20/03/2026
Ada juga Gini eh
Seorang pengguna diaplikasi Threads yang dikenali sebagai Amirjie menarik perhatian netizen kerana menawarkan perkhidmatan menghantar perantau balik beraya sehingga depan rumah.
Utk hantar pulang beraya ke Kelantan, brader ini caj RM1200. Bukan Kelantan saja, dia hantar perantau balik beraya ke seluruh negeri hingga sejauh Singapore.
Mengulas lanjut, dia menyediakan perkhidmatan tersebut kerana menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur dan bercuti awal serta hobinya memandu serta melancong ke seluruh Malaysia.
Sumber: Kosmo Online