30/04/2024
Bulan syawal dah nak habis kan, sekejap je rasa. Siapa yang masih ada open house tu dah boleh dah stop sekejap untuk beli air atau makanan manis kat luar yeπ€
Antara minuman viral yg memang terkenal dengan kesedapan, kepelbagaian dan juga kemanisan dia adalah air boba, frappe jus, coklat atau kopi2 yang diolah dan ditambah dengan pelbagai bahan sampai dah tak rasa dah rasa air tu. Awak tahu tak bahan yang ditambah tu ada gula? Haa, jadi awak ni minum air atau minum gula sebenarnya? π₯Ί 1 cawan biasa (regular) air boba pun dah ada dalam 20g gula ( dalam 2 sudu besar saiz rumah). Awak bayangkan kalau tambah lagi coklat limpah atau drizzle tu, cip coklat lagi..hahaaa sis tak mampu nak kira π€§
Jadi, minum air berpada ya.
Kalau nak minum juga boleh ikut tips ni:
1οΈβ£Jangan minum secara berkala: setiap minggu kena wajib reward diri βοΈ no ya π΅
Kalau boleh panjangkan sikit kekerapan gap dia, contoh 2-3 bulan sekali baru order 1 air sedap2. Kalau lagi bagus 3-6 bulan sekali dan dari situ cuba untuk kurangkan lagi ya.
2οΈβ£ Cuba cari yg ada 1-2 bahan sahaja. Contohnya kopi dan susu. Atau pure coffee sahaja. Kalau boleh jangan tambah lagi gula dalam tu ya. Kalau awak order yg sekali dengan susu, susu tu sendiri dah ada gula dalam tu. Jadi dah cukup dah sebenarnya. Awal2 memang tak biasa dengan rasa dia, tp kita kena latih diri untuk biasakan dengan kurang manis ya π
3οΈβ£Baiklah, kalau nk juga minum air viral manis semua tu, jangan minum sorang ya. Sila Kongsi kalori anda. Haha. Jadi kurang sikit porsi dia.
Ok selamat mencuba π€