Pejabat Kesihatan Daerah Dungun

Pejabat Kesihatan Daerah Dungun Page ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Dungun

🌿 PROGRAM BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) 2026 πŸŒΏπŸ’š Health Promotion in Learning Institutions (HePiLi) – Roadshow BM...
26/08/2026

🌿 PROGRAM BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) 2026 🌿
πŸ’š Health Promotion in Learning Institutions (HePiLi) – Roadshow BMSS@HePiLi πŸ’š

πŸ“ SK Padang Pulut, Dungun
πŸ“… 26 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang

Alhamdulillah, Roadshow BMSS@HePiLi peringkat daerah Dungun telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi! πŸŽ‰
Lebih istimewa pada kali ini, program ini turut digamatkan dengan kehadiran Trak Wellness on Wheels (WoW)! 🚚✨ Trak bergerak WoW ini menjadi tarikan utama dengan membawakan pameran kesihatan secara digital dan interaktif, penyampaian mesej gaya hidup sihat berkonsepkan edutainment, serta mendekatkan lagi kemudahan promosi kesihatan secara terus kepada warga sekolah.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan bagi mempromosikan amalan hidup sihat dalam kalangan anak-anak murid, antaranya:
πŸƒβ€β™‚οΈ Senam Sihat Aerobik bersama Instruktor PKD
❀️ Ceramah Kesihatan
🚚 Pameran Kesihatan Interaktif Bersama Trak WoW
🎯 Booth Permainan Pendidikan Kesihatan
🩺 Pemeriksaan Kesihatan
🦷 Pemeriksaan Pergigian
πŸŽͺ Pameran & Aktiviti Interaktif Kesihatan

Program ini menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan murid dan warga sekolah melalui pendekatan yang santai, interaktif dan menyeronokkan. πŸ’ͺ😊

Terima kasih kepada pihak SK Padang Pulut, krew Trak WoW, barisan fasilitator PKD Dungun serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha bersama ini dapat terus melahirkan generasi yang sihat, aktif dan sejahtera. πŸ’š

🌿 Sihat, Aktif dan Sejahtera Bersama 🌿









πŸ€–πŸŽ¨ BENGKEL ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) DAN APLIKASI CANVA BAGI PEMERKASAAN PROMOSI KESIHATAN DIGITAL ANGGOTA PKD DUNGUN...
26/08/2026

πŸ€–πŸŽ¨ BENGKEL ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) DAN APLIKASI CANVA BAGI PEMERKASAAN PROMOSI KESIHATAN DIGITAL ANGGOTA PKD DUNGUN TAHUN 2026

23 – 24 Ogos 2026 | UiTM Cawangan Terengganu

Telah berlangsung Bengkel Artificial Intelligence (AI) dan Aplikasi Canva bagi Pemerkasaan Promosi Kesihatan Digital Anggota Pejabat Kesihatan Daerah Dungun Tahun 2026 bertempat di Makmal Ibnu Sina & Ibnu Safar, Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu.

Bengkel yang melibatkan 48 orang peserta terdiri daripada anggota Pejabat Kesihatan Daerah Dungun dan Klinik Kesihatan ini bertujuan memberikan pendedahan serta kemahiran praktikal dalam penggunaan teknologi AI dan aplikasi digital bagi membantu memudahkan tugasan harian.

Antara pengisian yang diberi penekanan adalah penggunaan Artificial Intelligence (AI), Google Dashboard, Canva serta aplikasi AI berkaitan dalam membantu menghasilkan bahan promosi, dokumentasi dan kandungan digital dengan lebih cepat, kreatif dan berkesan. πŸ’»βœ¨

Diharapkan bengkel ini dapat meningkatkan kompetensi digital anggota serta membuka ruang kepada penggunaan AI secara lebih optimum dalam penyampaian maklumat dan pelaksanaan aktiviti promosi kesihatan.

Teknologi dimanfaatkan, kerja dipermudah, promosi kesihatan diperkasa! πŸ’š





BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) PENGAMBILAN SLAID MALARIA DAN FILARIASIS PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH DUNGUN TA...
24/08/2026

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) PENGAMBILAN SLAID MALARIA DAN FILARIASIS PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH DUNGUN TAHUN 2026

Tarikh: 24 Ogos 2026
Tempat: Dewan Ar-Rahman, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun
Jumlah Peserta: 47 orang

Pejabat Kesihatan Daerah Dungun telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (TOT) Pengambilan Slaid Malaria dan Filariasis Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Dungun Tahun 2026 yang melibatkan seramai 47 orang peserta terdiri daripada doktor,PPP, JK dan JTMP dari klinik-klinik kesihatan serta PKA, PA dan PKB di PKD Dungun.

Antara pengisian dan aktiviti bengkel:

Taklimat: Epidemiologi dan Pengurusan Kes Malaria dan Filariasis
Disampaikan oleh Dr. Ahmad Asri bin Ibrahim
Pegawai Kesihatan Vektor, PKD Dungun.

Teknik Penyediaan Smear Darah
Disampaikan oleh Pn. Sharifah Azira binti Tuan Baharu
Juruteknologi Makmal Perubatan U6, KK Kuala Dungun.

