Bekam Bergerak Al Fateh

Call Directions Website Contact the business

Bekam Bergerak Al Fateh Bekam

Selamat datang ke Bekam Bergerak Al-Fateh 🌿
(Dimiliki & diuruskan oleh WFD Professional Services)

Rawatan Bekam Sunnah & Al-Fashdu
Dikendalikan oleh pengamal berlesen (KKM)

✨ Sunnah • Profesional • Dinamik

10/08/2026

🩸 ALHAMDULILLAH — RENEWED ✅

Selesai urusan pembaharuan Perakuan Pengamal Berdaftar di bawah Majlis PT&K, KKM.

👤 Wan Ahmad Faisal Bin Wan Sallam
📜 No. Perakuan: PTM-PPB2026/39531
🩸 Bidang: Perubatan Tradisional Melayu – Bekam Melayu
📅 Sah: 10 Ogos 2026 – 9 Ogos 2027

Bagi saya, menjadi pengamal bukan sekadar mempunyai kemahiran, tetapi memastikan pendaftaran, perakuan dan pematuhan sentiasa dikemaskini.

🤲🏻 Insya-Allah, teruskan amanah memberikan perkhidmatan bekam yang selamat, bersih & profesional.

WFD Professional Services
🔴

27/06/2026

**DARAH BEKAM: KUANTITI BUKAN PENENTU KEBERKESANAN**

Ramai masih beranggapan semakin banyak darah keluar, semakin berkesan rawatan bekam.

Hakikatnya, **Evidence-Based Medicine** menunjukkan bahawa keberkesanan rawatan tidak diukur berdasarkan isipadu darah, tetapi pada **penilaian klinikal, pemilihan titik rawatan yang tepat dan manfaat yang diperoleh pesakit.**

Dalam konsep Perubatan Tradisional, darah bekam sering dikaitkan dengan penyingkiran **Causative Pathological Substance (CPS)** iaitu bahan atau faktor patologi yang dipercayai menyumbang kepada gangguan kesihatan. Namun, **kehadiran atau penyingkiran CPS tidak boleh dinilai semata-mata berdasarkan banyak atau sedikitnya darah yang keluar**, kerana ia dipengaruhi oleh tekanan sedutan, teknik, vaskulariti kulit dan faktor fisiologi setiap individu.

**Fokus sebenar ialah:**

✅ Rawatan yang selamat.
✅ Teknik yang betul.
✅ Titik bekam yang tepat.
✅ Manfaat klinikal kepada pesakit.

*"Treat the patient, not the volume of blood"*





Professional development never stops. Hadir jugak  Taklimat CPR & Medical Emergency sebagai usaha memperkukuhkan kompete...
26/06/2026

Professional development never stops.

Hadir jugak Taklimat CPR & Medical Emergency sebagai usaha memperkukuhkan kompetensi dalam pengurusan kecemasan dan keselamatan pesakit/org awam..Lau lama2 tinggal kalut & lupa nanti.



  Alhamdulillah,   selesai sesi bekam semlm bersama regular client kami, seorang Datuk.Beliau agak sibuk kebelakangan in...
24/06/2026



Alhamdulillah, selesai sesi bekam semlm bersama regular client kami, seorang Datuk.

Beliau agak sibuk kebelakangan ini, berulang-alik antara KL dan JB, ditambah p**a dengan urusan semasa menjelang pilihan raya di Johor serta Melaka/Negeri Sembilan.

Alhamdulillah, beliau masih komited menjaga kesihatan, dan sempat meluangkan masa untuk rawatan. Nasib baik ada driver yang memudahkan pergerakan beliau.

Semoga Allah permudahkan segala urusan Datuk, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dan sentiasa dalam lindungan-Nya. 🤲





11/06/2026

Alhamdulillah selesai rawatan bekam di One World Hotel, Bandar Utama Damansara.

Petang tadi tiba-tiba dapat panggilan — minta slot bekam malam ni. Jam 9 malam confirm, jadi, katanya baru on the way balik dari meeting di Putrajaya. Lokasi? Hotel.

Dalam perjalanan, beliau maklumkan nanti ada jockey uruskan parking. Dalam hati… first time juga aku guna valet 😅

Sampai sana, terus ke reception. Nama dah siap didaftarkan. Sempat tanya staff, “Customer ni Dato ke?” — dia angguk. Dalam hati, diam je + berdebar jgk ..hihi

Masuk bilik, bagi salam… beliau hulur kad nama. Sah, memang Dato.
Sembang-sembang sikit, rupanya aktif dalam pembangunan TVET dan industri — satu nilai tambah yang sering berlaku apabila kita bertemu individu dari pelbagai latar profesional. Banyak ilmu dia share — aku dengar betul-betul.

Kadang-kadang Allah temukan kita dengan orang, bukan sekadar pelanggan… tapi juga peluang belajar dan terus belajar.

Selesai rawatan, Dato tertidur sekejap. Bangun je terus cakap badan rasa ringan. Alhamdulillah.
Siap pesan nak buat bekam setiap bulan utk masa akan datang.

Bab bayaran… seperti biasa, ada rezeki yang tak disangka. Semua dari Allah. Alhamdulilah Alhamdulilah.

Terima kasih Dato. Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang berpanjangan,serta keberkatan utk Dato

Dan paling best, beliau kata:
“Apa-apa pasal TVET, roger je.”

