Al-Islam Specialist Hospital (Official)

Al-Islam Specialist Hospital (Official) Dahulunya dikenali sebagai Kampong Baru Medical Centre ✅️
Perintis Hospital Mesra Ibadah ✅️
Hospital Pilihan Keluarga sejak 1996 ✅️

'Al-Islam Specialist Hospital' ataupun dulu dikenali dengan nama Pusat Perubatan Kampong Baru (KBMC) dibangunkan sebagai salah satu program da'wah Bil-hal Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui Biro Kesihatan ABIM. Perancangan ini bermula dari awal 1992. Menyedari bahawa perlunya ada sebuah hospital perubatan yang mengambil kira aspek rawatan yang menyeluruh termasuk aspek fizikal, psikolo

gi, mental dan rohani. ABIM mengorak langkah membangunkan sebuah hospital yang berusaha memupuk nilai-nilai ISLAM dalam semua aspek perjalanan hospital pakar. Melalui agensi ekonomi ABIM, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI), Biro Kesihatan ABIM bersama beberapa orang doktor pakar yang lain. KBMC telah mula beroperasi sejak September 1996. Dengan lokasi yang strategik, berhadapan dengan Masjid Jamek Kampung Baru dan terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, KBMC dibina dengan harapan sebagai satu tuntutan fardu kifayah disamping menggabungkan aspek ekonomi dan dakwah. Sempena sambutan 10 Tahun KBMC (2006), KBMC telah mempromosikan satu konsep pusat perubatan yang mesra ibadah iaitu "Hospital Mesra Ibadah".Sejajar dengan misi kami, di mana kami membantu pesakit muslim dalam melakukan ibadah seharian. Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang profesional dan cemerlang dan sentiasa meningkatkan perkhidmatan kami kepada pesakit. Kini KBMC telah bergelar Al-Islam Specialist Hospital atau Hospital Pakar Al-Islam dimana KBMC telah melakukan penjenamaan semula pada 24 Ogos 2008 di Hotel Regency Kuala Lumpur. Majlis Penjenamaan semula tersebut telah dilancarkan oleh Y.B Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

'Al-Islam Specialist Hospital' mempunyai kapasiti katil sebanyak 40 buah buat masa sekarang dan mempunyai kemudahan seperti Unit Kemalangan dan Kecemasan 24 jam dan klinik perubatan am. Perkhidmatan utama KBMC adalah khidmat rundingan perubatan seperti Gastroenterologi(Pakar Usus), Rheumatologi(Pakar Sendi), Dermatologi(pakar Kulit), O&G(Pakar Sakit Puan) termasuk infertaliti, Pembedahan Am (Laparoscopy/Plastic/Urology) , Orthopedik(tulang), ENT(pakar telinga hidung & tekak), Oftalmologi(pakar mata) dan Paediatrik(pakar kanak-kanak).

𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐒𝐢𝐧𝐠𝐥𝐞 𝐑𝐨𝐨𝐦, 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐌𝟏𝟖𝟎 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚!Nikmati penginapan 'Single Room' dengan harga serendah RM180 di Hospital Pakar A...
31/08/2026

𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐒𝐢𝐧𝐠𝐥𝐞 𝐑𝐨𝐨𝐦, 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐌𝟏𝟖𝟎 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚!

Nikmati penginapan 'Single Room' dengan harga serendah RM180 di Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur.

✅ Tempoh Promosi: 1 Ogos 2026 – 31 Oktober 2026
✅ Eksklusif untuk pesakit yang membuat bayaran tunai sahaja

Pakej ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di 03-26931007.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam


"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"Marilah kita sama-sama membaca dan mengamalkan tasbih harian ini.Disediakan ...
31/08/2026

"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"

Marilah kita sama-sama membaca dan mengamalkan tasbih harian ini.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam



𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟗Selamat Menyambut Hari Kemederdekaan Malaysia ke-69 kepada semua rakyat...
30/08/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟗

Selamat Menyambut Hari Kemederdekaan Malaysia ke-69 kepada semua rakyat Malaysia.

Semoga rakyat Malaysia akan terus bersatu tidak kira bangsa untuk kemajuan negara pada masa hadapan yang cemerlang dan gemilang.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam




𝐓𝐚𝐡𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐝𝐚 : 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐋𝐚𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 "𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚!"Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka!" sebanyak tujuh kali dengan mengangkat t...
29/08/2026

𝐓𝐚𝐡𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐝𝐚 : 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐋𝐚𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 "𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚!"

Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka!" sebanyak tujuh kali dengan mengangkat tangan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam





"𝑾𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒐𝒑𝒆𝒓𝒂𝒔𝒊 𝒌𝒍𝒊𝒏𝒊𝒌 𝒑𝒂𝒌𝒂𝒓"Sempena cuti umum Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69, klinik pakar kami tidak beroperasi pada 3...
29/08/2026

"𝑾𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒐𝒑𝒆𝒓𝒂𝒔𝒊 𝒌𝒍𝒊𝒏𝒊𝒌 𝒑𝒂𝒌𝒂𝒓"

Sempena cuti umum Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69, klinik pakar kami tidak beroperasi pada 31 Ogos 2026 (Isnin).

Klinik pakar akan beroperasi sepenuhnya semula pada 1 September 2026 (Selasa).

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 03-26931007.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam



29/08/2026
𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐏𝐈𝐑𝐈𝐓𝐔𝐀𝐋Anda sering merasa sedih, stres atau bimbang?Dapatkan bantuan sokongan spiritual & emosi di Klinik Sokon...
28/08/2026

𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐏𝐈𝐑𝐈𝐓𝐔𝐀𝐋

Anda sering merasa sedih, stres atau bimbang?

Dapatkan bantuan sokongan spiritual & emosi di Klinik Sokongan Spiritual & Emosi, Hospital Pakar Al-Islam

Klinik Sokongan Spiritual & Emosi di Hospital Pakar Al-Islam juga menawarkan khidmat percuma untuk semua pelanggan outpatient dan inpatient.

Semua perkhidmatan oleh Akademi Hospital Mesra Ibadah ini hanya melalui temujanji sahaja.

Hubungi kami di talian 03-26931007 untuk membuat temujanji anda.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam




28/08/2026

𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐭 "𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚" : 𝐀𝐩𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐃𝐢 𝐅𝐢𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚?

Jom dengarkan warga kerja Hospital Pakar Al-Islam berkongsikan apa yang terlintas di fikiran mereka apabila disebutkan perkataan 'Merdeka'

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam





"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"Marilah sama-sama kita berdoa dan memohon agar Allah SWT melindungi kita sem...
28/08/2026

"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"

Marilah sama-sama kita berdoa dan memohon agar Allah SWT melindungi kita semua daripada keburukan dan segala perbuatan syirik.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam



Address

85, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru
Kuala Lumpur
50300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Islam Specialist Hospital (Official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Al-Islam Specialist Hospital (Official):

Share