6Brads Shop Center

6Brads Shop Center PRODUK MUSLIM menghasilkan serta memasarkan produk² BEBAS GLUTEN seperti roti, kek, mi kuning tanpa gandum & TANPA TAMBAHAN GULA.

Tempahan melalui wasap dan by pos sahaja. TIADA WALK IN, SELF PICKUP selepas kedai di Semenyih ditutup hujung Julai 2025.

Kuih Puteri Ayu Bebas Gluten/Bebas GandumMenggunakan Tepung Bebas Gluten bungkusan biru keluaran 6Brads Shop Center.Angg...
13/08/2026

Kuih Puteri Ayu Bebas Gluten/Bebas Gandum

Menggunakan Tepung Bebas Gluten bungkusan biru keluaran 6Brads Shop Center.

Anggaran: 20–25 biji

Bahan lapisan kelapa

1½ cawan kelapa parut putih
1 sudu besar tepung ubi
½ sudu kecil garam

Bahan adunan pandan

1 cawan Tepung Bebas Gluten bungkusan biru
2 biji telur gred A
¾ cawan gula
½ cawan santan
¼ cawan air pandan pekat
1 sudu kecil ovalette
½ sudu kecil ekstrak vanila

Cara penyediaan:

1. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Balut penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis ke atas kuih.

2. Gaulkan kelapa parut bersama tepung ubi dan garam.

3. Sapu acuan puteri ayu dengan sedikit minyak.

4. Masukkan kelapa parut ke dalam bahagian dasar acuan. Tekan sehingga padat supaya kelapa tidak mudah tertanggal.

5. Pukul telur, gula dan ovalette selama 7–10 minit sehingga adunan putih, pekat dan gebu.

6. Masukkan santan, air pandan serta ekstrak vanila. Pukul perlahan sekadar sebati.

7. Masukkan Tepung Bebas Gluten sedikit demi sedikit. Kaup balik perlahan-lahan sehingga adunan sebati dan tidak berketul.

8. Tuangkan adunan pandan ke dalam acuan sehingga hampir penuh.

9. Kukus menggunakan api sederhana selama 10–12 minit.

10. Biarkan kuih suam selama 3–5 minit sebelum dikeluarkan perlahan-lahan daripada acuan.

Petua: Jangan gunakan api terlalu kuat kerana permukaan kuih boleh merekah. Pastikan kelapa dipadatkan betul-betul di dalam acuan agar hasilnya kemas dan tidak tertanggal. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan 1–2 sudu besar santan.

Nak dapatkan tepung bebas gluten, bebas gandum terus wasap 011-7000 7778

Resipi Kuih Nona Manis Bebas Gluten/Bebas GandumMenggunakan Tepung Bebas Gluten bungkusan biru keluaran 6Brads Shop Cent...
13/08/2026

Resipi Kuih Nona Manis Bebas Gluten/Bebas Gandum

Menggunakan Tepung Bebas Gluten bungkusan biru keluaran 6Brads Shop Center

Anggaran: 25–30 biji

Bahan A – Adunan hijau

1 cawan Tepung Bebas Gluten bungkusan biru

1 cawan santan

1 biji telur

½ cawan gula (gantikan dengan pemanis zero kalori monkfruit)

½ cawan air pandan

½ sudu kecil garam

Sedikit pewarna hijau jika mahu

Bahan B – Adunan pandan pekat

½ cawan santan

½ cawan air pandan

¼ cawan tepung jagung

2 sudu besar gula (gantikan dengan pemanis zero kalori monkfruit)

Bahan C – Inti putih berkrim

1 cawan santan pekat

1 sudu besar tepung beras

1 sudu besar tepung jagung

½ sudu kecil garam

Cara penyediaan

1. Masukkan semua bahan A ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan tidak berketul, kemudian ketepikan.

2. Satukan semua bahan B di dalam periuk. Masak menggunakan api kecil sambil terus dikacau sehingga pekat dan berkilat.

3. Tuangkan adunan B yang masih panas ke dalam adunan A. Kacau atau kisar sebentar sehingga benar-benar sebati.

4. Untuk inti putih, satukan semua bahan C. Masak menggunakan api kecil sambil dikacau sehingga sedikit pekat. Jangan masak terlalu pekat kerana inti akan sukar dipicit.

