Pusat Terapi De ieman Kuala Lumpur

Pusat Terapi De ieman Kuala Lumpur Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Terapi De ieman Kuala Lumpur, Alternative & holistic health service, No 4, Wisma Masjid Alam Shah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Rawatan Tibbun Nabawi- merangkumi:
✓ Rawatan Bekam Holistik
✓ Urutan Saraf dan Regangan Tulang
✓ Urutan Ibu lepas melahirkan Anak
✓ Urutan Kesejahteraan Lelaki
✓ Akupunture
✓ Herba - HPA Internasional
✓ Diagnose penyakit melalui mata( Iridologi) PERCUMA KEPAKARAN KAMI PUSAT TERAPI BEKAM DE IEMAN

RAWATAN MASALAH MIGRAIN, RESDUNG, DARAH TINGGI, SAKIT TULANG SENDI, DLL

MENGESAN PUNCA PENYAKIT mela

lui IRIDOLOGI; SARAF TAPAK TANGAN; WAJAH dan LIDAH. MERAWAT PENYAKIT dengan
@ BEKAM HOLISTIK ;
@ YUMEIHO [Pembetulan Tulang Belakang]

KAUNSELING
@ TAKLIMAT KESIHATAN DAN PERUBATAN ISLAM
@ PENGAMALAN MAKANAN SUNNAH dan HERBA

09/07/2026

Lap dari depan ke belakang selepas ke tandas.

Nasihat ini nampak ringkas, tetapi sangat penting terutama untuk wanita.

Masalah kencing kotor atau UTI bukan perkara yang jarang berlaku. Secara global, dianggarkan sekitar 50 hingga 60% wanita dewasa akan mengalami sekurang-kurangnya satu episod UTI sepanjang hayat.

Salah satu sebab wanita lebih kerap mengalaminya ialah faktor anatomi.

Salur kencing wanita lebih pendek berbanding lelaki. Kedudukannya juga lebih dekat dengan kawasan dubur.

Apabila seseorang wanita membersihkan kawasan sulit dari belakang ke depan, bakteria dari kawasan dubur lebih mudah berpindah ke salur kencing.

Bakteria ini boleh masuk ke pundi kencing dan menyebabkan jangkitan.

Sebab itu UTI bukan semata-mata tanda seseorang “tidak bersih”. Ia boleh berlaku kepada sesiapa, tetapi wanita memang lebih berisiko kerana struktur tubuh mereka.

Amalkan langkah mudah ini:

Lap dari depan ke belakang selepas ke tandas.

Jangan tahan kencing terlalu lama.

Minum air secukupnya.

Kencing selepas hubungan seks.

Elakkan pencuci intim yang terlalu kuat atau berpewangi.

Dapatkan rawatan jika kencing pedih, terlalu kerap, berdarah, demam, sakit pinggang atau gejala berulang.

Perkara kecil seperti cara membersihkan diri boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan.

Kecil amalannya, besar kesannya.

06/07/2026

Kenapa Pesakit Obesiti Teruk Selalu Disaran Kurangkan Berat?

Bukan sebab nak menghina.
Bukan sebab nak body shaming.
Bukan sebab nak suruh semua orang jadi kurus.

Tetapi sebab bila berlaku kecemasan, komplikasi di hospital boleh jadi jauh lebih mencabar.

Dalam keadaan biasa, berat badan mungkin nampak seperti isu penampilan.

Tetapi dalam keadaan kritikal, berat badan boleh menjadi isu keselamatan rawatan.

Antara cabaran yang HCW hadapi:

1. Susah nak dapatkan line

Bukan sebab HCW tak pandai cucuk.
Kadang-kadang salur darah terlalu dalam, sukar dirasa dan sukar dilihat.

Dalam kecemasan, setiap minit sangat berharga.

2. Susah nak ambil darah

Darah perlu diambil untuk semak jangkitan, buah pinggang, hati, gula, garam badan, gas darah dan banyak lagi.

Bila akses susah, keputusan rawatan pun boleh lambat.

3. Susah nak intubate

Kalau pesakit tak boleh bernafas dan perlu dimasukkan tiub pernafasan, proses ini boleh jadi lebih sukar.

Leher pendek, tisu sekitar saluran nafas tebal, posisi badan mencabar dan oksigen boleh jatuh dengan cepat.

4. Risiko OSA lebih tinggi

Obstructive Sleep Apnea berlaku bila saluran nafas mudah tertutup ketika tidur.

