Tanjung Sedili

Tanjung Sedili Tanjung Sedili ialah sebuah kawasan di timur laut negeri Johor, Malaysia. Terletak di muara Sungai Selamat dating ke blog Tanjung Sedili. Md. Lazim Bin Md.

Tentang Tanjung Sedili Tanjung Sedili terletak 40km dari Bandar Kota Tinggi. Sebuah pekan yang kecil, tetapi mempunyai seribu satu keindahan dan cerita di sebaliknya. SEJARAH..Mengikut sumber yang diambil di sini Tanjung Sedili ialah sebuah kawasan di timur laut negeri Johor, Malaysia. Terletak di muara Sungai Sedili di pinggir Laut China Selatan, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kota Tinggi, ka

wasan ini dibahagikan kepada tiga kawasan utama, iaitu Tanjung Sedili, Sedili Besar dan Sedili Kecil. Kampung ini ialah tanah kelahiran Sasterawan Negara Allahyarham Dato Dr Usman Awang, serta Allahyarhamah Rosiah Chik, penyanyi lagu asli negara yang terkenal.Mengikut pendapat orang lama, asal-usul nama Tanjung Sedili yang dibuka pada tahun 1937 adalah sempena mengambil nama seorang penduduk awal iaitu Deli yang berasal dari Siam. Pada masa yang sama ada seorang Cina bernama Pongsai yang menetap dan menjadi peniaga di tempat tersebut. Suatu hari, Deli jatuh sakit dan penduduk bertanya sesama mereka yang berbunyi "Tak tengok si Deli ke?" dan akhirnya perkataan ini dikenali dengan Sedili. Pada masa itu, perkataan pelat Pongsai juga menyebabkan Kuala Sedili mendapat nama. Penghulu pertama pada masa itu ialah Wan Muda yang berasal dari Sungai Rengit berketurunan Mengkabal dan pada masa yang sama mereka adalah pelopor kepada kawasan Tanjung Sedili ini. Pengganti kepada Wan Muda ialah Penghulu Md. Akhir Bin Kahar yang dilantik oleh Sultan Johor dan kemudiannya digantikan dengan Penghulu Hj. Akhir disebabkan oleh keuzuran. Mengikut pendapat yang kedua pula, asal-usul nama Tanjung Sedili berasal daripada dua orang adik-beradik yang berasal dari Pahang iaitu Ali Besar dan Ali Kechil. Mengkikut cerita, kedua-dua mereka telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing. Ali Besar telah berpindah ke Sedili Besar dan Ali Kechil pula telah berpindah ke Sedili Kecil. Maka, disebabkan oleh adik-beradik inilah terciptanya nama Sedili Besar dan Sedili Kecil. Mengikut cerita orang tua-tua, pada asalnya kampung ini dinamakan Tanjung Lembu yang mana ia telah dibuka dan mula diterokai oleh beberapa orang yang tidak dikenali asal-usul mereka. Mereka menetap di bahagian tanjung dan menjalankan aktiviti penternakan lembu selain menjadi nelayan. Disebabkan ternakan lembu tersebut mula membiak dan terus bertambah bilangannya, maka mereka terus menetap dan menamakannya sebagai Tanjung Lembu. Ketua Kampung yang dilantik secara rasmi ialah Mohd Salleh Bin Mohamad dan digantikan oleh Syed Salim Bin Omar. Selepas tamat tempoh memegang jawatan tersebut beliau digantikan oleh Hj. Esa Bin Abdullah mulai tahun 80-an. Pada masa kepimpinan beliau, nama Tanjung Lembu telah ditukarkan kepada Tanjung Sedili secara rasminya. Bermula dari pertengahan tahun 90-an sehingga kini, Ketua Kampung Tanjung Sedili ialah Tuan Haji Ibrahim Bin Yahya.

17/04/2026
31/03/2026
11/02/2026
07/02/2026

Tujuh projek pembangunan bernilai RM1.5 juta telah dilaksanakan menerusi Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Pertahanan sebagai komitmen berterusan memperkasa kesejahteraan komuniti setempat.

Inisiatif ini mencerminkan usaha Kerajaan MADANI merapatkan jurang pembangunan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.




05/02/2026

Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Pertahanan terus membuktikan komitmen Kerajaan dalam memperkasa kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta dengan tambahan RM500 ribu daripada Kementerian Pertahanan bagi melaksanakan Program Kampung Angkat MADANI di Kampung Tuan Seh, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Inisiatif ini merangkumi pelbagai projek pembangunan dan kemasyarakatan yang memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, kemampanan dan kebajikan rakyat.




04/02/2026
04/02/2026

Inisiatif Pembangunan Utama Kampung Tuan Seh, Tanjung Sedili, Kota Tinggi dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti setempat menerusi penambahbaikan kemudahan awam dan prasarana kampung.

Antara inisiatif yang merangkumi pembangunan ini ialah pembinaan mercu tanda, pembinaan pagar masjid, pembinaan gelanggang futsal, naik taraf balai raya, baik pulih taska, baik pulih gelanggang bola tampar serta pemasangan lampu solar.

Komitmen ini mencerminkan kesungguhan dalam menyantuni rakyat serta memastikan kemudahan komuniti terus diperkasa secara berterusan.




03/02/2026

Kampung Tuan Seh, Tanjung Sedili menerima lonjakan pembangunan apabila menerima peruntukan dana keseluruhan berjumlah RM1.5 juta menerusi Program Kampung Angkat MADANI di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF).

02/02/2026

Address

Tanjung Sedili
Kota Tinggi
81910

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tanjung Sedili posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tanjung Sedili:

Share