5. Masukkan inti putih ke dalam piping bag atau botol bermuncung.

6. Panaskan pengukus. Balut penutup pengukus dengan kain supaya titisan air tidak jatuh ke atas kuih.

7. Sapu sedikit minyak pada acuan lompang. Tuangkan adunan hijau sehingga hampir penuh.

8. Picit inti putih tepat di bahagian tengah sehingga adunan hijau naik memenuhi acuan.

9. Kukus selama 8–10 minit menggunakan api sederhana.

10. Biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada acuan.

Petua: Selepas adunan hijau dicampurkan, biarkan selama 5 minit supaya tepung menyerap cecair dengan baik. Jika adunan terlalu pekat, tambah 1–2 sudu besar santan. Teksturnya sepatutnya pekat tetapi masih mudah dituang.

Nak dapatkan tepung bebas gluten/ bebas gandum boleh wasap 011-7000 7778

Bagi sesiapa yang nak buat biskut, kek yang terpaksa menggunkan susu pekat manis, tapi nak versi lebih better choice bol...
13/08/2026

Bagi sesiapa yang nak buat biskut, kek yang terpaksa menggunkan susu pekat manis, tapi nak versi lebih better choice boleh buat susu pekat manis sendiri di rumah. Tanpa tambahan gula. Untuk orang yang berpenyakit bolehlah kalau craving nak makan biskut, kek yang di dalam resepi terpaksa menggunakan susu pekat manis, boleh la merasa sedikit.

Sebab itu, untuk makanan versi better choice ini, harganya bukan biasa². Sebab bahan²nya juga bukan bahan² biasa seperti kita buat roti, kek, biskut biasa yang kebanyakan orang selalu buat.

Cuma, untuk orang yang ada alahan lactose/ susu memang tetap tak boleh nak guna susu ini ya. Boleh gantikan dengan susu badam.
Resipi Susu Pekat Manis Tanpa Tambahan Gula Putih

Bahan-bahan

1 cawan susu tepung penuh krim (nak lagi ok gantikan dengan susu segar, biasanya saya akan guna susu segar)
1 cawan pemanis monk fruit/Lakanto
¼ cawan air panas
1 sudu besar estrak vanila
2 sudu besar mentega
(Kalau nak lemak² lagi, tambahkan secubit garam)

Cara penyediaan:

1. Masukkan air panas, pemanis monk fruit/Lakanto dan mentega ke dalam pengisar.

2. Kisar seketika sehingga pemanis larut dan mentega cair.

3. Masukkan susu tepung penuh krim serta ekstrak vanila.

4. Kisar selama 2 - 3 minit sehingga campuran benar-benar halus, pekat dan berkrim.

5. Jika terlalu pekat, tambah air panas sedikit demi sedikit sekitar 1 sudu besar setiap kali.

6. Panaskan dengan api sederhana kecil sehingga terhasil susu pekat manis (susu akan mulai likat). Sentiasa kacau supaya tidak hangit.

7. Tuangkan ke dalam balang kaca yang bersih dan bertutup rapat.

7. Simpan di dalam peti sejuk. Susu akan menjadi lebih pekat selepas disejukkan.

Nota: Anggaran ketahanan ialah 5–7 hari di dalam peti sejuk. Kacau dahulu sebelum digunakan.

Pelbagai resepi kami berikan secara PERCUMA, jom dapatkan tepung² bebas gluten/ bebas gandum keluaran 6Brads Shop Center.

Untuk tempahan tepung bebas gluten/ bebas gandum boleh terus wasap 011-7000 7778

Jika bermanfaat ☺️

13/08/2026

Terima kasih buat pelanggan² yang sudi berkongsi dan beri kepercayaan penuh untuk kami hasilkan Kek Lapis Cempedak Cheese Premium untuk diposkan semalam.

