Dr. Mustafa Shah

Dr. Mustafa Shah simple, senang runding

Selamat Hari Kebangsaan ke-69Semoga Malaysia terus aman, maju dan sentiasa bersatu.Bersama kita hargai erti kemerdekaan ...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69

Semoga Malaysia terus aman, maju dan sentiasa bersatu.

Bersama kita hargai erti kemerdekaan dan cintai tanah air kita.

25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H

Bukan sekadar memperingati kelahiran Baginda, tetapi mengingatkan diri kita untuk terus mencontohi akhlak, kasih sayang dan sunnah Rasulullah SAW.

Perbanyakkan selawat. Hidupkan sunnah. Perbaiki akhlak.

Semoga kita tergolong dalam kalangan umat yang mendapat syafaat Baginda.

In Shaa Allah.

Baju rasmi Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Kuala Kangsar... Design kemas, smart dan sedap mata memandang.Jom kita sama-s...
20/08/2026

Baju rasmi Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Kuala Kangsar...

Design kemas, smart dan sedap mata memandang.

Jom kita sama-sama meriahkan Jentera Pilihanraya PAS Kuala Kangsar.


Hidup ni macam ride motosikal..Tak semua jalan lurus, tak selalu cuaca cerah.. teruskan perjalanan dan jangan berhenti m...
06/08/2026

Hidup ni macam ride motosikal..

Tak semua jalan lurus, tak selalu cuaca cerah.. teruskan perjalanan dan jangan berhenti mengejar impian... yang penting adalah keredhaan-Nya...

Alhamdulillah, sempat ziarah sahabat kat hospital. Moga cepat sembuh dan kembali bersemangat macam biasa!
04/08/2026

Alhamdulillah, sempat ziarah sahabat kat hospital. Moga cepat sembuh dan kembali bersemangat macam biasa!

26/07/2026

"Nogori Beradat, Kito Sepakat"

Bersama kita eratkan silaturahim, kukuhkan perpaduan, dan satukan ummah.

Alhamdulillah...Hari ini selesai satu lagi fasa penting dalam perjalanan akademik apabila sesi viva-voce bagi penyelidik...
24/07/2026

Alhamdulillah...

Hari ini selesai satu lagi fasa penting dalam perjalanan akademik apabila sesi viva-voce bagi penyelidikan bertajuk:

"Big Data Analytics Capability and Marketing Decision Making: A Multiple Case Study of Digital-Intensive Organizations in Malaysia"

berjalan dengan lancar (Passed with Corrections).

Setinggi-tinggi penghargaan kepada panel penilai atas segala pandangan dan cadangan yang membina.

Terima kasih juga kepada penyelia, keluarga, rakan-rakan dan semua yang sentiasa memberikan doa, sokongan serta semangat sepanjang perjalanan ini.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan usaha yang dicurahkan menjadi manfaat kepada masyarakat serta dipermudahkan urusan untuk langkah seterusnya.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.

TINDAKAN DAP menggunakan gimik nombor “8123” dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mengundang kritikan ...
22/07/2026

TINDAKAN DAP menggunakan gimik nombor “8123” dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mengundang kritikan apabila didakwa menggalakkan budaya perjudian dan mempermainkan proses demokrasi.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Kuala Kangsar, Mustafa Shah Abdul Hamid, mendakwa gimik tersebut bukan sahaja mencetuskan kekeliruan, malah menyebabkan nombor berkenaan menjadi tumpuan sehingga dilaporkan habis dijual di premis nombor ramalan.

Menurut beliau, pilihan raya sepatutnya menjadi medan membentangkan dasar dan penyelesaian kepada isu rakyat, bukannya dijadikan pentas untuk mencipta sensasi menerusi strategi pemasaran yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

“DAP didakwa lebih mengutamakan gimik untuk meraih perhatian berbanding memberi penjelasan mengenai tawaran kepada pengundi.

“Rakyat ketika ini berdepan tekanan kos sara hidup, namun kempen yang dijalankan dilihat lebih menjurus kepada permainan persepsi dan sensasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mustafa Shah turut mendakwa pendekatan tersebut seolah-olah menormalisasikan budaya perjudian serta tidak menghormati kematangan pengundi dalam membuat pilihan pada PRN.

Sehubungan itu, beliau menggesa DAP memberikan penjelasan dan memohon maaf kepada orang ramai sekiranya kempen berkenaan telah menimbulkan salah faham atau menggalakkan budaya yang tidak sihat.

Beliau juga menggesa semua parti politik supaya menjalankan kempen secara berhemah dengan memberi tumpuan kepada isu-isu yang benar-benar memberi kesan kepada kehidupan rakyat, termasuk kos sara hidup, peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi.-

https://malaysiapost.com.my/2026/07/22/dap-didakwa-normalisasi-budaya-judi-menerusi-gimik-nombor-8123/?fbclid=IwdGRzaATNrlljbGNrBM2uU2V4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHojDCKydJMhD-BDVEKNgZbZHmNFhVq3makBcwRR4vWZTcbOTaHrTqQXRSIoP_aem_apcybQQQuvYqwMlSu6GbFQ&sfnsn=wa

TINDAKAN DAP menggunakan gimik nombor “8123” dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mengundang kritikan apabila didakwa menggalakkan budaya perjudian dan mempermainkan proses demokrasi. Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Kuala Kangsar, Mustafa Shah Abdul Hamid, mendakwa gimik terse...

GIMIK NOMBOR 8123: DAP PERBODOH RAKYAT, SUBURKAN BUDAYA JUDI!​Tindakan DAP menyiarkan iklan misteri "8123" adalah kemunc...
22/07/2026

GIMIK NOMBOR 8123: DAP PERBODOH RAKYAT, SUBURKAN BUDAYA JUDI!

​Tindakan DAP menyiarkan iklan misteri "8123" adalah kemuncak politik murahan yang amat memalukan. Pilihan Raya Negeri adalah urusan serius menentukan nasib rakyat, bukannya pentas permainan teka-teki judi atau gimik clickbait tidak bertanggungjawab!

​Iklan tak bermoral ini terbukti mengheret masyarakat ke kancah perjudian sehingga nombor tersebut sold out di kedai ekor. Adakah DAP begitu terdesak hingga sanggup menyuburkan budaya nombor ekor demi melariskan kempen politik mereka?

​Rakyat sedang tertekan dengan kos sara hidup, tetapi pimpinan DAP gilakan perhatian media dengan taktik memperbodohkan pengundi. Ini bukti jelas DAP langsung tidak menghormati intelek rakyat dan terang-terangan meremehkan proses demokrasi.

​Hentikan politik 'main tikam' ini serta-merta! Kami mendesak DAP memohon maaf secara terbuka kerana menjadikan pilihan raya seperti premis pertaruhan dan mula fokus kepada masalah sebenar rakyat!

​MUSTAFA SHAH ABDUL HAMID
Pengerusi
MN Kuala Kangsar
22 Julai 2026

Address

Kuala Kangsar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr. Mustafa Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share