02/10/2026
Setiap kali terdengar berita kematian..
Ada yang pergi setelah lama sakit, ada yang pergi tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal. Kita membaca beritanya, mengucapkan takziah, lalu kita kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.
Namun tanpa kita sedari, setiap berita kematian itu sedang mengingatkan kita tentang satu perkara bahawa hidup ini sementara, dan kita juga sedang berjalan menuju ke penghujung yang sama.
Entah esok, lusa atau bila-bila masa. Semoga sebelum tiba giliran kita, masih ada waktu untuk kita memperbaiki diri, meminta maaf, berbuat baik dan mengumpul bekal utk perjalanan yang lebih panjang.
Kerana akhirnya, kita semua akan pulang. Cuma waktunya sahaja yang masih dirahsiakan🤍