03/08/2026
HIDUPKU SIMPLE. AKU TAKKAN SESEKALI MENUNTUT HARTA KEKAYAAN AKU (BAIK SEBAGAI PEWARIS HARTA BAPAKU MAHUPUN HARYA ARWAH BONDAKU) KERANA DAKU TELAH LAMA PISAHKAN HARTA DUNIA INI DARI RASA CINTAKU.
ADA PESAKIT. Boleh jadi pesakit datang dari tiga golongan..golongan pertama dari kalangan asnaf (bila daku dapati dia dr kalangan ahli solat) aku boleh wakafkan diri aku khidmat percuma dan berkongsi rezeki Allah mana ada dengan mereka..
Dengan pesanan guruku, "sediakan sejuzuk dari hasil merawat kepada golongan tersebut.."
DAN AKU BAHAGIA MISKIN HARTA, KAYA JIWAKU DENGAN ILMU GURUKU
GOLONGAN yang kedua, adalah dari golongan yang bukan asnaf (ahli solat), guruku menyuruh daku mengambil upah, betulkan nawaitu kerana Allah, kami tiada bersedekah kepada yang kaya, kami juga tak boleh terlebih dahulu memikir tentang keperluan wang di dunia mengatasi berfikir tentang matlamat pahala di akhirat kami..jadi kami mengambil sedikit dari yang kaya tanpa menjual agama ini demi habuan dunia..tiada pada kami istilah keikhlasan diukur pada poket manusia semata-mata.
Izzah 'Ustaz" jadi hina bila tangan ini berada di bawah meminta-minta dari manusia. apalagi bila ada yang membayar sesuka hati dengan lafaz "sedekah buat Ustaz".
MULIAKANLAH IZZAH AHLI ILMU
~bukan daku, daku tak ada ilmu..semuanya adalah ilmu dinaqal daripada Para Guruku~
BELUM PERNAH kita dengan orang pergi rawatan doktor mana-mana klinik, seumpamanya yang sudah ditetapkan bayaran demi kelangsungan operasi, masa nak membayar, pelanggan berkata,
'ini saya bagi sedekah kat doktor ya'..
Rawatan Islam bukan rawatan alopati, bukan rawatan alternatif, bukan juga rawatan tradisional. Pengubatan Islam bersifat pelengkap atau disebut komplementari.
BAYARAN BUKAN SYARAT BAGI RAWATAN. ILMU PENGUBATAN ISLAM BUKANLAH BARANG DAGANG YANG BOLEH DIJUALBELI
Sebelum perawat nak merasa berhak untuk mengambil upah, terlebih dahulu kena pastikan APAKAH GURUMU YANG MENGAJARKANMU membenarkan upah ke atas ilmunya yang dicurahkan?!
dan jangan sampai KEMEWAHANmu jadi pemisah antara caramu menguruskan dunia dengan cara GURUMU menguruskan dunianya!
Bagi mengelak pelanggaran pada larangan mengambil harta secara batil (buka Surah al-Baqarah 188), maka perawat wajib memberitahu dengan jelas tentang bayaran kos rawatan demi kelangsungan operasi tanpa ada unsur sembunyi gharar, hidden cost, add on fee dan sebagainya yang menganiaya dan menzalimi.
Cara hidup Islam ini tiada menzalimi mana-mana pihak.
Sebelum merawat lagi, perlu dijelaskan dan dipersetuju, dengan jelas on paper borang keizinan merawat, barulah kami merawat pesakit.
BILA DIDATANGI PESAKIT KALANGAN PENINGGAL SOLAT FARDHU SEMASA SIHAT
ADA juga satu golongan yang kami hanya adakan sesi kembali hati kepada Allah.. itulah golongan pesakit yang semasa sihatnya dia sengaja tinggalkan solat fardhu. kami mohon bersegera laksana solat taubat kepada Allah terlebih dahulu. Berapapun bayaran ditawarkan, kami tak berhak itu ke tahap merawat tanpa benar² mengutamakan
'SOLAT DIDIRIKAN, SYIFA DIHULURKAN' kerana
ini bukan soal letak harga, ini soal ubudiyyah kita semua kepada Allah.
KAMI HANYA PERUQYAH, ALLAH ADALAH PENYEMBUH
PERUQYAH hanyalah manusia kerdil biasa bahkan kami lebih berhajat kepada pengampunan Allah berbanding siapapun. Jadi kita semua lebih berharap kepada rahmat Allah berbanding amalan kita sendiri yang penuh lupa Allah dan kesalahan (salahguna khazanah nikmat milik Allah).