Kalau AHI tinggi, maksudnya episod berhenti nafas berlaku banyak kali dalam sejam.

Bila diberi ubat tidur, bius atau ubat tahan sakit kuat, risiko pernafasan menjadi lebih lemah boleh meningkat.

5. Susah nak ventilate

Paru-paru perlu bekerja lebih kuat kerana tekanan berat badan pada dada dan abdomen.

Bila pesakit kritikal, setting mesin ventilator boleh jadi lebih kompleks.

6. Susah nak baring dan ubah posisi

Untuk elak luka tekanan, paru-paru kuncup, kahak bertakung dan darah beku, pesakit perlu kerap diubah posisi.

Tetapi bagi pesakit obesiti teruk, proses ini perlukan lebih ramai staf dan peralatan khas.

7. Risiko luka lambat sembuh

Luka pembedahan atau luka tekanan boleh lebih mudah bermasalah.

Risiko jangkitan, luka terbuka dan penyembuhan lambat boleh meningkat, terutama jika ada diabetes.

8. Risiko darah beku lebih tinggi

Bila kurang bergerak, berat badan tinggi dan berada lama di hospital, risiko darah beku pada kaki atau paru-paru boleh meningkat.

Ini boleh menjadi komplikasi yang serius.

9. Sukar buat scan atau prosedur tertentu

Ada had berat untuk sesetengah katil, mesin scan, meja prosedur dan peralatan hospital.

Kadang-kadang bukan isu tak mahu buat, tetapi isu keselamatan pesakit dan staf.

10. CPR dan resusitasi lebih mencabar

Tekanan dada perlu cukup dalam.
Prosedur kecemasan perlu cepat.
Pemindahan pesakit perlu selamat.

Dalam situasi kritikal, semua ini menjadi lebih sukar.

Inilah sebabnya kenapa doktor selalu nasihat pesakit obesiti teruk untuk turunkan berat badan.

Bukan semata-mata untuk nampak cantik.

Tetapi untuk:
kurangkan risiko komplikasi,
mudahkan rawatan kecemasan,
kurangkan beban pada jantung dan paru-paru,
dan beri peluang pemulihan yang lebih baik jika jatuh sakit.

Obesiti bukan isu kosmetik.
Obesiti ialah isu kesihatan, keselamatan rawatan dan survival.

Take home message:

Jangan tunggu sampai masuk ICU baru mahu mula berubah.

Mulakan dengan langkah kecil:
kurangkan air manis,
jaga portion,
jalan kaki,
tidur cukup,
rawat OSA jika ada berdengkur kuat,
dan dapatkan nasihat klinik kesihatan.

Turun 5 hingga 10% berat badan pun sudah boleh beri manfaat besar kepada kesihatan.

Ini bukan tentang malu.
Ini tentang peluang untuk hidup lebih sihat dan lebih selamat.



*TARIKH SUNNAH BERBEKAM**BULAN JULAI 2026/ MUHARRAM 1448H********************📝Tarikh sunnah berbekam adalah tarikh TERBA...
04/07/2026

*TARIKH SUNNAH BERBEKAM*

*BULAN JULAI 2026/ MUHARRAM 1448H*

*******************

📝Tarikh sunnah berbekam adalah tarikh TERBAIK untuk melakukan bekam darah menurut kalendar Qomariah.

Hal ini diperkuatkan dengan hadis berikut :
"Hari Terbaik untuk berBEKAM adalah 17, 19 dan 21 bulan Hijriah." ( HR Abu Hurairah RA)

*******************

Waktu terbaik untuk berbekam adalah satu minggu dipertengahan bulan-bulan Qomariah ( Kalender ISLAM), iaitu satu minggu setelah PURNAMA yang bererti dari tanggal 15 s/d 21 bulan Hijriah, kerana pada waktu ini DAYA GRAVITI BULAN DITAHAP MAKSIMUM KEATAS BUMI terutamanya pada tarikh-tarikh GANJIL sehingga kondisi darah menjadi bergelora dan berada dibawah kulit (Epidermis). Disarankan umat Islam BERBEKAM di waktu ini bagi memaksimumkan pengeluaran darah stasis ( darah toksin) serta sumbatan-sumbatan darah.