Alhamdulillah semuanya habis dan alhamdulillah juga memandangkan ada cempedak lebih, kami buat kek cempedak moist sebagai free gift kepada pelanggan yang dah buat belian.

Kedua² kek nie kalau dimakan sejuk² (sebelum dimakan, simpan dulu dalam peti sejuk beku lebih kurang 30 minit, kemudian baru dikeluarkan dan dimakan sejuk², ya Allah nikmat sangat rasanya.

Bau harum pure butter bercampur bau dan rasa cempedak memang mengusik jiwa.

In shaa Allah ada rezeki nanti, kami buka semula tempahan. Kek Lapis Cempedak Premium Bebas Gluten/ Bebas Gandum nie kami tak buka selalu tau sebabnya kos bahan²nya sangatlah mahal. Jadi kalau nak buat tu memang kena pastikan atleast ada 12 orang yang akan tempah pada waktu yang sama, baru berbaloi untuk kami buat dan merasa sedikit hasilnya setelah berejam² menghadap oven ☺️.

Apa pun, terima kasih kepada semua pelanggan yang baru support, yang selalu support ❤️

"Saya nak beli tepung bebas gluten, ada tak resepi tart nenas disediakan bila beli tepung ni?"Setiap kali pembelian tepu...
12/08/2026

"Saya nak beli tepung bebas gluten, ada tak resepi tart nenas disediakan bila beli tepung ni?"

Setiap kali pembelian tepung² bebas gluten bungkusan (biru dan hijau) melalui staff, atau ejen² perseorangan kami, buku resepi secara online akan diberikan sebagai panduan.

"Kenapa tak print je buku resepi tu?" - ada pelanggan tanya.

Jawapannya:

Kami memang tak akan print buku resepi atas 2 sebab utama:

1) kos printing mahal, sanggup atau tidak tuan puan membayar harga sepeket tepung dengan harga RM15.90 + harga buku resepi RM49.90 tak termasuk kos pos p**a tu? Macam tak berbaloi kan?

2) buku resepi diberikan secara online supaya, resepi terbaru dapat dibaca secara PERCUMA dari semasa ke semasa. Andaikata sewaktu tuan puan beli tepung pada bulan Mac 2026 lalu, resepi dalam buku online baru ada 15 helai, hari ini mungkin sudah menjadi 30 helai tanpa perlu bayar apa² kos tambahan. Dalam masa beberapa bulan lagi mungkin sudah menjadi 100 helai dengan kandungan resepi terkini, siapa tahu kan?

Best ke BEST?

Mestilah best. Kami tak nak jual buku resepi, kami cuma memasarkan tepung²nya sahaja. Resepinya diberi secara PERCUMA kepada pelanggan².

Nak dapatkan resepi Tart Nenas Bebas Gluten/ Bebas Gandum paling sedap di dunia 🤭

Order sekarang tepung bungkusan biru ini. Jangan beli 1 pek sahaja tau. Beli sampai 6 pek, confirm tak menyesal.

Nak order wasap je 011-7000 7778

Ramai tak sanggup nak buat Kek Lapis Cempedak Cheese Premium Bebas Gluten/ Bebas Gandum ini disebabkan bahan²nya sangatl...
12/08/2026

Ramai tak sanggup nak buat Kek Lapis Cempedak Cheese Premium Bebas Gluten/ Bebas Gandum ini disebabkan bahan²nya sangatlah mahal.

Dari tepungnya, pengganti gulanya kami gunakan pemanis zero kalori (monkfruit), pure butter grass fed seberat 250 gram harganya hampir mencecah RM20, dalam 1 adunan memerlukan lebih 1 kilogram pure butter, perlu hasilkan dahulu susu pekat manis menggunakan susu segar, perlukan buah cempedak yang berkualiti dan masak ranum. Menggunakan cream cheese premium dan banyak lagi bahan² lain dalam pembuatan kek ini.

Itu belum lagi proses pembuatannya dan pembakaran kek yang mengambil masa lebih 12 jam keseluruhannya.

Kalau nak merasa betapa payahnya buat kek lapis ini, bolehlah cuba beli Tepung Bebas Gluten (Bungkusan Biru), resepi turut kami sediakan nanti.

