25/06/2026
💉 Tips Elak Kencing Manis🎀
Ramai orang sangka diabetes berlaku disebabkan gula semata-mata. Hakikatnya, diabetes jenis 2 berlaku apabila badan menjadi kurang sensitif terhadap insulin (insulin resistance) dan menyebabkan gula terkumpul dalam darah.
Ianya sejenis gangguan metabolik kronik di mana badan gagal menggunakan insulin dengan betul (rintangan insulin) atau insulin yang terhasil tidak mencukupi.
✅ Amalkan berat badan sihat
Lemak berlebihan terutama di bahagian perut. Ia meningkatkan risiko insulin resistance. Kajian menunjukkan penurunan berat badan 5–10% sudah boleh membantu mengurangkan risiko diabetes.
✅ Kurangkan minuman manis
Satu tin minuman bergas boleh mengandungi sehingga 7–10 sudu teh gula. Pengambilan minuman bergula secara kerap dikaitkan dengan peningkatan risiko diabetes jenis 2.
✅ Lebihkan serat dalam pemakanan
Sayur-sayuran, oat, kekacang dan bijirin penuh membantu memperlahankan penyerapan gula ke dalam darah serta membuatkan anda kenyang lebih lama.
✅ Kawal pengambilan karbohidrat
Nasi, mi, bihun, roti, biskut, kek, kuih-muih dan minuman manis semuanya mengandungi karbohidrat yang boleh meningkatkan paras gula darah. Pilih saiz hidangan yang sederhana dan elakkan makan berlebihan.
✅ Amalkan konsep Pinggan Sihat
🥗 ½ pinggan sayur-sayuran
🍗 ¼ pinggan protein (ikan, ayam, telur, tauhu)
🍚 ¼ pinggan karbohidrat (nasi, mi, roti atau sumber karbohidrat lain)
✅ Aktif sekurang-kurangnya 150 minit seminggu
Aktiviti fizikal membantu sel badan menggunakan insulin dengan lebih berkesan. Berjalan laju 30 minit sehari, 5 hari seminggu sudah memberi manfaat.
✅ Tidur 7–9 jam sehari
Kurang tidur boleh mengganggu hormon yang mengawal selera makan dan sensitiviti insulin sekali gus meningkatkan risiko diabetes.
✅ Berhenti merokok
Perokok mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat diabetes serta komplikasi seperti penyakit jantung dan strok.
✅ Buat saringan kesihatan berkala
Jika ada sejarah keluarga diabetes, berat badan berlebihan atau tekanan darah tinggi, pemeriksaan gula darah secara berkala amatlah digalakkan.
⚠️ Diabetes tidak datang dengan bunyi siren. Ramai hanya tahu mereka menghidap diabetes apabila sudah berlaku komplikasi pada mata, buah pinggang, saraf atau kaki.
Mencegah lebih mudah daripada merawat.
Jaga pinggan, jaga pergerakan, jaga berat badan, jaga gaya hidup sebelum gula darah mula mengambil alih hidup anda. 💙