088-487 278 / 012 7948685
https://g.co/kgs/RXeiKF

KUALA LUMPUR/ SELANGOR

PERTUBUHAN PERWARIS PERUBATAN TRADISIONAL ISLAM KEBANGSAAN&
Lot 1005, Jalan Besar Kuala Selangor,
Bt. 18, Kg. Merbau Sempak,
40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Bersama anda dalam perjuangan membantu umat –
Kerana perubatan adalah pintu, dan warisan adalah isinya.
“Kami bukan sekadar perawat – kami adalah pewaris.”

Perpaduan Kunci Kekuatan
Cintakan Kedamaian
Silaturrahim Itu Wajib






@

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha
1447H / 2026M

Dengan penuh rasa syukur dan tulus ikhlas, kami daripada Pertubuhan PERWARIS Perubatan Tradisional Islam Kebangsaan ,
Perguruan Seni Silat Gerak Kilat (IKASEKA)
Perubatan Tradisional Islam Al Karomah ,
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh ahli, perawat, pesilat, keluarga, serta umat Islam di mana sahaja anda berada.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
(Taqabbalallahu minna wa minkum)

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, ketenangan, dan mengukuhkan lagi ukhuwah sesama kita. Mari kita hayati erti pengorbanan yang sebenar dengan penuh keikhlasan.

Salam Aidiladha, Maaf Zahir & Batin
tulus ikhlas daripada
Pangeran Raden Hj Muhammad Zulfadhli bin Johari Al Haji serta seluruh kepimpinan Pertubuhan & Perguruan






#2026

25/05/2026

SALAM ARAFAH BUAT SEMUA AHLI PERWARIS GERAK KILAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat-sahabat semua.

Esok insyaAllah kita akan masuk Hari Arafah… antara hari yang paling besar dan penuh rahmat dalam Islam. Saya rasa rugi sangat kalau kita lepaskan begitu saja tanpa ambil peluang untuk dekatkan diri kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW sendiri menyebut tentang besarnya kelebihan puasa Arafah:

“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”

(HR Tirmizi – Hadis Sahih)

Kadang-kadang dalam perjalanan hidup dan perjuangan ni… kita terlalu sibuk dengan urusan dunia, kerja, keluarga, masalah manusia dan macam-macam ujian sampai hati jadi penat tanpa kita sedar.

Ada orang nampak kuat di luar… tapi dalam hati sebenarnya sedang letih.

Sebab itu saya selalu percaya… kekuatan sebenar seorang pejuang bukan hanya pada tenaga atau kata-kata, tapi pada hubungan dia dengan Allah SWT.

Hari Arafah ni bukan sekadar puasa tahan lapar dan dahaga. Ini hari untuk kita berhenti sekejap daripada kesibukan dunia… dan kembali melihat diri sendiri.

Minta ampun kepada Allah.
Lembutkan hati.
Buang ego.
Tenangkan jiwa.
Dan hidupkan semula roh perjuangan dalam diri.

Saya menyeru kepada seluruh ahli Pertubuhan Perwaris Perubatan Tradisional Islam Kebangsaan dan warga Gerak Kilat… kalau mampu, marilah sama-sama kita puasa esok.

Tak perlu fikir siapa kita, setinggi mana ilmu kita, lama mana kita dalam perjuangan… sebab di sisi Allah, semua tetap hamba yang perlukan rahmat dan keampunan-Nya.

Perbanyakkan:

* istighfar,
* selawat,
* zikir,
* baca Quran,
* dan doa sungguh-sungguh.

Doakan keluarga kita.
Doakan guru-guru kita.
Doakan sahabat seperjuangan kita.
Dan doakan supaya perjuangan yang kita bawa ini sentiasa dalam jagaan Allah SWT.

Kadang-kadang satu doa yang ikhlas pada hari yang mulia boleh mengubah seluruh perjalanan hidup seseorang.

Saya juga minta doakan saya sekali… semoga Allah terus beri kekuatan untuk memimpin, membimbing dan menjaga amanah perjuangan ini dengan sebaiknya.

Semoga Hari Arafah kali ini menjadi asbab ketenangan hati, pembukaan jalan hidup dan turunnya rahmat Allah kepada kita semua.

🤲 Allahumma taqabbal minna ya Karim.

Ikhlas daripada,

Pangeran Raden Hj Muhammad Zulfadhli Bin Johari Al Haj
Presiden Pertubuhan Perwaris Perubatan Tradisional Islam Kebangsaan
Dewan Perguruan Seni Silat Gerak Kilat



23/05/2026

Address

F-1-5, Blok F, Tingkat 1, No 5, Karamunsing Capital
Kota Kinabalu
88300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6088487278

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perubatan Tradisional Islam Al Karomah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perubatan Tradisional Islam Al Karomah:

Share