Pejabat Kesihatan Daerah Lipis

Pejabat Kesihatan Daerah Lipis Menyalurkan maklumat dan info2 berkaitan kesihatan serta isu2 semasa berkaitan kesihatan.

โค๏ธ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ž๐—— ๐—Ÿ๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž ๐——๐—˜๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—›๐—”...
12/06/2026

โค๏ธ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ž๐—— ๐—Ÿ๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž ๐——๐—˜๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—”๐—ก๐—ฃ๐—” ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโค๏ธ

๐Ÿ“… Tarikh: ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐˜)
๐Ÿ“ Tempat: ๐—ž๐—น๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐——๐—ฒ๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ, ๐—Ÿ๐—ถ๐—ฝ๐—ถ๐˜€

Perhimpunan Bulanan PKD Lipis bagi bulan Jun 2026 telah diadakan dengan jayanya bersama Majlis Kesyukuran sempena pengoperasian bangunan baharu Klinik Desa Kuala Lanar. Program ini turut disambut bersempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2026 bagi meningkatkan kesedaran warga kerja dan masyarakat tentang bahaya penggunaan produk tembakau serta kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.

Majlis ini menjadi simbol kesyukuran atas kemudahan baharu yang disediakan serta komitmen berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Semoga Klinik Desa Kuala Lanar yang baharu ini dapat terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap, selesa dan mesra pelanggan demi kesejahteraan komuniti setempat.

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ’ช ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—  & ๐—™๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ“… Tarikh: ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ...
11/06/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ’ช ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—  & ๐—™๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ“… Tarikh: ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚)
๐Ÿ“ Tempat: ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—š๐˜‚๐—ฎ, ๐—Ÿ๐—ถ๐—ฝ๐—ถ๐˜€

Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Lipis Bil. 2/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bagi memupuk amalan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan warga kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa, urus setia serta para peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan warga kerja yang lebih sihat, cergas dan produktif.

๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ’š

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—ก๐—จ๐—› ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ (๐— ๐—ฌ๐—ฆ๐—”๐—ฉ๐—˜) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ฆTarikh: ๐Ÿฑ/๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒTempat: ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—›๐—ผ...
08/06/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—ก๐—จ๐—› ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ (๐— ๐—ฌ๐—ฆ๐—”๐—ฉ๐—˜) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ

Tarikh: ๐Ÿฑ/๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
Tempat: ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—›๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ถ๐—ฝ๐—ถ๐˜€

Bunuh diri boleh dicegah.

Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengenal pasti tanda amaran, memberikan sokongan awal serta membantu individu yang berisiko mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Setiap daripada kita boleh menjadi individu yang membawa harapan kepada mereka yang sedang berjuang.

๐Ÿ’š Tanya dengan prihatin.
๐Ÿ’š Dengar tanpa menghakimi.
๐Ÿ’š Sokong dengan empati.
๐Ÿ’š Hubungkan kepada bantuan.

Kerana satu perbualan yang ikhlas mampu menyelamatkan nyawa.




๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฌ๐—–๐—›๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ๐—–๐—”๐—Ÿ ๐—™๐—œ๐—ฅ๐—ฆ๐—ง ๐—”๐—œ๐—— ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ฆTarikh: ๐Ÿฐ.๐Ÿฒ.๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒTempat: ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐˜‚...
08/06/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฌ๐—–๐—›๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ๐—–๐—”๐—Ÿ ๐—™๐—œ๐—ฅ๐—ฆ๐—ง ๐—”๐—œ๐—— ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ

Tarikh: ๐Ÿฐ.๐Ÿฒ.๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
Tempat: ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—›๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ถ๐—ฝ๐—ถ๐˜€

Telah berlangsung Kursus Psychological First Aid (PFA) Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Lipis yang melibatkan peserta daripada pelbagai agensi termasuk APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta IPD Lipis.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan kemahiran asas untuk mengenal pasti individu yang memerlukan bantuan, memberikan sokongan awal secara empati serta menghubungkan mereka kepada bantuan yang bersesuaian. Kemahiran ini amat penting terutamanya ketika berhadapan dengan situasi krisis, kecemasan dan bencana.

Kursus ini turut menjadi platform untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan dan penyampaian sokongan psikososial kepada masyarakat.

Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen, penglibatan aktif dan semangat kerjasama yang ditunjukkan sepanjang kursus berlangsung. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam peranan masing-masing demi kesejahteraan komuniti.

Dalam setiap krisis, ada insan yang memerlukan bantuan. Dalam setiap bantuan, bermula dengan seorang yang prihatin ๐Ÿ’š


Pengusaha, guru-guru dan pengasuh memainkan peranan yang amat besar dalam menyekat penularan Penyakit Tangan, Kaki dan M...
08/06/2026

Pengusaha, guru-guru dan pengasuh memainkan peranan yang amat besar dalam menyekat penularan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Sebelum membenarkan anak-anak masuk ke premis, pastikan saringan gejala dilakukan secara ketat setiap hari di pintu masuk!

