MyResQ Malaysia

MyResQ Malaysia A mobile application that provides the public with last-mile emergency response.

Selamat Hari Guru 16 MeiGuru Bitara, Nadi Negara
16/05/2026

Selamat Hari Guru 16 Mei

Guru Bitara, Nadi Negara

Apabila kecemasan berlaku, tindakan pantas anda mampu menjadi penyelamat nyawa.Mari sama-sama kita pelajari asas CPR ser...
13/05/2026

Apabila kecemasan berlaku, tindakan pantas anda mampu menjadi penyelamat nyawa.

Mari sama-sama kita pelajari asas CPR serta penggunaan aplikasi MyResQ dalam membantu respon kecemasan di komuniti melalui sesi webinar BSMM bulan Mei ini pada hari Jumaat, 22 Mei 2026, jam 8.30pm.

Penyertaan terus dengan menyertai pautan Google Meet (https://meet.google.com/fph-awsz-fnm) pada malam berkenaan.

Webinar terbuka kepada semua ahli BSMM dan orang awam, tetapi terhad kepada 500 orang terawal sahaja.

Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang mendapat skor >50% dalam kuiz mudah selepas webinar diadakan.

Bersama-sama kita memperkasa masyarakat untuk bertindak dengan yakin ketika saat genting.

Jumpa minggu depan 😀



Hidupkan masjid, Selamat nyawaAplikasi MyResQMasjid bukan sekadar tempat ibadah. Dalam konteks masyarakat hari ini, ia j...
05/05/2026

Hidupkan masjid, Selamat nyawa

Aplikasi MyResQ

Masjid bukan sekadar tempat ibadah. Dalam konteks masyarakat hari ini, ia juga berpotensi menjadi ruang yang menyelamatkan nyawa.

Bayangkan suasana selepas solat Tarawih. Jemaah sedang bersalaman, berbual santai, ada yang berehat di serambi. Dalam suasana yang tenang itu, tiba-tiba seorang jemaah rebah dan tidak sedarkan diri. Dalam detik seperti ini, masa tidak lagi diukur dalam minit, tetapi dalam saat. Malah, ketika saat itulah, individu yang paling hampir berpotensi menjadi penentu antara hidup dan mati.

Realitinya, dalam kes Out-of-Hospital Cardiac Arrest (OHCA), kejadian tidak berlaku di hospital. Mangsa rebah di rumah, di tempat awam dan termasuk juga di masjid. Dalam kebanyakan keadaan, individu pertama yang berada di lokasi bukanlah doktor atau paramedik, tetapi orang awam. Namun, ramai yang masih cenderung untuk menunggu bantuan tiba, sama ada ambulans atau individu yang dirasakan lebih berpengetahuan.

Sedangkan hakikatnya, setiap minit tanpa bantuan cardiopulmonary resuscitation (CPR) akan mengurangkan peluang hidup mangsa secara signifikan. Selepas beberapa minit sahaja, kerosakan otak boleh bermula dan menjadi tidak boleh dipulihkan. Dalam keadaan ini, tindakan awal oleh orang awam bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan.

Baca lanjut di: https://www.hmetro.com.my/amp/rencana/2026/05/1353544/myresq-hidupkan-masjid-selamat-nyawa

Penulis:
Dr Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
Dr Mohd Afiq Mohd Nor


#


MyResQ telah dijemput untuk mengadakan Latihan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) sempena Program An Insight Into Medic...
10/04/2026

MyResQ telah dijemput untuk mengadakan Latihan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) sempena Program An Insight Into Medicine (AIM) anjuran UM Medical Society, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

Latihan CPR telah dikendalikan oleh Dr. Mohd Hafyzuddin bin Md Yusuf, Pakar Perunding Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

Sorotan temubual di Selamat Pagi MalaysiaMENANGANI ANCAMAN STROK HABA: TANGGUNGJAWAB SEMUA🔗https://youtu.be/sbo_a3ZGddU?...
05/04/2026

Sorotan temubual di Selamat Pagi Malaysia

MENANGANI ANCAMAN STROK HABA: TANGGUNGJAWAB SEMUA
🔗https://youtu.be/sbo_a3ZGddU?si=BpOzykZGLoowv9Rk

Saksikan perkongsian bersama Dr. Mohd Hafyzuddin bin Md Yusuf, Pakar Perubatan Kecemasan di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya mengenai isu strok haba.

Antara perkara penting yang dikongsikan:

Pencegahan:
Minum air secukupnya (8 gelas sehari)
Elakkan aktiviti luar ketika cuaca panas (11 pagi - 4 petang)
Pakai pakaian longgar, ringan dan berwarna cerah

Tindakan awal:
Bawa mangsa ke tempat yang lebih sejuk
Longgarkan pakaian dan sejukkan badan (lap dengan air)
Beri minum jika mangsa sedar
‼️Dapatkan bantuan segera (hubungi 999 atau bawa ke hospital berdekatan

‼️Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri dan tiada nadi:
Aktifkan MyResQ

‼️Ingat: Strok haba boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat segera.

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri dari MyResQ ✨Hening Syawal di pagi hari,Takbir bergema penuh kesyukuran,Selamat Hari Raya...
20/03/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri dari MyResQ ✨

Hening Syawal di pagi hari,
Takbir bergema penuh kesyukuran,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Ampun maaf kami ucapkan.

Baju melayu berwarna-warni,
Sungguh segak lagi ceria,
Ziarah raya sana dan sini,
Kesihatan dijaga, jantung pun sejahtera.

Di musim perayaan ini, marilah kita bukan sahaja mengeratkan silaturrahim, tetapi juga terus mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri serta orang tersayang ❤️

Ingatlah:
✔️ Jaga pemakanan dan kesihatan jantung
✔️ Pandu dengan selamat ketika pulang beraya
✔️ Ilmu CPR & AED boleh menyelamatkan nyawa

MyResQ sentiasa bersama anda dalam memastikan komuniti kita lebih bersedia, selamat dan prihatin.

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Happy Chinese New Year.Wishing all of you a healthy and prosperous year.
17/02/2026

Happy Chinese New Year.

Wishing all of you a healthy and prosperous year.


17/02/2026

Our 5th MyResQ Initiative CPR+AED Training took place in RekaScape Cyberjaya last week.


17/02/2026

Program kelima latihan CPR & AED melalui Inisiatif MyResQ anjuran bersama UM melalui Universiti Malaya Community Engagement Centre-UMCares dan Yayasan Inovasi Malaysia - YIM - Malaysia Innovation Foundation serta pasukan MyResQ, telah berjaya diadakan di Rekascape, Cyberjaya, pada dua minggu lepas.

Terima kasih team NGO Capai dan IKRAM Health Malaysia serta A2 Automation atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

Ceramah dan latihan ini diketuai oleh Pakar Perubatan Kecemasan PPUM iaitu Dr Mohd Afiq Mohd Nor dan disertai peserta daripada pelbagai latar belakang.

Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir dan berjaya.


 
**A


15/01/2026

Kecemasan tak tunggu doktor.

Orang awam yang ada di situ mesti bertindak dulu.

📲 Install MyResQ
❤️ Like
➕ Follow



Address

2-2B 2F Lifecare Medical Center, 5 Jalan Kerinchi, Bangsar South
Kuala Lumpur
59200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyResQ Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share