18/06/2018
Tak OK Pulak.
Ni feed back dari kastemer pakai Vitamin C Skin Care tau.
“ Saya dah berbulan-bulan pakai VCS. Memang best dan berkesan untuk kulit saya. Makin licin dan liang pori halus jer. Tapi.. kenapa sejak akhir-akhir ni tiba-tiba naik ruam halus di dahi? Adakah ini tindakbalas VCS? “
Buat pengetahuan uols, reaksi alahan atau tindakbalas kulit pada produk ada 2 kategori :
1. Reaksi serta-merta (immediate reaction)
Kulit kita yang bertindakbalas kepada mana-mana bahan di dalam produk secara serta-merta tidak kurang dari 24 jam. Kulit serta-merta menjadi kemerahan, gatal, bengkak, atau naik ruam-ruam halus sebagai tindak balas kepada bahan yang tidak diketahui dalam masa kurang dari 24 jam.
2. Reaksi tertangguhkan (delayed reaction)
Kulit yang bertindakbalas kepada mana-mana bahan yang tidak diketahui di dalam produk dalam masa 24-48 jam.
Kulit mengambil masa antara 24-48 jam untuk menunjukkan tindak balas alahan seperti kemerahan, gatal, bengkak atau naik ruam-ruam halus sebagai tindak balas kepada bahan.
Jadi, untuk kes di atas, Kak feena berpendapat ia bukan lagi disebabkan oleh faktor produk itu lagi.
Faktor alahan atau tindakbalas yang tidak diingini pada kulit sebenarnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Dalaman dan luaran.
Contoh :
1. Interaksi dengan produk skincare atau bodycare lain yang di gunakan serentak pada masa yang sama.
Shampoo yang tidak sesuai juga boleh menjadi penyebab ruam halus di dahi. Oleh itu, gunakan shampoo rambut terlebih dahulu, sebelum mencuci muka supaya dapat bersihkan sisa bahan kimia dari shampoo yang telah bersentuhan dengan kulit.
2. Sarung bantal tak bersih. Kita spend lebih kurang 6-8 jam untuk tidur, jadi tak hairanlah sarung bantal adalah tempat paling banyak berkumpul kotoran dan bakteria. Tukar sarung bantal anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.
3. Tidur tak cukup. Hormon kortisol merosakkan kulit. Kulit mudah breakout.
4. Kurang minum air. Kurang makan buah. Kurang makan sayur. Kulit tak cukup zat.
5. Stress.
6. Hormon.
7. Silap campur dan cuba macam-macam produk pada satu-satu masa juga boleh menggangu pH kulit wajah sehingga menjadi punca 'breakout'
8. Kerap sangat scrub muka sehingga kulit menjadi lebih sensitif dan mudah teriritasi.
9. Mungkin disebabkan terlampau s**a sapu serum Vitamin C, anda sapu banyak sangat sehingga ia menyumbatkan liang pori.
Etc etc..
Fuhhh..
Banyak kan nak kena siasat?
Anda boleh gunakan senarai semak perkara di atas jika VCS atau mana-mana produk yang anda pakai sebelum ni Ok, pastu tiba-tiba saja seperti tidak mahu bekerjasama lagi dengan anda.
Alaa..
Begitulah bila bercinta.
Ada masa kulit ok, ada masa kulit ‘merajuk’.
Pandai-pandailah cari punca dan pujuk dia balik,ok.
Silakan .
Moga posting ini membantu buat sekalian. 💋
Cr Puan Ony Nurhusni