Setakat ini, dari awal daku berkhidmat merawat dengan ilmu Guruku (2010) kami takkan mengambil sesen pun wang dari golongan asnaf, kami juga tiada mengumpul hasil rawatan untuk berkaya bersenang, cukuplah nikmat itu berada di tangan mengisi keperluan bayar sewa premis dan lain2..
dan alhamdulillah premis ini disewa dengan owner bangunan lot milik Dato' R..dari awal ana maklum nak buka Pusat Rawatan, beliau yang juga Pengerusi Masjid Jemaah Kuala Ketil, banyak membantu, staf beliau bantu ana urusan perlesenan Majlis Daerah Baling.
Lot kami mohon dah siap review lot masa lebih kurang 10 tahun++ dulu, dengan berbekal duit sendiri kami laki bini yakin dengan Allah dari berkat Guru kami yang menamakan Pusat Rawatan ini dengan nama "al-Bashiroh", kami hanya mampu sewa 3+1 dengan segala kos naik signboard recyle balik signboard lama, kami decide nak hat paling murah, yang pentingnya dapat berkhidmat dengan ilmu Guruku.
ALLAH BUKAKAN HATI HAMBANYA
Tau² Dato R suruh pembantunya sediakan lot paling baik, akhirnya daku menolak dengan ambil pertengahan, kami tak ambil yang bawah lot tepi, kami tetap mik lot tepi, tapi biarlah sebelah atas, padan dengam pakaian kami..selebihnya niat Dato R nak bagi terbaik itulah terbaik kerana terbaik adalah pertengahan..alhamdulillah katanya nak sama² menumpang berkat Ustaz. Sewaan premis Pusat Rawatan dah lebih 10tahun, kami penyewa mula² sekali kat Kawasan Industri Taman Bestari Kuala Ketil ini, bulan lepas baru dinaikkan baru rm90..semalam sign agrement, staf p**a bagitahu, Dato R langsung tak kesah bab bayaran, dia seronok Ustaz ada sini..maka daku signla agrement sewa untuk 3 tahun lagi dengan sewa yang nak tergelak kenaikan RM90 setelah lebih 10 tahun sewa tak naik sekupang. Allah jua mampu membalasnya.
Adakah owner tak ikhlas kenakan sewa ke atas Pusat Rawatan? Sudah pasti ikhlas itu bukan diukur pada poket menerima dan menolak..tapi ia ibarat seekor semut hitam berjalan di atas batu yang hitam di malam gelap gelita tanpa sebarang cahaya. Dia lah Khobir, amat jelas bagi Allah apa saja batin kita dalam dada kita sebagaimana hal yang zahir terlihat.
Daku merawat 2010 hingga 2018, daku sami'na wa ato'na terus merawat tanpa peduli bab upah, kadang gi merawat balik kami laki bini kelam kabut cari duit syiling nak lepas tol, kadang terpaksa tebalkan muka isi form hutang dengan tol nak balik..
LEPAS 8 TAHUN MERAWAT TANPA AMBIL UPAH, BARULAH GURUKU MEMBUKA MULUT TENTANG UPAH
2018 baru Guruku buka mulut cakap bab upah dan Guruku tahu bagaimana sikap ku terhadap dunia ini..
alhamdulillah Guruku mengajarkan daku, ikhlas itu urusan mu dengan Allah. Alamat bagi ikhlas itu wajib kamu ingat supaya senang kamu untuk sampai pada ikhlas,
1) sama pujian atau hinaan. maka tiada membekas padamu, samada dipuji atau dihina tetaplah teruskan perjalananmu menuju Jannatul Firdausil 'Ala...
2) kamu lupa untuk melihat pada amalan kebaikanmu terhadap siapapun dengan timbunan amalan² kebaikan yang diusahakan setiap saat KERANA ALLAH SWT.
3) meminta balasan pahala di sisi Allah bukan meminta habuan wang di sisi makhluk
....
Ada pesakit tanya kenapa dah lama Pusat Rawatan Islam Al-Bashiroh Kedah tapi kami cari tiada pun live merawat, video merawat..daku senyum,
dan daku menjawab dengan adab diajar Guruku,
"itulah kami ni signboard pun lusuh tak bertukar. kami tak jadikan aib pesakit kami bahan konten bertujuan marketing atau publisiti. Cukupla dengan apa Allah telah beri dari redha Guru. bila Allah sibukkan kami dengan pesakit, Allah beli sekejap diri kami sekejap diri kami untuk agama Allah..bila Allah lapangkan kami dari merawat, Allah beri kami lazat mengulang hafazan Quran dan mengajarkannya. alhamdulillah"
Alhamdulillah