*******************

Untuk bulan *JULAI 2026* terdapat tarikh-tarikh sunnah berbekam seperti berikut:

*➡03 JULAI 2026 ( 17 MUHARRAM 1448H) - JUMAAT*

*➡ 05 JULAI 2026 (19 MUHARRAM 1448H) - AHAD*

*➡ 07 JUN 2026 ( 21 MUHARRAM 1448H) - SELASA*

Terdapat hadis yang menyatakan tentang keistimewaan tarikh-tarikh sunnah iaitu:

Dari Abu Hurairah radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Shahih Sunan Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)

*Jangan bertangguh..pm KkAishah Www.wasap.my/0192852723 laju- laju yer* ✌️

Perlukan rawatan Bekam Holistik, Urutan( berbagai jenis urutan untuk lelaki dan wanita) juga Akupunture. Sila datang ket...
08/06/2026

Perlukan rawatan Bekam Holistik, Urutan( berbagai jenis urutan untuk lelaki dan wanita) juga Akupunture.

Sila datang ketempat kami di
No 4 Wisma Masjid Alam Shah, Jaln Tun Razak 55100 Kuala Lumpur(di flat 3 tingkat disebelah masjid)

InsyaAllah..kami sedia memberikan perkhidmatan terbaik buat semua..

No tel disediakan untuk memudahkan temujanji.
Www.wasap.my/60192852723.

Jom berbekam.Tarikh sunnah lagi terbaik berbekam(Hijamah) telah sampai.Temujanji sangat digalakkan tetapi jika datang ta...
06/05/2026

Jom berbekam.
Tarikh sunnah lagi terbaik berbekam(Hijamah) telah sampai.

Temujanji sangat digalakkan tetapi jika datang tanpa dirancang juga boleh.
Ok..nanti kita bertemu di De Ieman Terapi Bekam dan Urut,
No 4 Jalan Tun Razak,
Wisma Masjid Alam Shah, Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur..

Rawatan lain yang disediakan adalah:
✓ Bekam Holistik
✓ Akupunture
✓ Urutan Saraf dan Sendi
✓ Urutan Selepas Melahirkan Anak
✓ Urutan/ rawatan Usus dan Perut




Untuk temujanji, sila
wasap.wwwy/0192852723

Penemuan baru dari HPA.Pasti khabar menggembirakan buat pesakit kulit dan Kencing Manis. Disamping ber bekam.Pm saja ke ...
20/04/2026

Penemuan baru dari HPA.
Pasti khabar menggembirakan buat pesakit kulit dan Kencing Manis. Disamping ber bekam.
Pm saja ke www.my/0192852723

Lepas raya ramai yang tidak sihat. Jom berbekam di De Ieman Terapi Bekam dan Urut. Bagi semangat sikit tika mahu bekerja...
16/04/2026

Lepas raya ramai yang tidak sihat.
Jom berbekam di De Ieman Terapi Bekam dan Urut. Bagi semangat sikit tika mahu bekerja.
Hari sabtu ni masih ada kekosongan. Wasap saja ke www.wasap.my/0192852723.

Bulan Ramadhan pun ada yang senak perut kerana banyak angin. Membelenggu pergerakan dan rasa tidak "sedap" perut. Badan ...
23/02/2026

Bulan Ramadhan pun ada yang senak perut kerana banyak angin. Membelenggu pergerakan dan rasa tidak "sedap" perut. Badan juga rasa berat dan tidak bermaya.

Jangan risau.. kerana HPA Internasional ada penawar untuknya.

Kami sediakan Set Cuci Usus.
Maklumat lanjut boleh pm www.wasap.my/0192852723.


Assalam.Tuan2/puan2 yang dirahmati Allah.Sepanjang bulan Ramadhan ini..De Ieman Terapi Bekam dan Urut beroperasi pada:✓ ...
19/02/2026

Assalam.
Tuan2/puan2 yang dirahmati Allah.
Sepanjang bulan Ramadhan ini..De Ieman Terapi Bekam dan Urut beroperasi pada:
✓ Hari Isnin- jumaat dr jam 10 pagi- 5 petang sahaja.
✓. Hari sabtu dari jam 10 pagi- 3 petang ( seperti biasa).

Jadual jualan produk HPA Internasional juga berjalan sebagaimana biasa.
Sebarang pertanyaan hubungi www.wasap.my/0192852723

RAMADHAN KAREEM

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Address

No 4, Wisma Masjid Alam Shah, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00

Telephone

+60192852723

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Terapi De ieman Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Terapi De ieman Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share