Primary Eye Care Optometrist

Primary Eye Care Optometrist Empowering Primary Care Optometry

10/08/2026

👀 MATA JULING BOLEH DIRAWAT KE?

Jawapannya: YA, dalam banyak keadaan, juling boleh diurus dan dirawat! ✨

Ramai ibu bapa beranggapan:
❌ “Nanti besar, elok sendiri.”
❌ “Juling cuma masalah rupa.”
❌ “Tak perlu periksa kalau anak masih boleh nampak.”

Sebenarnya, juling (strabismus) boleh memberi kesan kepada perkembangan penglihatan, terutama jika berlaku sejak kanak-kanak.

🔎 Rawatan bergantung kepada punca dan jenis juling. Antara pilihan yang mungkin digunakan ialah:

👓 1. Cermin mata
Jika terdapat ralat refraksi tertentu, pemakaian cermin mata yang sesuai boleh membantu memperbaiki penjajaran mata.

👁️ 2. Rawatan ambliopia
Jika terdapat “mata malas”, rawatan seperti penutupan mata (patching) atau kaedah lain mungkin diperlukan mengikut penilaian profesional kesihatan mata.

💉 3. Suntikan tertentu
Dalam kes terpilih, suntikan botulinum toxin boleh dipertimbangkan oleh pakar untuk membantu memperbaiki kedudukan mata.

🔪 4. Pembedahan otot mata
Bagi sesetengah jenis dan tahap juling, pembedahan otot mata mungkin diperlukan untuk membantu meluruskan kedudukan mata.

📋 5. Pemerhatian & pemantauan
Tidak semua kes memerlukan rawatan yang sama. Ada keadaan yang memerlukan pemantauan berkala berdasarkan umur, jenis juling dan tahap penglihatan.

⚠️ Paling penting: jangan tunggu terlalu lama untuk mendapatkan pemeriksaan.

Bagi kanak-kanak, penglihatan sedang berkembang. Jika satu mata sering tidak digunakan dengan baik, ia boleh meningkatkan risiko ambliopia.

👶 Jadi jika anda perasan mata anak:
➡️ Kelihatan tidak sejajar
➡️ Kerap juling ke dalam/ke luar
➡️ Sering menutup sebelah mata
➡️ Kerap sengetkan kepala ketika melihat
➡️ Juling semakin kerap atau semakin ketara

👉 Bawa anak untuk pemeriksaan mata.

❤️ Juling bukan sekadar tentang penampilan. Ia juga tentang bagaimana kedua-dua mata berkembang dan bekerja bersama.

✨ Jangan tunggu “nanti besar elok sendiri”. Periksa awal, kenal pasti punca, dan dapatkan rawatan yang sesuai.

04/08/2026

Apa itu astigmatisme? Silau? Sama ke dengan rabun silau?

03/08/2026

Ada kencing manis? Pernah cek mata di klinik kesihatan atau hospital? Tak pernah??

Jangan tggu sampai diabetik retinopati memberi kesan yang serius dan kekal kepada mata anda seperti:

-penurunan tahap penglihatan
-gangguan melihat di malam hari
-nampak titik2 hitam/merah beterbangan (floaters).
Kawal bacaan gula dalam darah anda dan dapatkan pemeriksaan berkala di klinik kesihatan terdekat.

Video kredit:
Pegawai Optometri KK Jalan Angsana PP
Nur Hani Asmira Mohd Amli

Kenali tanda-tanda mata merah dan yang mana memerlukan rawatan kecemasan dan yang mana tidak membahayakan.Kredit: Public...
31/07/2026

Kenali tanda-tanda mata merah dan yang mana memerlukan rawatan kecemasan dan yang mana tidak membahayakan.

Kredit: Public health malaysia

MATA MERAH BUKAN SEMUANYA SAMA

Bangun pagi, pandang cermin dan nampak putih mata sudah bertukar merah.

Ramai terus menganggap ia conjunctivitis. Hakikatnya, rupa kemerahan dan gejala yang mengiringinya boleh memberi petunjuk kepada punca yang berbeza.

1. Merah ringan, pedih atau terasa berpasir

Mata mungkin berair, cepat letih atau terasa kering selepas lama melihat skrin, berada dalam bilik berhawa dingin atau terkena habuk dan asap. Ia sering dikaitkan dengan mata kering atau iritasi ringan.

2. Merah, gatal, berair atau berketul tahi mata

Ini antara gambaran biasa conjunctivitis. Jangkitan virus dan bakteria boleh merebak kepada orang lain, manakala conjunctivitis akibat alahan atau bahan iritasi tidak berjangkit.

3. Satu tompok merah terang pada putih mata

Ia mungkin kelihatan menakutkan seperti darah pecah di dalam mata, tetapi jika tiada sakit dan penglihatan masih normal, ia boleh berlaku akibat salur darah kecil yang pecah pada permukaan mata.

4. Mata merah bersama sakit, silau dan penglihatan kabur

Ini bukan lagi kemerahan biasa. Gejala seperti sakit mata, sensitif kepada cahaya dan perubahan penglihatan boleh dikaitkan dengan masalah yang lebih serius seperti keradangan di dalam mata atau jangkitan kornea. Pemeriksaan perubatan perlu dilakukan dengan segera.