Tapi kalau awak rasa, lebih berbaloi beli kek lapis yang sudah siap hanya tinggal dipotong dan dimakan, meh laju² wasap 011-7000 7778 sebab hari ini ada extra 2 biji sahaja lagi yang tinggal untuk saiz 500 gram yang berharga RM100 (postage percuma untuk semrnanjung Malaysia).

Harga asal RM135 tak termasuk postage.
Promosi RM100 sahaja.

Harum semerbak production hari nie dengan bau Cempedak ❤️Ada extra 2 biji saiz 500 gram Kek Lapis Cempedak Cheese Premiu...
12/08/2026

Harum semerbak production hari nie dengan bau Cempedak ❤️

Ada extra 2 biji saiz 500 gram Kek Lapis Cempedak Cheese Premium Bebas Gluten/ Bebas Gandum (RM100 free pos Semenanjung Malaysia).

Siapa nak cepat² wasap admin 011-7000 7778

"Kalau saya dah buka bungkusan tepung bebas gluten nie, boleh ke saya simpan dalam tupperware?" - tanya pelanggan.Jawapa...
11/08/2026

"Kalau saya dah buka bungkusan tepung bebas gluten nie, boleh ke saya simpan dalam tupperware?" - tanya pelanggan.

Jawapannya:

Bungkusan tepung² bebas gluten/ bebas gandum keluaran 6Brads Shop Center memang sudah direka khas untuk tepung disimpan dalam bungkusan tersebut tanpa perlu dialihkan ke bekas lain.

Bila tuan puan buka saja bungkusan tepung (tarik saja bahagian pembuka), di bahagian dalamnya ada zip lock. Jadinya selepas tepung digunakan, boleh keluarkan angin yang ada di dalam tepung, kemudian ziplock semula bungkusan. Simpan saja bungkusan tepung di rak ruangan makanan (bukan suhu panas ya, biarkan suhu bilik sahaja), in shaa Allah tepung bertahan berbulan² lamanya. Itupun jika tuan puan simpan pada suhu yang baik, dan keluarkan udara di dalam tepung selepas tepung digunakan.

Tak perlu banyak bekas untuk letakkan tepung.

Nak dapatkan tepung² bebas gluten boleh wasap 011-7000 7778

Boleh ke tepung bebas gluten keluaran 6Brads Shop Center ini dibuat Cucur Udang? Struktur dan rasanya macamana?Jawapanny...
10/08/2026

Boleh ke tepung bebas gluten keluaran 6Brads Shop Center ini dibuat Cucur Udang? Struktur dan rasanya macamana?

Jawapannya:

Boleh.

Bahan²nya sama sahaja macam kita guna gandum, bezanya, cuma tukarkan saja tepung gandum kepada tepung bebas gluten (bungkusan biru).

Struktur cucur udang p**a, macam tak jauh beza dengan cucur udang yang diperbuat dari gandum. Rangup crispy di luar. Bahagian dalamnya lembut² gitu. Cumanya masa menggoreng, jangan terlampau tebal. Kalau tebal² cucur tu nanti dikhuatiri bahagian dalamnya lambat nak garing. Buat nipis² sedikit dan di goreng dalam api yang sederhana perlahan.

Rasanya p**a lebih kurang sama seperti cucur udang yang diperbuat dari gandum.

Senang kata, macam tak jauh beza pun dengan yang diperbuat dari gandum.

Jadi untuk mereka yang ada alahan gluten/ gandum bolehlah lepaskan craving awak² buat cekodok, cucur menggunakan tepung bebas gluten (bungkusan biru) ini.

Buat tempahan melalui wasap di sini 011-7000 7778 (tekan je no warna biru akan direct ke wasap)

10/08/2026

Cucur Udang Bebas Gluten/ Bebas Gandum keluaran 6Brads Shop Center.

Sangat sedap. Nak order tepung² bebas gluten terus wasap 011-7000 7778.

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00

Telephone

+601170007778

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 6Brads Shop Center posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to 6Brads Shop Center:

Shortcuts

Share