My Thal Club - PPUKM

My Thal Club - PPUKM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from My Thal Club - PPUKM, Medical and health, HOSPITAL TUNKU AMPUAN BESAR TUANKU AISHAH ROHANI (TABTAR), Jalan Yaacob Latif, Cheras, Kuala Lumpur.

Kelab Talasemia PPUKM (HPKK & HUKM)

Diwujudkan bagi membantu dan juga membimbing pengidap Talasemia disamping mengadakan Kempen Kesedaran Talasemia bagi membendung penambahan pengidap Talasemia.

08/08/2026
SELAMAT HARI PENDERMA DARAH PERINGKAT PUSAT DARAH NEGARA 2026 Pada 8.8.2026Selamat dirasmikan oleh Timb Ketua Pengarah K...
08/08/2026

SELAMAT HARI PENDERMA DARAH PERINGKAT PUSAT DARAH NEGARA 2026 Pada 8.8.2026
Selamat dirasmikan oleh Timb Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia.
My Thal Club - PPUKM diwakil En. Nur Azmi Bin Ramli untuk menjadi penalis dalam Forum bersama Ketua Jabatan Kecemasan dan Penderma tegar.

🏸
20/07/2026

🏸

Seorang lelaki berusia 52 tahun mula bermain badminton setiap hujung minggu. Pada mulanya, dia hanya mahu berpeluh.

Lama-kelamaan dia sedar sesuatu berubah.

Dia tidak lagi cepat tercungap ketika menaiki tangga.
Berat badan mula turun sedikit demi sedikit.
Tidur menjadi lebih lena.
Tekanan kerja lebih mudah dikawal.
Setiap minggu, dia juga dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Apa yang berubah bukan sekadar kecergasan.
Tetapi keseluruhan gaya hidupnya.

Kajian kohort jangka panjang mendapati individu yang kerap bermain sukan raket seperti badminton mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding mereka yang tidak aktif. Dalam beberapa analisis, perbezaannya boleh mencecah sekitar 6 tahun.

Namun, angka itu bukan bermaksud setiap orang yang bermain badminton pasti hidup 6 tahun lebih lama.

Ia menunjukkan bahawa orang yang kekal aktif secara fizikal, khususnya melalui sukan seperti badminton, cenderung mempunyai risiko kematian pramatang yang lebih rendah.

Mengapa badminton begitu baik?

• Menguatkan jantung dan paru-paru melalui aktiviti aerobik.
• Melatih refleks, koordinasi dan keseimbangan.
• Menguatkan otot serta tulang.
• Membakar kalori dan membantu mengawal berat badan.
• Merangsang fungsi otak kerana memerlukan keputusan pantas.
• Mengurangkan stres melalui interaksi sosial dan aktiviti fizikal.

Tidak perlu menjadi pemain profesional.

Bermain 1–3 kali seminggu, mengikut kemampuan sendiri, sudah memberi manfaat kepada kesihatan jika digabungkan dengan tidur yang cukup, pemakanan seimbang dan tidak merokok.

Kadangkala, rahsia untuk hidup lebih lama bukanlah mencari ubat yang mahal.

Tetapi mencari satu sukan yang anda benar-benar seronok untuk terus lakukan sepanjang hayat.

😊
20/07/2026

😊

Ada masanya kita mengidam nak minum air manis kan?

Jom tawan rasa mengidam tu..

🍋Cuba teh-o ais tanpa gula ditambah dengan perahan buah lemon
🍋‍ Tambah kepingan buah seperti lemon atau limau pada air kosong
🥤 Secawan latte kecil yang diperbuat daripada susu rendah lemak dan dihiasi dengan serbuk kayu manis

22/06/2026
💪💪💪
21/06/2026

💪💪💪

Muhammad Hasan Fikri, 38 tahun, menghidap talasemia sejak lahir.
Namun penyakit itu langsung tak halang dia untuk berjaya.

Bermula dengan hanya sebuah bilik kosong di rumah kampung…
Dia tanam cendawan tiram secara kecil-kecilan.

Ramai pelik bila tahu dia tanam cendawan DALAM rumah.
Ada yang rasa mustahil.

Tapi perlahan-lahan usahanya membuahkan hasil.
Daripada 3,000 bongkah cendawan… kini dia mampu jana sekitar RM3,000 sebulan.

Lebih menyentuh hati…
Arwah kakaknya juga pesakit talasemia dan meninggal dunia pada usia 34 tahun.

Walaupun terpaksa ulang-alik hospital untuk rawatan dan pemindahan darah…
Dia tetap teruskan kerja setiap hari tanpa jadikan sakit sebagai alasan.

Kadang-kadang orang paling kuat…
ialah mereka yang paling banyak menanggung sakit dalam diam. ❤️

Jujur cakap… kalau diuji sakit seumur hidup macam ni, kuat tak kita nak terus kejar impian?

What is MRi T2*?
15/06/2026

What is MRi T2*?

Alhamdulillah. Selesai sudah Hari Terbuka Talasemia 2026 & CNE anjuran MyThal Club -PPUKM. Terima kasih pada semua yang ...
13/06/2026

Alhamdulillah.

Selesai sudah Hari Terbuka Talasemia 2026 & CNE anjuran MyThal Club -PPUKM. Terima kasih pada semua yang hadir dan yang bersama-sama mengambil bahagian di dalam sesi CNE.

Ilmu tidak akan pernah habis, oleh itu, setiap hari kita akan belajar sesuatu yang baru. InsyaAllah topik CNE pada masa akan datang akan menekankan aspek-aspek yang penting dalam kehidupan dan rawatan bagi pengidap Talasemia.

Terima kasih juga buat pasukan ahli jawatankuasa yang tidak kenal erti penat dan lelah dalam menjadikan program ini sebagai satu kenyataan.

😉😍

Address

HOSPITAL TUNKU AMPUAN BESAR TUANKU AISHAH ROHANI (TABTAR), Jalan Yaacob Latif, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Thal Club - PPUKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to My Thal Club - PPUKM:

Shortcuts

Share