5. Mata sangat merah dan sakit bersama sakit kepala, loya atau nampak lingkaran cahaya

Keadaan ini boleh menjadi tanda tekanan mata meningkat secara mendadak. Ia merupakan kecemasan mata kerana kelewatan rawatan boleh menjejaskan penglihatan.

Jangan menilai mata hanya berdasarkan “merah sedikit” atau “merah sangat”.

Perkara yang lebih penting ialah:

Adakah mata sakit?

Adakah silau apabila melihat cahaya?

Adakah penglihatan menjadi kabur?

Adakah berlaku selepas kecederaan atau terkena bahan kimia?

Adakah anda memakai kanta lekap?

Dapatkan pemeriksaan segera jika mata merah disertai sakit kuat, perubahan penglihatan, sensitif kepada cahaya, kecederaan, bahan kimia atau tidak menunjukkan tanda bertambah baik.

Tahap kemerahan sahaja tidak cukup untuk menentukan tahap bahaya. Kadang-kadang mata yang kelihatan sangat merah tidak serius, tetapi mata yang hanya sedikit merah boleh menjadi petanda masalah yang perlu dirawat segera.

Kami datang lagi !!!👁️ Tingkatkan kemahiran klinikal anda dalam pengurusan penyakit mata di peringkat penjagaan primer!J...
30/07/2026

Kami datang lagi !!!

👁️ Tingkatkan kemahiran klinikal anda dalam pengurusan penyakit mata di peringkat penjagaan primer!

Jangan lepaskan peluang menyertai Comprehensive Eye Care Workshop for Optometrists 2026 yang menghimpunkan topik-topik penting seperti cataract, glaucoma, ocular trauma, penyakit segmen anterior & posterior, paediatrik, teknik history taking, penggunaan ubat titis mata serta panduan bila dan bagaimana membuat rujukan.

📅 14–15 September 2026
📍 Hospital Cyberjaya

✨ Bengkel dijalankan dalam small group workshop bagi memastikan pembelajaran yang lebih interaktif dan berkesan.

⚠️ Tempat adalah TERHAD! Daftar segera dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan pendaftaran.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScPIwEJLMHnSKOlnDEYiSUpXC8wc38a7Mdfgre1IhTZ2v9Xgw/viewform

Kami menantikan penyertaan anda. Jumpa di Hospital Cyberjaya! 👁️

Jika tubuh badan, mereka adalah tangan kaki dan segala anggota yang penting..Begitu juga di klinik/hospital mereka adala...
12/05/2026

Jika tubuh badan, mereka adalah tangan kaki dan segala anggota yang penting..Begitu juga di klinik/hospital mereka adalah penggerak utama sesebuah organisasi. Selamat Hari Jururawat, kami sayang misi2 kami.. ❤️

SELAMAT HARI PEKERJA BUAT SEMUA
01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA BUAT SEMUA

11/03/2026

Pembuka tahun 2026 😍

Tahniah Pegawai Optometri KK Bachok bersama-sama unit OPD dan beberapa unit lain menjayakan program yang meriah dan bermanfaat untuk penduduk di sekitar Bachok di dalam Program Sihat Itu Saya ❤️

26/01/2026

1-2 jam aktiviti "outdoor" setiap hari boleh mengurangkn risiko peningkatan rabun jauh pada kanak-kanak. Selain mata terang, badan juga akan turut cergas dan sihat 💪

MATA JADI BURGER? 🍔😎Pakcik: Puan… mata pakcik ni dah ada selaput. Mesti katarak kan? Dah tua ni… 😌Optometrist: Hehe, pak...
24/01/2026

MATA JADI BURGER? 🍔😎

Pakcik: Puan… mata pakcik ni dah ada selaput. Mesti katarak kan? Dah tua ni… 😌

Optometrist: Hehe, pakcik jangan risau dulu. Ini bukan katarak. Ini pterygium ,selaput daging yang tumbuh di permukaan mata.

Pakcik: Hah? Selaput daging? Mata pakcik ni dah jadi burger ke? 🍔👀

Optometrist: Hahaha, bukan macam tu pakcik. Ia biasa jadi sebab banyak terdedah pada matahari, habuk dan UV.

Pakcik: Patutlah… dulu pakcik rajin berjemur bawah matahari. Ingatkan macho rupanya mata yang kena dulu. 😅

Optometrist:
Betul tu. Berita baiknya, ini bukan katarak, dan masih boleh dipantau atau dirawat jika perlu.

Pakcik: Alhamdulillah… jadi mata pakcik belum “expired” lah ya? 👓✨

Optometrist:Belum lagi pakcik. Cuma lepas ni jangan lupa pakai pelindung mata bila di luar.

Pakcik: Baik Puan.. lepas ni mata pun kena pakai sunscreen juga rupanya! 😄

Address

Jalan Termeloh
Kuala Lumpur
53200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Primary Eye Care Optometrist posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Primary Eye Care Optometrist:

Shortcuts

Share