Latihan Amali Teknik Smear Darah
Peserta berpeluang mempraktikkan teknik penyediaan smear darah dengan bimbingan fasilitator bagi memastikan teknik pengambilan dan penyediaan slaid dilakukan dengan betul, kemas dan berkualiti.

PERTANDINGAN SLAID PALING CANTIK & KEMAS
Turut diadakan pertandingan Slaid Paling Cantik dan Kemas bagi mencetuskan semangat serta meningkatkan ketelitian peserta dalam menghasilkan slaid yang berkualiti untuk tujuan pemeriksaan dan diagnosis.

Bengkel ini bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran anggota kesihatan dalam pengambilan serta penyediaan slaid malaria dan filariasis, di samping meningkatkan kecekapan pengesanan kes di peringkat fasiliti kesihatan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta, penceramah, fasilitator serta urus setia atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan bengkel ini.



23 Ogos 2026Pejabat Kesihatan Daerah Dungun telah menjalani sesi audit bagi Penarafan Bintang Program Kesihatan Awam KKM...
23/08/2026

23 Ogos 2026

Pejabat Kesihatan Daerah Dungun telah menjalani sesi audit bagi Penarafan Bintang Program Kesihatan Awam KKM pada hari ini.
Audit telah dilakukan oleh Pasukan Auditor dari PKD Marang yang diketuai oleh Dr Arifah Najwa Norain bt Ahmad, Penyelaras Kualiti Daerah Marang bersama lima auditor lain yang pakar dalam bidang masing-masing.
Alhamdulillah, sesi berjalan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan audit ini.




Pemeriksaan Premis Makanan & Penyerahan Plak Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) di Pulau Tenggol, Dungun 🍽️✨23 Ogos...
23/08/2026

Pemeriksaan Premis Makanan & Penyerahan Plak Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) di Pulau Tenggol, Dungun 🍽️✨

23 Ogos 2026 l Satu program pemeriksaan premis makanan serta penyerahan plak pengiktirafan BeSS telah dijalankan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan di premis pelancongan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Program ini melibatkan sepasukan anggota yang terdiri daripada para pegawai dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (UKKM) PKD Dungun.

Penyerahan plak Pengiktirafan BeSS telah disempurnakan oleh Puan Zaini binti Ab Rahman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan), JKN Terengganu.

Penerima Plak Pengiktirafan BeSS:
🏝️ The One Tenggol Island Resort
🏝️ Tenggol Coral Beach Resort

Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan resort atas komitmen yang sangat tinggi dalam memastikan premis menyediakan makanan yang bersih dan selamat untuk para pengunjung. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada pengusaha premis makanan yang lain!




🌿🦟 AYUH GEMPUR AEDES & 1 HOUR MALAYSIA CLEAN UP 🧹🌿Kampung Paya, Balai Besar | 22 Ogos 2026Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)...
22/08/2026

🌿🦟 AYUH GEMPUR AEDES & 1 HOUR MALAYSIA CLEAN UP 🧹🌿

Kampung Paya, Balai Besar | 22 Ogos 2026

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Dungun melalui Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor dan Unit Pendidikan Kesihatan telah melaksanakan aktiviti Ayuh Gempur Aedes & 1 Hour Malaysia Clean Up bertempat di Lokaliti Kg. Paya, Balai Besar pada hari ini.

πŸ“… Tarikh: 22 Ogos 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengahari
πŸ“ Lokaliti: Kg. Paya, Balai Besar

Aktiviti ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti dalam pencegahan pembiakan nyamuk Aedes, di samping mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan bebas daripada tempat pembiakan Aedes.

Antara agensi yang terlibat ialah:

🀝 Pejabat Kesihatan Daerah Dungun

- Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor
- Unit Pendidikan Kesihatan

🀝 Majlis Perbandaran Daerah Dungun

🀝 JPKK Kg. Paya, Balai Besar

Kerjasama erat antara agensi dan komuniti amat penting dalam memastikan usaha membanteras denggi dapat dilaksanakan secara berterusan.

πŸ’š Jangan beri peluang kepada Aedes!

πŸ”Ž Cari dan musnahkan tempat pembiakan Aedes di sekitar rumah dan persekitaran setiap minggu.

🦟 Tiada Aedes, Tiada Denggi!
🌿 Bersih Kawasan, Sihat Komuniti!








21/08/2026

PHARMACY INTEGRATED COMMUNITY CARE (PICC) SESI 4/2026 DI FELDA JERANGAU, DAERAH DUNGUN

20 Ogos 2026 (Khamis)
Program Pharmacy Integrated Community Care (PICC) Daerah Dungun untuk sesi terakhir iaitu sesi 4, tahun 2026 komuniti di Felda Jerangau telah dilaksanakan pada hari ini. Program bermula pada pukul 8.30 pagi di Masjid Muhajirin, Felda Jerangau. Seramai 13 peserta telah hadir ke program ini.

Program ini dikendalikan oleh 19 anggota kesihatan yang terdiri dari Unit NCD Klinik Kesihatan Jerangau, anggota farmasi termasuk Duta Kenali Ubat Anda, Jurupulih Perubatan Fisioterapi dari Klinik Kesihatan Ketengah Jaya.