Kadang kita pergi merawat…
Tapi sebenarnya Allah sedang buka jalan yang lebih besar. 🤍.Allahuakbar.. Alhamdulilah..





Alhamdulillah,   selesai rawatan bekam di PPR Desa Tun Razak, Cheras KL.Kali terakhir beliau berbekam sekitar 8 tahun ya...
10/06/2026

Alhamdulillah, selesai rawatan bekam di PPR Desa Tun Razak, Cheras KL.

Kali terakhir beliau berbekam sekitar 8 tahun yang lalu.
Moga rawatan ini menjadi asbab kesembuhan buat tuan, insyaAllah.

Lebih menyentuh hati, beliau kini dipilih Allah untuk menjaga ibunya yang sedang diuji dengan kesakitan.
Tidak bekerja, tetapi tetap setia berbakti… satu pengorbanan yang bukan semua mampu.

Moga Allah permudahkan segala urusan tuan,
dikurniakan kekuatan dan dilimpahkan keberkatan. 🤲

“Kita berikhtiar, Allah Asy-Syāfī yang menyembuhkan.”

“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari 535 dan Muslim 2191).

Lepas bekam, badan tengah fasa recovery.Protein & nutrien berkualiti bantu percepatkan pemulihan —2 biji telur separuh m...
07/06/2026

Lepas bekam, badan tengah fasa recovery.

Protein & nutrien berkualiti bantu percepatkan pemulihan —
2 biji telur separuh masak pun dah cukup “top up” tenaga & sel. 🥚

Simple habit, big impact.


 Selalu bila ambil result darah kat makmal, pening kepala tengok nombor banyak-banyak kan? 😵‍💫 Sampaikan tak tahu mana s...
05/06/2026



Selalu bila ambil result darah kat makmal, pening kepala tengok nombor banyak-banyak kan? 😵‍💫 Sampaikan tak tahu mana satu kolesterol jahat, mana yang baik.

Sebenarnya nak faham result kolesterol ni mudah sangat! Berdasarkan panduan dari WFD Professional Services, kita cuma perlu ingat formula **T-L-H-T-R** ni je:

1️⃣ **T**otal Cholesterol – Ini bacaan asas untuk tengok tinggi atau tidak.
2️⃣ **L**DL (Jahat) – Jangan bagi TINGGI, sebab ia bahaya untuk JANTUNG! ❌❤️. L untuk Lanun 🏴‍☠️- Jahat
3️⃣ **H**DL (Baik) – Jangan bagi RENDAH, nanti badan kita kurang perlindungan 🛡️
4️⃣ **T**rigliserida (TG) – Kalau TINGGI, tanda masalah terlebih makan/minum gula & lemak berlebihan 🥞🍔.
5️⃣ **R**atio (Nisbah) – Kalau TINGGI, risiko serangan jantung lagi KUAT! ⚖️

Senang kata: **JAHAT JANGAN TINGGI, BAIK JANGAN RENDAH!** 😉

**Apa boleh buat untuk kawal?**
🥗 Makan seimbang (kurangkan goreng & santan pekat).
🏃‍♂️ Banyak bergerak (jalan kaki 30 minit sehari pun dah baik).
🚭 Jauhkan diri dari rokok & kawal berat badan.

Dah check kolesterol korang bulan ni? Jom amalkan gaya hidup sihat demi diri sendiri dan keluarga tersayang. Kesihatan milik kita, jom jaga bersama! ❤️

*(Sila SAVE dan SHARE infografik ni untuk rujukan keluarga korang ya! 🫰)*





Ramai tak tahu… “jantung kedua” kita sebenarnya di betis.Bila flow tak lancar, kaki mula rasa berat, cepat letih, kebas ...
02/06/2026

Ramai tak tahu… “jantung kedua” kita sebenarnya di betis.

Bila flow tak lancar, kaki mula rasa berat, cepat letih, kebas & cramp.

Pendekatan bekam membantu menyokong peredaran setempat dengan teknik yang lebih terkawal & selamat.

Dalam Perubatan Islam (Hijama): Kawasan ini dikenali sebagai titik Al-Saqain (الْسَّاقَيْن) yang bermaksud "kedua-dua betis". Secara tradisinya, ia dipilih untuk mengatasi masalah lenguh kaki, keletihan, dan melancarkan aliran darah setempat.

Manakala Dalam Perubatan Tradisional Cina (TCM) / Cupping Modern: Titik yang paling pop**ar di tengah-tengah betis ialah BL57 (Chengshan), yang terletak di kawasan pertemuan otot gastrocnemius. Titik ini sering dibekam (bekam kering/angin) untuk melegakan kekejangan otot (cramp), sakit
tumit, dan sciatica.
Wan Faisal Al Fateh




Alhamdulillah,  selesai satu rawatan bekam hari ni di Lundang.Walaupun  ‘main dale kg jah’, tetap cuba jaga standard — k...
02/06/2026

Alhamdulillah, selesai satu rawatan bekam hari ni di Lundang.
Walaupun ‘main dale kg jah’, tetap cuba jaga standard — kebersihan, safety & cara kerja yg betul.Insya Allah





Address

Bandar Tasik Selatan
Kuala Lumpur
57000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Bergerak Al Fateh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bekam Bergerak Al Fateh:

Shortcuts

Share