Ibu bapa juga perlu peka dan jangan hantar anak ke sekolah jika mereka menunjukkan 5 gejala awal ini:

๐ŸŒก๏ธ Demam
๐Ÿค• Sakit kepala
๐Ÿคข Hilang selera makan
๐Ÿ‘… Ulser pada tekak, mulut, & lidah
โœ‹ Ruam melepuh pada tangan & kaki

Sekiranya ada anak-anak yang bergejala, mohon asingkan mereka dengan segera dan nasihatkan ibu bapa untuk bawa mereka mendapatkan rawatan.

Terus waspada, jaga kebersihan diri dan persekitaran.

Lindungi anak-anak kita.








Jangan tunggu ada kes denggi di kawasan kita baru nak bertindak. Nyamuk Aedes boleh membiak dalam bekas kecil yang menak...
06/06/2026

Jangan tunggu ada kes denggi di kawasan kita baru nak bertindak. Nyamuk Aedes boleh membiak dalam bekas kecil yang menakung air

Luangkan 10 minit seminggu untuk cari dan musnah tempat pembiakan Aedes di rumah dan kawasan sekitar.

โœ… Periksa pasu bunga
โœ… Tutup bekas air
โœ… Bersihkan palung air
โœ… Buang barang terpakai
โœ… Kosongkan bekas yang tidak digunakan

Satu bekas kecil pun cukup untuk jadi punca denggi.

Jom jadikan 10 minit seminggu sebagai rutin lindungi diri, keluarga dan komuniti.

Amalan mencuci tangan ๐Ÿคš๐Ÿปโœ‹๐Ÿป dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian. Ia dapat mengelakkan kuman dan bakteria ๐Ÿฆ  berba...
05/06/2026

Amalan mencuci tangan ๐Ÿคš๐Ÿปโœ‹๐Ÿป dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian. Ia dapat mengelakkan kuman dan bakteria ๐Ÿฆ  berbahaya mencemari makanan yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

โš ๏ธ Anda dinasihatkan untuk mencuci tangan selepas selesai melakukan sebarang aktiviti seperti memasak atau memegang permukaan yang kotor dan disyaki ada kuman.

โ€ผPenggunaan sabun ๐Ÿงด dan air๐Ÿ’งadalah medium terbaik untuk menyingkirkan kotoran dan membunuh bakteria pada tanganyang kotor dan berminyak.

๐Ÿšญ PENGUATKUASAAN AKTA 852 DIPERKUKUH DEMI KESIHATAN AWAMKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus mempergiat usaha peng...
03/06/2026

๐Ÿšญ PENGUATKUASAAN AKTA 852 DIPERKUKUH DEMI KESIHATAN AWAM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus mempergiat usaha penguatkuasaan terhadap aktiviti pengiklanan dan penjualan v**e yang melanggar peruntukan Akta 852, termasuk melalui platform dalam talian.

Pelbagai tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan, termasuk permohonan sekatan laman sesawang dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Melalui pelaksanaan Ops Selamat PaPa, KKM komited melindungi kesihatan rakyat, khususnya generasi muda, daripada risiko penggunaan produk merokok dan v**e.

๐Ÿ“Š Pencapaian penguatkuasaan dan perundangan sehingga 30 April 2026:
โ€ข 683,704 premis diperiksa di seluruh negara;
โ€ข 233,831 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan; dan
โ€ข 6,800 kertas siasatan dibuka dengan jumlah denda mahkamah mencecah RM1.18 juta.

KKM akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang. Kerjasama dan keprihatinan masyarakat amat penting dalam memastikan persekitaran yang lebih sihat dan selamat untuk semua.








๐Ÿšญ๐Ÿ’™

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ DAULAT TUANKU ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พWarga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Lipis merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Samb...
01/06/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ DAULAT TUANKU ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Lipis merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta dilimpahi rahmat dan hidayah Allah SWT dalam memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan dan kedaulatan.

Daulat Tuanku. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ






๐ŸŒ™โœจ Salam Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™Warga Pejabat Kesihatan Daerah Lipis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh u...
27/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™

Warga Pejabat Kesihatan Daerah Lipis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan semangat pengorbanan, keikhlasan serta kasih sayang sesama insan. Semoga setiap amal ibadah dan pengorbanan yang dilaksanakan diterima serta dirahmati Allah SWT.

Berhati-hati di jalan raya, jaga kesihatan dan luangkan masa bermakna bersama keluarga tersayang. ๐Ÿค

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin. ๐ŸŒ™๐Ÿ„





Address

PEJABAT KESIHATAN DAERAH LIPIS
Kuala Lipis
27200

Telephone

+6093101070

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Lipis:

Share