Untuk Sesi 4: Komplikasi Penyakit Kencing Manis, program dimulakan dengan saringan kesihatan pesakit, diikuti dengan penyampaian modul oleh Dr Ahmad Fahmi, Pegawai Perubatan KK Jerangau.

Selepas itu, program diteruskan dengan aktiviti Diabet Quest, iaitu peserta perlu melengkapkan empat checkpoint yang merangkumi segala sesi pembelajaran sebelum ini. Para peserta memberi respon yang positif ketika sesi pembelajaran diadakan.

Program diteruskan dengan aktiviti lawatan ke sebuah rumah peserta PICC bersama Duta KUA PKDD untuk memastikan pengurusan ubat-ubatan yang betul dan selamat.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program PICC pada sesi ini terutamanya ahli jawatankuasa Masjid Muhajirin Felda Jerangau. Diharap semua peserta berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan.



🀰 HAMIL DENGAN PENYAKIT KRONIK? RANCANGLAH SEBELUM TERLAMBAT! πŸ’™Tahukah anda? Wanita yang menghidap penyakit kronik seper...
20/08/2026

🀰 HAMIL DENGAN PENYAKIT KRONIK? RANCANGLAH SEBELUM TERLAMBAT! πŸ’™

Tahukah anda? Wanita yang menghidap penyakit kronik seperti Diabetes (kencing manis), Hipertensi dan Asma memerlukan persediaan yang rapi sebelum merancang kehamilan.

πŸ“Š Berdasarkan data audit, 75% pesakit Diabetes yang diaudit tidak mencapai sasaran HbA1c

πŸ“’ PENDIDIKAN KESIHATAN: KEPENTINGAN VAKSIN HPV DALAM KALANGAN REMAJA πŸ’œTahukah anda? Jangkitan HPV (Human Papillomavirus)...
20/08/2026

πŸ“’ PENDIDIKAN KESIHATAN: KEPENTINGAN VAKSIN HPV DALAM KALANGAN REMAJA πŸ’œ

Tahukah anda? Jangkitan HPV (Human Papillomavirus) merupakan antara jangkitan virus yang biasa berlaku dan boleh menyebabkan beberapa jenis kanser, termasuk kanser serviks.

πŸ’‰ Vaksin HPV membantu memberikan perlindungan daripada jangkitan HPV dan kanser berkaitan HPV. Perlindungan adalah lebih optimum apabila vaksin diberikan sebelum terdedah kepada jangkitan HPV.

πŸ‘§ Siapa yang disarankan?
Remaja perempuan yang belum melakukan aktiviti seksual.

✨ Vaksin HPV adalah selamat dan berkesan serta merupakan salah satu langkah penting dalam pencegahan kanser.

❀️ Lindungi diri, lindungi masa depan.
Dapatkan maklumat lanjut daripada fasiliti kesihatan atau Unit Kesihatan Sekolah PKD Dungun.






Aktiviti Kesedaran Denggi & Malaria serta Saringan MBS di Pejabat Tapak Tekad Warisan Sdn. Bhd.AKTIVITI KESEDARAN DENGGI...
20/08/2026

Aktiviti Kesedaran Denggi & Malaria serta Saringan MBS di Pejabat Tapak Tekad Warisan Sdn. Bhd.

AKTIVITI KESEDARAN DENGGI & MALARIA SERTA SARINGAN MBS DI PEJABAT TAPAK TEKAD WARISAN Sdn Bhd

Unit Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Dungun telah memenuhi jemputan daripada Tekad Warisan (M) Sdn. Bhd. bagi menjayakan program Gotong-Royong Cegah Denggi di Tapak Bina.

Tarikh: 20 Ogos 2026 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi – 10.00 pagi
Tempat: Pejabat Tapak Tekad Warisan Sdn. Bhd.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:

Taklimat Denggi & Malaria
Disampaikan oleh Dr. Ahmad Asri bin Ibrahim, Pegawai Kesihatan Vektor, PKD Dungun, yang memberi penerangan berkaitan pencegahan, tanda-tanda penyakit serta kepentingan mendapatkan rawatan dan pemeriksaan awal.

Saringan MBS (Malaria Blood Survey) Warga Asing
Saringan darah turut dijalankan sebagai langkah pengesanan awal malaria dalam kalangan warga asing yang bekerja di tapak berkenaan.

Pameran Malaria
Pameran berkaitan malaria turut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pekerja mengenai penyakit malaria serta langkah-langkah pencegahannya.

Gotong-royong
Aktiviti gotong-royong turut dilaksanakan bagi memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.

Program turut dihadiri oleh wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Ketengah yang bersama-sama menjayakan aktiviti sepanjang program berlangsung.

Terima kasih diucapkan kepada Tekad Warisan (M) Sdn. Bhd. atas jemputan dan kerjasama yang diberikan dalam usaha memperkukuhkan pencegahan serta kawalan penyakit bawaan vektor di tempat kerja.




Address

Dungun District Health Office
Kuala Dungun
2300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098422101

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share