22/01/2020
Assalamualaikum.
*Saya nak cerita sebab apa Minyak Morha ada banyak saiz.*
Dulu Ustaz Hamid keluarkan hanya satu saiz lebih kurang 15-20ml. Harganya, sesuai dengan zaman itu. Tak silap saya rm3 sebotol. Minyak gamat ketika itu rm1-2 sebotol. Ertinya Minyak Morhabshi lebih tinggi harganya sebab ia bukan sekadar minyak angin.
Ini ditegaskan oleh allahyarham pada saya: "minyak morhabshi bukan minyak angin".
Ketika itu tambang dari pekan Jitra ke kampung Paya Kemuning 5 sen. Sekarang? Kalau naik grab rm5 agaknya. Saya tak tau.
Saya masih kekalkan minyak morha saiz 15ml dan dijual rm10. Saya cuba letakkan harga lebih rendah tetapi kos pengeluaran, kos pengurusan, dan kos pemasaran kini memang tidak sama macam tahun 1974.
Prinsip yang pernah kita belajar, lebih besar pengeluaran maka lebih rendah kos. Maka saya keluarkan saiz 120ml iaitu 8 kali ganda saiz asal. Saya letakkan harga rm45.
120ml bersamaan 8 botol 15ml. Jika kita darabkan sama-dengan rm80, betul? Justeru ramai yang bersetuju harga rm45 itu amat berbaloi. Nilaian sebotol 15ml cuma rm5.62.
Saya keluarkan saiz 30ml kerana permintaan sesetengah agen yang melihat saiz 15ml tak berapa berbaloi samada kepada pengguna atau pengusaha. Saiz itu tidak menyokong prinsip 'win-win situation'.
Secara mudah, jika 2 botol saiz 15ml berharga rm20, untuk saiz 30ml pengguna cuma perlu bayar rm18 sahaja. Jimat rm2.
Terbaru morha dtg dgn packaging baru kekal resepi asal dgn tambahan ramuan serai wangi yg dinamakan Morha Serai didatangkan dgn size 60ml berharga rm30 & size 150ml berharga rm55..
Hmm.. Banyak pulak nombor². Terlalu teknikal. Saya rasa maklumat ini dah cukup bagi menjawab persoalan berikut:
*Adakah minyak morha murah kerana nilainya rendah?* Jawabnya tidak. Ia lebih mahal daripada minyak angin biasa. Cuma ia nampak murah apabila dibandingkan produk lain yang sama khasiatnya.
Jika lihat pada ribuan pengakuan pengguna sebenar sejak lebih 20 tahun, ternyata minyak morha memang banyak khasiatnya dan bermanafaat dengan izin Allah.
*Ternyata, minyak morha bukan minyak angin biasa.*
Terima kasih atas sokongan semua pihak. Insya-Allah kami akan terus mengeluarkan minyak morha dan meningkatkan kualiti perkhidmatan sejajar dengan perubahan zaman.
Kita sudah di tahun 2020.
Morha Beauty Centre
MS 84 Level UG
UTC Keramat Mall
019-6000654