21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslims dan rakyat Malaysia 🌙✨
Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali saya.
Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan buat kita semua , luangkan masa bersama keluarga, hargai setiap detik yang ada ❤️
Sebagai rakyat Malaysia, kita sentiasa bersatu dalam satu semangat. Harapan saya, selepas bulan Syawal ini, kita dapat bersama-sama menyokong pasukan negara untuk membawa pulang Piala Thomas ke tanah air 🇲🇾🏸
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin 🙏
Side note :
Dua hari lepas, dalam perjalanan bawa Kingston balik dari tuition…
Jem teruk, hujan lebat, pulak tu dah hampir waktu berbuka.
Saya cakap,
“Kingston, kesian kawan-kawan yang berpuasa kalau tak ada makanan spare dalam kereta. Lain kali kena ingat, sentiasa standby sikit.”
Kingston terus jawab,
“Betul… Cikgu BM, En Nazrol pun pesan benda yang sama pagi tadi.”
Bagus betul Cikgu Nazrol 👍
Tapi… kawan-kawan dia lagi ‘advance’.
“Amli kata kalau jem dan tak ada makanan… dia gali balik chewing gum bawah kerusi kereta.”
Saya belum sempat gelak… dia sambung lagi.
“Yang Syihan lagi power… dia kata minum je air wiper.”
😂😂😂
Memang gelak pecah perut.
Kreatif betul Amli dan Syihan ni… sah best friend anak I sejak kecil. Pandai joking depa ni …
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin 🙏
Semoga perjalanan kita semua; di jalan raya dan dalam hidup …dipermudahkan.